Alhamdulillah kali ini aku diberi masa untuk mencoret2 kembali dalam blog kesayangan ni... bagi pengetahuan pembaca 4.2.2010 akan di adakan Muhasaabah Cinta di dewan 2, UPM
6 & 7 akan diadakan kurusu pra - perkahwinan di dewan sri pulasan, UPM
8.2.2010 akan diadakan Bicara Tentang Cinta di dewan 2, UPM.
semua iklan itu berkisar tentang perasaan, cinta dan kasih dalam erti kata lain untuk pengetahuan minda bawah sedar kita.
Tapi aku tetiba terpikir, layak kah aku?
adakah aku layak untuk menerima semua ini?
mulut mengatakan cinta aku ini hanya untuk Allah
tapi aku masih lagi bergelumang dengan maksiat!!
Orang cakap, kalu kita cinta pada seseorang itu, kita mesti sentiasa memikirkan mengenainya.
sehinggakan mandi x basah, tidur tak lena, makan tak lalu, asyik memikir sang kekasih. tapi aku??
andai benar cinta padaNya, berapa kali aku menemuiNya? berapa kali aku bangun malam untuk berbicara denganNya?
ceh! Adakah betul aku ikut segala kemahuanNya?
Allah, kekasihku perintah untuk membuat segala suruhanNya, ada aku buat? Layakkah aku memanggilNya sebagai kekasih?
Dia hanya menyuruh aku untuk meninggalkan maksiat, begitu liat untuk aku lakukan! masih lagi suka kepada kemaksiatan, seronok aku langgar perintah Kekasihku.
Tapi
ada kekasih aku marah? tinggalkan aku? biarkan aku berseorangan? tidak!!! tidak sama sekali...
Allah sentiasa ada.. kadang2 beri aku ujian dan peringatan untuk menyedarkan aku bahwa aku sudah berada jauh dariNya....
tatkala aku merintih dan menangis, putus harapan, Dia pasti ada, memujuk aku dengan kitab suciNya, memujuk aku dengan kasih sayang dan nikmat serta zat Nya... sentiasa ada disitu untuk terima ampun dan maaf aku
aku?
argh!!! hinanya aku ya Allah!!
Ampunkan lah dosa - dosa ku
aku selalu mungkir pada janji - janji aku
aku perlu istiQamah dalam perjuangan aku
Saat dunia hampir kiamat ini, aku perlu berlari,
berlari mengejar redhaNya
itu tujuan aku hidup sekarang
aku perlu tinggalkan segala benda kelalaian yang aku buat selama ini.
yang boleh menjadi fitnah pada islam. aku MESTI
Itu janji aku padaMu ya Allah, tujuan kehidupan ku
"Ya Allah, bersihkanlah aku dari dosa dan kesalahan, sebagaimana pakaian putih yang dibersihkan dari kotoran" (HR. Bukhari dan Muslim)
"DAN ADA DIANTARA MANUSIA YANG MENYEMBAH ALLAH DENGAN SIKAP DAN PENDIRIAN YANG TIDAK TETAP, IAITU KALAU DIA BEROLEH KEBAIKAN, SENANGLAH HATINYA DENGAN KEADAAN ITU. DAN KALAU PULA DIA DITIMPA FITNAH KESUSAHAN, BERBALIKLAH DIA SEMULA ( KEPADA KEKUFURANNYA ). DENGAN SIKAPNYA ITU, RIGILAH DIA DI DUNIA DAN DI AKHIRAT, ITULAH KERUGIAN YANG TERANG NYATA" AL-Hajj : 11