Friday, June 12
19 Keistimewaan WANITA Menurut Hadis
2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.
3. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah .Dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
4. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW) di dalam syurga.
5. Barangsiapa membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya) maka pahalanya seperti melakukan amalan bersedekah.Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.
6. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.
7. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta sikap bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.
8. Apabila memanggil akan dirimu dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu terlebih dahulu.
9. Daripada Aisyah r.a." Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.
10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutuplah pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pun pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
11. Wanita yang taat pada suaminya, maka semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga solat dan puasanya.
12. Aisyah r.a berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?" Jawab Rasulullah SAW "Suaminya." " Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah SAW, "Ibunya."
13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta kepada suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.
14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga terlebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).
15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya,maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.
17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
18. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
19. Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.
Friday, June 5
kEm ~~
sebelum mereka datang lagi, pelbagai persiapan yang telah dilakukan. bukan apa, mengikut pengalaman, manalah tahu sama seperti sekolah ana dahulu, sekolah Assunta. Tetiba teringat sisiter Enda bagi tau " once Assuntarian, alwayz Assuntarian" hehe...
pengalaman mengajar kita untuk menghargai sesuatu yang pernah kita lalui iaitu kenangan dan pengalaman. memang kem kali ini berbeza dengan kem - kem yang lain. cara pembawakan dan pengisian yang berbeza kerna ianya melatih kita untuk menjadi pemimpin dan mengeluarkan segala bakat yang terpendam dalam diri kita. menjadi pemimpin yang unggul yang dapat bekerja dibawah tekanan dan stress. dan semestinya, dimana jua kita berada, islam perlu ditegakkan kerana tanpa islam, hati kita terasa kosong, tiada pegangan dan terasa terumbang ambing.
Alhamdulillah, diri ini jua mendapat tempias pentarbiahan untuk membawa diri di dalam dunia luar.
Tuesday, May 19
kENangAN tERinDAh
salam Ukhwah Pembuka bicara....
coretan terpapar lagi di blog ini, kali ni, mawar ingin berkongsi kenangan yang terindah dalam hidupku... cukup indah.. ukhwah yang terbina hanyalah semata - mata berlandaskan kasih sayang kerana Allah... ukhwah fillah abadan abada...
selama 10 hari mawar menjadi AJKO, selama itu lah kami bertaut erat, bukan bersama antara ahli ajko sahaja, tetapi sesama adik2 itu sendiri...
pendekatan kali ini, kami bawakan bukan sahaja bersifat akademik, tetapi diserapkan dengan kelembutan agama islam yang syumul, setiap program ada sahaja selitan tazkirah dan renungan buat adik2 yang kami sayangi.. acuan al-Quran, insyaAllah, di saat ini, bukan sahaja adik2 itu dididik jiwanya, tapi kami ahli AJKO sendiri turut merasa manisnya pentarbiahan kesan daripada program itu.
lagu, Harapan daripada kumpulan Raihan amat meresap dalam jiwa kami,
menjadi harapan
untukku menyaksikan
umat yang bertuah ini,
kembali bersatu hati...
bersatu kita teguh,
bercerai kita roboh,
yang berat sama dipikul,
yang ringan dijinjing sama...
terngiang2 lagi lagu tema program, amat indah, melihat adik2 yang masih lagi bersih jiwanya, dididik dalam suasana harmoni berteras al-Quran dan as-Sunnah. Tidak ketinggalan juga adik- adik yang nakal2 menyakat kami sewaktu satu aktiviti itu berlangsung. untuk aktiviti cheer, mereka diberi masa untuk berlatih di padang, dalam khusyuk melihat telatan adik2 itu, adalah sekumpulan adik2 nie menyanyi ;
"sepohon kayu daunnya rimbun,
lebat bunganya serta buahnya,
walaupun hidup seribu tahun,
kalau x sembahyang apagunanya..."
hmm.. nakalnye... tyme kami lalu je terus nyanyi lagu kayu 2, then apa lagi,
kami pown sakat balik adik2 nie "adik, akak nak adik nyanyi lagu nie tyme cheers nnt tau, kalu tidak...."
hehe... terkejut bukan main adik2 nie, siap merayu2 lagi tu... hmm.. tapi adik2 ckp yang mereka akan dedicate tok kami..
Pada waktu persembahan itu, hmm.. mereka pown buatla cheers sepohon kayu itu.. hehe...
bestnye.... walaupun nakal tapi mereka menggunakan pendekatan islamik la juga.. nakal2 chomey la kot... tak sangke pulak dapat naib johan cheers.. alhamdulillah...
kepada AJKO yang lain, terima kasih banyak2 atas bantuan + usaha + dorongan serta semangat yang diberikan kepada mawar, terima kasih cikgu Norriah, cikgu Kamal dan cikgu - cikgu yang lain atas nasihat dan tunjuk ajar kepada kami... semoga Allah merahmati kalian, terima kasih atas kenangan yang terindah ini.
secara keseluruhannya mawar sudah mendapat apa yang mawar inginkan, melihat adik2 generasi akan datang menghayati islam dengan tekun dan penuh penghayatan. mawar juga dapat memutikkan kembali cinta mawar kepada Kekasih yang abadi.. insyaAllah...
mohon petunjuk Allah dan ketetapan hati dalam berjuang dalam agamaMu
Allah = tujuan hidupku
mUsLimAh AcUan Al-QUran
Ialah muslimah yang menjaga bicaranya
Yang menjaga adabnya
Yang tidak takut berkata benar
Yang tidak gentar dijengah mehnah
Walau nyawa jadi taruhan
Muslimah acuan alQuran
Dialah wanita yang dijanjikan Tuhannya
Sebuah syurga sebagai mahligai kasihnya
Dialah penghulu bidadari suaminya
Dialah wanita solehah buat agamanya
Muslimah acuan alQuran
Ialah muslimah yang tegas
Tegas dalam menegakkan daulah islamiyyah
Tegas dalam hidup yang ditarbiyyah
Dengan pelita iman bersumbukan taqwa
Muslimah acuan alQuran
Ialah muslimah yang bersifat qanaah
Baginya kekayaan duniawi hanya sementara
Baginya dunia hanya untuk meraih keuntungan akhirat
Baginya cukuplah alQuran sebagai harta abadi
Muslimah acuan alQuran
Ialah muslimah yang tunduknya demi agamanya
Yang hatinya disuburkan dengan semangat juang
Yang solatnya dilakukan dengan tawaduk
Yang suaranya lunak dengan Qalamulllah
Yang menjadikan zikrullah halwa ketenangan
Yang meletakkan Deen sebagai pakaian hidupnya
Benar dia bukan Khadijah, wanita kesayangan Nabi
Benar dia bukan Sumayyah, wanita cintakan syahid
Benar dia bukan Rabiatul Adawiyah, wanita yang merindui cinta Tuhannya
Namun, dialah wanita yang akan menjadi kesayangan suami solehnya
Dan, dialah wanita yang rela syahid dalam manhaj islam
Dan, dialah wanita yang mencari redha suaminya demi redha Tuhannya
Monday, May 4
kAWAn+sAHAbat+kELuarGA
lama juga mawar tidak menjengah blog nie... agak sibuk dengan kerje rumah.. walaupun mama ada mengupah orang untuk melakukan kerja - kerja rumah, tapi mawar perlu melakukannya.. perempuankan... lagi - lagi kini anak buah mawar menetap sementara dirumah, kesian mama kene jd baby sitter jap, mawar hanya dapat membantu... mama.. hmm.. sakit2 cam2 pun di gagahkan untuk menjaga satu2 nya cucu kesayangan.. ch0mey... sayangnya pada cucu yang sorang itu sampai lupa akan kesakitan yang dialaminterya... mawar kalu boleh tak mau mama buat apa2 buaikan baby pown x leh, tp macam biasa.. mama degil.. hmm... terserlah sifat keibuan mama pabila mawar melihat mama meladeni Daniel Zaquan...
Baru - baru ini, mawar dikejutkan dengan dua berita kemalangan, yang pertama seorang sahabat, alhamdulillah, kini beliau dalam keadaan sihat2 sahaja, agak teruk juga dengan patah tangan dan jahit2 badan... berita yang kedua melibatkan adik sesusuan seorang sahabat, kemalangan yang dialaminya pada hari yang sama tapi tempat yang lain dengan sahabat yang pertaama tadi telah meragut nyawanya...
Maafkan mawar Hajar, mawar tahu Hajar seorang yang tabah, sabar hadapi dugaan... Mawar hanya mampu mengirimkan doa dan semangat kepadamu sayang... Allah lebih menyayanginya dan amat sayang padamu sahabat, ujian ini yang akan meningkatkan darjatmu disisi Allah... InsyaAllah...
Dalam kes ini jua, teringat mawar kepada saat kematian, bagaimana dengan amalan? sudah cukupkan amalan ini? diterimakah disisi Kekasihku? dengan dugaan yang aku gagal lalui.. dengan segala dosa - dosa yang telah mawar lakukan.. cukupkan semua itu? bagaimana dengan keadaan semasa dihisab nanti? Nau'zubillah... takutnya dengan azab dan siksaan yang amat pedih itu... masyaAllah... mawar takut ya Allah... takut...
"meninggalkan maksiat adalah perjuangan, sedangkan menurutinya adalah pengkhiatan" dan
"di setiap tempat, engkau pasti menemukan kegelapan kerana itu, nyalakan pelita didalam dirimu''
"Sabarlah sahabatku,
Ya Alllah, gantikanlah penderitaan sahabatku dengan kesenangan,
balasan kesedihan sebagai hal yang menggembirakan,
hilangkanlah perasaan takut kepada ketenteraman,
Ya Allah...
sejukkan gelora hati sahabatku dengan salji keyakinan,
padamkan gelojak api jiwa dengan keimanan,
berikan rasa damai bagi jiwa - jiwa yang resah ini satu kedamaian dan kemenangan yang nyata.
Ya Allah...
lenyapkan segala keraguan sahabatku dengan cahayaMu
Ku pohon kebahagiaan serta cintaMu yang agung buat mereka sahabat perjuangan ku
dunia dan akhirat"
Friday, April 24
seSALAN?? x SEMudah itU
Hari ini hari akhir ana menetap di kolej ini sebelum pulang untuk 10 minggu bercuti.. banyak benda dan planyang difikirkan...
Fitrah seorang hamba Allah yang akan sentiasa ada masalah yang datang menziarah. menguji sejauh mana kecekalan aku pabila menyebut LAA ILA HA ILAALLAH... tapi x sangka aku terus tewas.. dlm kecelakaan syaitan menggoda hamba nya ini. aku lemah dan tak terdaya... namun, Allah sayang akan hambanya yang hina dina ini. diutuskan bagiku seorang insan yang sama dalam jemaah untuk menguatkan aku kembali. di tongkat dengan nasihat dan pujukan nya. dirawat dengan jaminan - jaminan Allah.. tapi.. aku takut Ya Allah, takut hati ini telah lama mati, mati dek kerana rakus mengejar nafsu dunia, mati kerana keseronokkan dunia,... aku jd alpa, megah dengan ilmu yang x seberapa.. benar kata ulama', pabila kita merasa seronok nuntuk melakukan maksiat, bosan mengerjakan amalan, amaran penting bg mereka yang mati hatinya...
TEKAD KU YA Allah, hanya keranaMu aku berjuang.. biarlah aku bermula sedikit demi sedikit, memantapkan lagi jiwa aku yang mmg senang lemah, bagai dengan satu hembusan sahaja... aku takut ya Allah.. takut sgt dgn azabMu itu!!!!!!!1
Nauzubillah....
Ya Allah....
jgn jdkan aku hambaMu yg munafiq,
jauhilah aku dr sifat2 hipokrit,
pimpinlah aku ke jalan yang benar...
jalan yanng di redhaiMu ya Allah..
kerna hanya Kau sebaik - baik pertolongan...
berilah aku peluang untuk berjihad di jalanMu,
dan mati syahid atas namaMu
LAA ILAHAILALLAH...
TAKBIR!!!!!
ALLAHUAKHBAR
Thursday, April 16
rEDHai Kami Ya ALLAH
sepanjang minggu ini dan minggu hadapan mawar akan menempuh badai yang dnamakan badai peperiksaan... disinilah mawar diuji bukan sahaja dari segi fizikal malah mentaliti mawar sendiri... kelmarin dan beberapa hari yang lepas, mawar tak dapat menumpukan perhatian dalam mengulangkaji pelajaran... entah mengapa mawar sering teringat mama yang sakit... mawar sedih... hanya Allah yang mengetahuinya... mawar cuba buat mama bahagia, kembali pulih, mawar tekad menghantar mama ke darussyifa di bangi...
tapi mama tak mahu, raut wajahnya bagai dia sudah berputus asa dengan berubat.. mama.. mawar sayang mama... Ya Allah... lembutkanlah hati mama agar dia mahu terus berjuang melawan kesakitannya...
andai diberi peluang, izinkan mawar yang menanggung siksanya, biarlah mawar yang menderita daripada melihat mama yang menderita...
Ya Allah..
Mawar merayu...
sembuhkan lah penyakit mama...
Redhailah perjuangan kami
dalam merebut cintaMu...
Mama...
mawar tahu mama tabah...
kuatkan lagi iman mu mama
mawar tahu Allah sayang sangat pada mama
kerna itu nikmat kepadamu..
jgn putus asa mama
mawar sentiasa mendoakn mu

