mUKa suRAt

Monday, November 30

Terus suJud di siSiMU

mEndunG BErLAlu peRgi
suRia siNari aLam iNi
MeniTi haRi - haRi
kU Lemas dLm kEreSahan

tiTisan eMbun paGi
hiLang diTelan haRi
buNga dLm jaMbanGan
naMun tiDak keliHatan dI maTa

oH TUHAN
kAU tunJukkanLah paDaku JalanNya
duRi oNak akan kU HarunGi
deNgan keRelaan Hati

beRikan kU kekUaTan
unTuk ku ReMpuh raNjau iTu
aGar daPat ku menGhayati
teRus suJud di siSiMu

restuiLah lanGkah iNi
padaMu reLaku seRahkan
jiwa raGaku keSisiMu
haNya padaMU

ya Rabb

"sujud disisiMU" LELA

Sunday, November 29

Tajdid? Apa itu tajdid?

Isu tajdid dan kemodenan telah menjadi aliran baru yang didorong oleh tujuan-tujuan dan matlamat yang kadang-kadang boleh memperdayakan sesetengah orang. Ini menjadikan persoalan apakah akar pokok tajdid dan apa dimensinya, persoalan yang memerlukan jawapan segera.

Definisi yang sebenar kepada perkataan tajdid sebagaimana yang dibawa oleh sunnah yang suci dan diperkatakan oleh ulama' Islam yang thiqah dan fuqaha'nya ialah:

Menghidupkan batu tanda agama setelah ia tertimbus, menyambung apa yang terburai, menerangkan sunnah daripada bidaah dan menghidupkan amalan yang dipelajari daripada kitab dan sunnah.

Berkata Syeikh Al Ghazali dalam menerangkan makna sebenar kepada istilah ini:
"Tajdid ialah mempertahankan usul daripada apa yang merobeknya, menggilapnya daripada kesamaran yang menyelubung, menjernihkannya daripada kekeruhan. Ia seperti membasuh pakaian sehingga hilang segala kotoran atau menyapu debu yang melitupi gambar yang terbiar lama tanpa penjagaan."

Dalil yang membuktikan wujudnya istilah tajdid dalam kamus perbendaharan kata umat ini merujuk kepada hadith sahih yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
"Sesungguhnya Allah akan membangkitkan untuk umat ini di permulaan setiap seratus tahun, seorang mujadid yang mentajdid agamanya".

Tajdid dalam Islam ialah kembali kepada asal yang unggul yang menjadi sumber kemuliaan manusia iaitu kitab dan sunnah. Ia tidak mungkin difahami kecuali dengan mendekatkan diri dengan tokoh-tokoh ikutan yang bebaskan diri hanya untuk kebenaran, menjulang panji-panji ini. Mereka adalah pelopor kebaikan dan rahmat kepada manusia. Mereka adalah ukuran keadilan dan neraca kemuliaan kepada umat manusia.

Tetapi sekitar akhir kurun ke-19 dan semenjak awal kurun ke-20, muncul makna baru kepada istilah tajdid berlainan dengan makna asal sebenar seperti yang kami sebutkan. Telah muncul apa yang boleh kita istilahkan sebagai pemikiran Islam liberal beracuan barat. Atau dengan kata lain pemikiran yang seiring dengan aliran pemikiran barat atau pemikiran orieantalis.

Ia membawa tajdid yang memelihara akidah Islamiah, tetapi tersimpan di atas rak atau di muzium sebagai satu benda yang amat unggul dan sangat suci. Pada hakikatnya ia adalah sekular yang bermotifkan untuk memisahkan agama daripada kehidupan, dan mengambil sistem barat yang diimport untuk menggantikan syariat Islam. Tajdid yang memberi makna mensia-siakan Islam dan melampaui batasannya, memperlekehkan penghasilan lalu dan menundukkan Islam kepada konsep pemodenan.

Mereka mengatakan menggantung perlaksanaan Islam adalah satu tuntutan kemestian (dorurat) sosial. Di bawah tekanan suasana kehidupan yang sentiasa baru, Islam tidak akan mampu menyesuaikan tuntutan pemodenan dengan kandungan pengajarannya. Berkeras dengan ajaran Islam bermakna memencilkan diri daripada kehidupan, ketinggalan dalam menggunakan wasilah kemajuan dan cenderung untuk memilih kemiskinan, berpenyakit dan kejahilan. Begitulah sangkaan mereka.

Mereka mengatakan lagi, kemajuan adalah "kanun kehidupan umum" yang tidak boleh tidak mesti dipatuhi. Kerana itu pada sangkaan mereka, orang Islam harus menggunakannya dalam kehiupan keIslaman mereka supaya ia dapat berjalan seiring dengan kemodenan dunia barat dan dengan itu mereka akan selamat daripada punca-punca kelemahan dan kemunduran. Jadi mereka hendaklah memajukan Islam sebagai agama.

Atau dengan ungkapan yang lebih jelas: orang Islam atas nama ilmu, kemajuan dan tajdid hendaklah mengubah agama mereka dan memajukannya dengan cara memperbaharui pemahamannya, menjauhkannya daripada politik dan negara, serta mengusirnya dari masuk campur hal ehwal hubungan antara individu.

Islam juga hendaklah menyelamatkan diri mereka dari terkait dengan apa-apa bentuk pemilikan sumber kekuatan, meninggalkan masalah ketuanan iman yang menolak wala' kepada bukan Islam atas kepentingan Islam dan menolak perkahwinan muslimah dengan bukan muslim.

Selain itu Islam juga perlu melupakan perbezaan lelaki dan wanita dalam menerima pusaka, hak talak, tidak masuk campur dalam urusan hubungan kemasyarakat antara sesama muslim, dan hubungan muslim dengan masyarakat antara bangsa, sebagaimana Islam tidak perlu masuk campur dalam urusan menentukan hubungan antara modal dalam perindustrian, hubungan perdagangan antara pemodal dan pekerja atau antara pemilik harta dengan golongan fakir untuk menghalal dan mengharam atau memaksa pembayaran zakat dan sebagainya.

Ini bukan suatu perkara baru. Semenjak zaman dahulu lagi mujaddid palsu yang mensejajarkan syariat dengan nafsu manusia cuba mentafsir riba dengan tafsir yang tidak diketahui daripada salaf ass soleh, tidak sejajar dengan nas-nas Quran, juga dengan hadis-hadis sahih dan tidak juga dengan ijma' umat semenjak zaman silam hingga zaman yang hampir ini.

Berkata Syeikh al Ghazali dalam mengulas perkara tersebut:
"Perjalanan mujaddid palsu ini penuh mengecewakan, mereka mematikan Islam bukan mentajdidikannya. Sesungguhnya mentajdid pemikiran Islam menuntut akal yang lebih matang, hati yang lebuh bersih, memahami kesilapan sejatah, kegelinciran rijal (pemuka-pemuka), ilmuan yang arif tentang kitab-kitab, bukan sekadar banyak membaca, mahir tentang hadis, bukan sekadar meriwayatkannya, fakih tentang syarak, bukan sekadar pengikut, tahu selok belok tarbiah dan pengajaran, bukan sekadar pengikut pemimpin dan pemilik sijil yang tidak berilmu."

Kita tidak menolak tajdid tetapi memperingatkan pembaca dari percubaan untuk menyelewengkan agama atas nama tajdid, tetapi ia hendaklah dilakukan dalam ruang lingkup Islam dan iltizam dengan hukum hakamnya.

Adapun tajdid yang dijadikan helah untuk mengahalalkan pergaulan bebas, riba, faedah bank, membuka aurat, lebur identiti dan mempermainkan orang beriman maka ia bukannya tajdid, sebaliknya penyelewengan, kesesatan dan kerendahan akhlak.

sumber: protajdid.blogspot.com

Saturday, November 7

Pesanan Untuk Orang Yang Berdosa

Aku tertarik untuk berkongsi disini supaya ianya menjadi peringatan dan amaran kepada ku dan sahabat ku. Hmm... baru – baru nie ad seorang sahabat menegurku, alhamdulillah, terima kasih sahabat. ’ayu, samapi bila ko nak dlm persediaan nie? Bila nak melakukan anjakan paradigma yang ko ckp dulu, ye, aku tahu ko baru berubah mendekati Allah, tapi ko x perasan ke? Dah masuk satu tahun setengah ko dlm proses mujahadah, sepatutnya proses itu bertambah mantap, bukan makin berkurangan” sahabat menambah, (ayu, ko beruntung sebab dapat menikmati saat perubahan itu, cube lihat yang lain, yang masih berpeleseran diluar sana, sayang sekali, Allah sayang pada kamu, tapi kenapa ayu x menghargainya?’ sahabat aku macam kecewa la gak ngan aku nie. Hmm... pesanan untuk orang yang berdosa mcm aku nie,

Allah berfirman dlm surah Al-Imran : 135 ( Dan juga orang – orang yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka- dan sememangnya tiada yang mengampunkan dosa selain Allah, dan juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya)”

Ku akui diri ini, hamba yang mungkir pada janji – janji, terimalah taubat, ampun kan kami Ya Allah.

Aku kene muhasabah balik diri aku nie, tanggung jawab semakin berat, tapi kenapa aku semakin lalai dalam menuntut cintaNya? Hmm... 2 la.. selalunya, pabila kita rasa seronok melakukan sesuatu, tanpa niat kerana Allah mahupun Islam, itulah maksiat. Dan maksiat itu, amat sukar untuk ditegah, lagi – lagi kepada mereka yang banyak melakukan maksiat... mcm aku.

Kadang – kadang kita tahu itu salah, haram, fitnah, maksiat, dosa, tapi kita tetap melakukan nya... kenapa? Sebab kita rasa best... maksiat, biasa lah.. syaitan membisik pada kita, menggilap pada hati kita, buatlah benda itu, best... seronok.. itulah.. Pegangan kita pada Allah kurang.. hati yang suka akan maksiat adalah hati yang jauh daripada Allah...

Ingatlah bahawasanya iman seseorang hamba itu bagaikan berada diantara dua jari Allah, Dia bisa membolak balik hati kita, kerna itu ada yang pagi beriman dan petang kafir. Aku nak ke macam itu??

Sering kali aku berazam, bertekad dan iktikad, tapi kenapa ku tidak membulat serah pada Allah? Kita x boleh menjadi islam yang Liberal, sikit2 buang, yang best ambik. Mcm mana 2?

Allah berfirman dalam surah Al- Baqarah:10 ”dalam hati mereka (golongan yang munafik itu) terdapat penyakit syak dan hasd dengki, maka Allah tambahkan lagi penyakit itu kepada mereka; dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya, dengan sebab mereka berdusta (dan mendustakan kebenaran)”.

Nak ke aku jadi orang munafiq nie? Manusia yang paling hina disisi Allah ialah orang fasik dan munafiq yang mengaku islam tetapi masih lagi suka berbuat maksiat, mengaku islam tapi hanya pada nama rupa fizikal riak takbur hasad dengki iri hati??

Tanda – tanda orang yang terjangkit hati adalah seperti berikut :

a) Melalaikan solat jemaah. Kalaupun solat, dia mendirikan sengan riya’ dan ingin dilihat orang (mereka bermaksud riya’ dihadapan manusia) An-Nisa : 142

b) Jarang mengingati Allah. Dia lebih sering memperlihat syawat, makanan, minuman, teman, kekasih dan duniawinya (dan mereka hanya sedikit sekali menyebut nama Allah) An-Nisa:142

c) Menceritakan sesuatu yang sebenarnya tiada dalam hatinya. Mereka memuji islam, orang yang soleh, Al-Quran, memperingati kematian. Namun, Allah tahu bahawasanya jauh dihatinya membenci dan tidak suka melakukannya

Koreksilah diri, muhasabah lah diri, dunia semakin hampir kepada Kiamat, lupakanlah mencari keseronokan dunia.

Ayu, hargailah hidayah yang Allah berikan, kemanisan iman yang semakin jauh dari kamu. Allah tak rugi apa – apa, tapi ayu akan mendapat siksaan yang keras daripadanya. Pilihlah jalan yang diredhai Allah, Allah sayang kamu sahabatku, Allah sayang kamu, Allah masih lagi ingin membentuk kamu kejalan yang disukainya sahabatku. Tahanlah nafsu, ubahlah sikap, masa tidak menunggu kamu, tapi dosa itu... Percayalah sahabat, untuk mendapat manisnya madu, kita perlu sabar dan berhati – hati mengambilnya dari sarang lebah, memang banyak rintangan dan kemungkinan akan disengat lebah, tapi percayalah, hasilnya adalah madu yang manis. Begitu juga dengan iman. Ayu sudah besar, pandai berfikir, ingatlah Allah, ingatlah kasih sayangnya.

Thursday, October 22

bye - bye assignment

alhamdulillah, hari ini, aku telah berjaya menyiapkan segala - gala - gala assignment aku, hehe.. terima kasih Allah..
skarang aku kene tumpu pada final exam plak. aku kene la buat yang terbaik. cover back my text result yang x senonoh 2..
hmm... camne nagn progressive perjalanan azam aku? stakat ini ianya berjalan dengan amat lambat, kalu internet 2 boleh hampir pade not connection..
aku start dah.. tapi 2 la.. manusia...

aku ada terbaca(memang bace pown), dalam sebuah buku nie cakap mengenai mujahadah.
sebenarnya, mujahadah nie adalah berusaha melawan dan menundukkan kehendak hawa nafsu.
nafsu yang paling rendah adalah nafsu amarah. ada ayat al-quran mengenai nafsu ini iaitu dalam surah Yusuf ayat 55.

skarang nie aku masih lagi nak mengawal nafsu ammarah tu.. kalu nafsu yang lemah ini pown x dapat kawal, camne nak jadi pada aku??

tambahan lagi, dalam kita proses mujahadah ini, kite perlulah seimbangkan denganberdakwah. ini sebab dakwah termasuk dlm sebahagian mujahadah kita. kenapa dakwah? kita kene sedar, dakwah adalah perlu seperti dalam surah at-taubah ayat 71 yang menyuruh kita mengajak kepada makruf serta mencegah kemungkaran. surah al-imran ayat 104 pown ada cakap cam2 gak, so conclusion is, bila kita lahir sebagai seorang islam, kita adalah seorang daie.

x cukup ilmu? takut? diri sendiri belum sempurna?jaga tepi kain sendiri? hmm... dulu aku macam nie gak, tapi kite kene pikir balik ye.. boleh ke kite cukup ilmu? sampai bile? nak jadi yang sempurna? kite bukan Nabi Muhammad. jaga tepi kain sendiri? hehe.. nanti kain 2 la yang akan ditarik oleh orang sekeliling kite masukkan kite same - same ke neraka, sebab ape? sebab kite x menegur atau mengingati atau menasihati nya. dapat la saham masuk neraka.. Nauzubilla.... check balik amaran Allah dalam surah at-taubah ayat 24 yang mengingatkan kita, jika kita lebih suka kepada dunia daripada Allah dan berjihad pada jalanNya, tunggulah keputusan daripada Allah.

hmm.. takut x? jadi meh la mai kite p muat amar makruf nahi mungkar and...
jangan lupa pada dakwah non-muslim,
tanggungjawab kite gak tok laksanakannya...
so pe lagi
meh join FCR di MMU pada 14&15 nov nie
peluang kita masih terbuka
sebab...
Allah sayang kia
so
kita kena sayang Allah dan agamaNya~!!!

Tuesday, October 20

salam kerinduan

dah sangat lama rasenye aku x tulis blog nie.. rindu sangat.. tp nk wat camne.. kekangan masa yang tidak mencukupi, tambahan lagi, banyak masalah yang timbul sem nie.. banyakkkk sangat.. sampai tak terluah rasenye.. datang walaupun kadang - kadang bertimpa, tapi bagai tiada kesudahan. kadang - kadang terdengar juga keluhan sahabat yang bagaikan bosan mendengar masalah yang melanda aku nie.. tapi nak wat macam mane.. aku nie.. kalu ad masalah, kene terus cakap, kalu simpan lame2 aku dah x dpt cakap, kire macam lupe 2 hampir2 la.. tp die jadi macam bisul, x nampak, tapi sakit.. hmmm...
maaf la blog, aku nak luah, tapi x tau mcm mane nak start... bermula kisah keluarga, sahabat, kawan, pelajaran, pengurusan masa malah pengurusan diri. hmm.. tapi bila pikir - pikir balik, itu sume memberi aku pengajaran dan pelajaran macam mana nak bersemuka dengan semua itu. aku nie.., orang cakap tak matang.. ye ke?? aku pown x tao.. mungkin ye,, mungkin x.. hmm.. sem 3 dah hampir berakhir, aku tetap macam nie gak.. ape yang telah terjadi.. biarkan terjadi.. kalu aku nak cakap detail, mungkin x cukup mase aku nanti, ape yang penting kat sini, Allah sayang sangat kat aku.. korang jangan jeles plak, Allah bagi aku ujian, kemudian datangkan sahabat dan peristiwa yang memboleh kan aku tidak terbabas dari mengingatinya. ye.. aku akui, aku memang x baik.. kadang - kadang aku lupe.. kadang-kadang aku inagt tapi buat2 lupe.. hmm.. nie la aky yang xbaik nie.. aku pown x sure awat la aku camni..
niat and tekad aku untuk berubah sikit - sikit.. perangai nie ha.. paling susah tol... tapi aku yakin dan amat percaya.. pabila ALLAH berkata "jadi, maka jadilah"
ape yang paling penting, yakin.. amal dan muhasabah diri nie selalu. aku sedar, aku susah sangat nak mencapai target, maybe first sekeliling aku, suasana aku bla balik kampung, memang mengundang segala kesulitan, tapi, islam agama mudah, dan ianya tak bermakna kita boleh memudahkan sesuatu hukum.. Ya Allah...

Wednesday, August 26

TRANSFORMERS

minggu lepas lecturer BBI2421 minta kami satu kelas buat assignment mengenai perkara penting dalam hidup, then, ana buatlah perkara yang paling penting dalam hidup tah is the changes to be new Ana. hehe, then inilah yang terjadi pada ana pada zaman matrik. zaman kemuncak kegemilangan, yangmemberi seribu satu kenangan terindah yang x dapat ana lupakan sepanjang hidup ana.
terimalah .......................TRANSFORMERS.....................................

There are a lot of memories that I can not forget until I died and one of them is when I transform all of my life become better than or as known as hijrah. There story begin when I got an offer to continue my studies in matrix Kulim Kedah. This memorable place had changes me to be the new and fresh Ayu. Lots of changes happened on me including mentality or physically either. Me, before that transformers was a naughty cute girl with skate board always behind me, even when I sleep. Studying in Assunta High school gave me a lot of ways to enjoy my life. Free and happy. No worries at all. My appearance looks simple and steady as a skater girl, track suit, t-shirt and sometimes I wearing tudung. Knowing nothing in Islamic life based on my social surrounding. But, all of the changes had started when I am registered in matrix Mara Kulim. Having lot friends that are looks Islamic trend, used Islam as their ways of life had had me felt really unpredictable. I did not know how to explain that feel, it is really amazing. I fall in love with the circumstance and day to days I had learnt how to be a real muslim starting from praying until I died. One day, as usual, there got a tasawwur classes on every Wednesday and I still remembered that the ustaz was talk about the simple things entitles “appreciate a giving of Allah in context of environment.” Suddenly, I felt really miserable, my heart felt something. Yes, I felt something that I never ever feel before. The feeling that ever been inside my heart. Really touched in my heart, mind and what ever it is. My heart really strong to say that I have to changes and something had happened. Now, I am a new Ayu that promise my whole life are because of Allah. It is really hard to maintain and istiqamah when got a lot of challenges from my family and skaters friends. But, I have to stand with my word that Allah always be with me when I had promise Islam is the ways of my life.


salam ramadhan~~

hari ni dah masuk hari ke 5 puasa~ alhamdulillah Allah bagi peluang untuk maWar terus hidup membetulkan kesilapan ana pada masa lalu, ramadhan kali ini memang sangat memberi kesa dalam hidup ana. penantian penuh debaran sudah berakhir, mase first day berbuka, ana berbuka sorang je kat bilik, kak as balik umah abang die, hehe agak menyedihkan tapi xpe la, bukan berbuka tujuan utama, tapi amal dalam diri ini. baru 5 hari berpuasa dah macam - macam perkara terjadi, meang menguji kesabaran ana. Mungkin Allah beri ujian - ujian ini untuk ana sedar dan mengawal kemarahan diri, insyaAllah, ujian yang mendatang membuat kita lebih kuat menghadapi hidup ini.

Kesedihan dan tekanan yang datang secara menggunung, memang mule - mule rase tension gak la, sebab asyik kene marah je ngan atasan, tapi bak kate wadul, be cool + be relax, admit and do it again, hehe..
alhamdulillah, Allah bersama ana, memberi petunjuk untuk ana teruskan tanggung jawab ana.

kelmarin, ana dikejutkan dengan berita yang sangat - sangat menyedihkan hati ana. betul ke dia hipokrit? sahabat? hmm... agak (bukan agak tapi sangat) terkilan dengan tindakan yang dilakukan nya. sampai hati dia buat ana macam ini kan, ana x pasti, apa sebab yang die buat cam2, mungkin....
hmm.. tapi tulah, ingat kembali kaka - kata sahabat di matrix dahulu "berfikir sebelum bertindak, jangan ikut sedap sahaja, pabila kita mencegah, jangan pula kita terjebak" hipokrit namanya.

Disebalik kejadian ini, ana merenung kembali, tugas ana hidup, ana dah diberi peluang di matrix dulu untuk berubah, jadi ana kenelah meneruskan perubahan ini, bukan sedikit - sedikit kembali ke bentuk asal. Takutla azab Allah, maWar sayang... kes yang telah berlaku pada sahabat itu mungkin menjadi cermin pada diri ini. adakah ana sama begitu? hipokrit? ana takut ana jadi fitnak pada islam.. insyaAllah, berkat bula mulia ini, ana perlu pastikan perubahan yang berterusan, istiQamah dalam perjuangan ana, mungkin ana memang x boleh jadi macam Aisyah mahupun Khodijah, tapi ana perlu mencari identiti perempuan yang diredhai Allah,

ana mohon kepada sahabat ana agar terus menegur ana andai kata ana tersilap percaturan dalam hidup ini. bantulah ana,
Ya Allah redhai ana...