mUKa suRAt

Monday, April 11

RASULULLAH DI HARI KEBANGKITAN [ PART 1 ]

1) RASULULLAH MENANGIS DI PADANG MAHSYAR

Dari Usman bin Affan bin Dahaak bin Muzahim daripada Abbas ra, bapa saudara Rasulullah SAW dari Rasulullah SAW telah bersabda, yang bermaksud:
“Aku adalah orang (manusia) yang paling awal dibangkitkan dari kubur (bumi) pada hari kiamat yang tiada kebanggaan. Bagiku ada syafaat pada hari kiamat yang tiada kemegahan. Bendera pujian di tanganku dan nabi-nabi keseluruhannya berada di bawah benderaku. Umatku adalah umat yang terbaik. Mereka adalah umat yang pertama dihisab sebelum umat yang lain. Ketika mereka bangkit dari kubur, mereka akan mengibas (membuang) tanah yang ada di atas kepala mereka. Mereka semua akan berkata: “Kami bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan kami bersaksi bahawa Muhammad itu Rasulullah. Inilah yang telah dijanjikan oleh Allah Taala serta dibenarkan oleh para rasul.” Ibnu Abbas ra berkata: “Orang yang pertama dibangkitkan dari kubur di hari kiamat ialah Muhammad SAW. Jibril as akan datang kepadanya bersama seekor Buraq. Israfil pula datang dengan membawa bersama bendera dan mahkota. Izrail pula datang dengan membawa bersamanya pakaian-pakaian syurga.”

Jibril as akan menyeru: “Wahai dunia! Di mana kubur Muhammad SAW?”

Bumi akan berkata: “Sesungguhnya, Tuhanku telah menjadikan aku hancur. Telah hilang segala lingkaran, tanda dan gunung-ganangku. Aku tidak tahu dimana kubur Muhammad SAW.”

Rasulullah SAW bersabda: “Lalu diangkatkan tiang-tiang dari cahaya dari kubur Nabi Muhammad SAW ke awan langit. Maka, empat malaikat berada di atas kubur.”

Israfil bersuara: “Wahai roh yang baik! Kembalilah ke tubuh yang baik!”

Maka, kubur terbelah dua. Pada seruan yang kedua pula, kubur mula terbongkar. Pada seruan yang ketiga, ketika Rasulullah SAW berdiri, baginda SAW telah membuang tanah di atas kepala dan janggut baginda SAW. Baginda SAW melihat kanan dan kiri. Baginda SAW dapati, tiada lagi bangunan. Baginda SAW menangis sehingga mengalir air matanya ke pipi.

Jibril as berkata kepadanya: “Bangun wahai Muhammad! Sesungguhnya kamu di sisi Allah Taala di tempat yang luas.”

Baginda SAW bertanya, “Kekasihku Jibril! Hari apakah ini?”

Jibril as menjawab: “Wahai Muhammad! Janganlah kamu takut! Inilah hari kiamat. Inilah hari kerugian dan penyesalan. Inilah hari pembentangan Allah Taala.”

Baginda SAW bersabda: “Kekasihku Jibril! Gembirakanlah aku!”

Jibril as berkata: “Apakah yang kamu lihat di hadapanmu?”

Baginda SAW bersabda: “Bukan seperti itu pertanyaanku.”

Jibril as berkata: “Adakah kamu tidak melihat bendera kepujian yang terpacak di atasmu?”

Baginda SAW bersabda: “Bukan itu maksud pertanyaanku. Aku bertanya kepadamu akan umatku. Di mana perjanjian mereka?”

Jibril as berkata: “Demi keagungan Tuhanku! Tidak akan terbongkar oleh bumi daripada manusia, sebelummu?”

Baginda SAW bersabda: “Nescaya akan, kuatlah pertolongan pada hari ini. Aku akan mensyafaatkan umatku.”

Jibril as berkata kepada baginda SAW: “Tungganglah Buraq ini wahai Muhammad SAW dan pergilah ke hadapan Tuhanmu!”

Jibril as datang bersama Buraq ke arah Nabi Muhammad SAW. Buraq cuba meronta-ronta. Jibril as berkata kepadanya: “Wahai Buraq! Adakah kamu tidak malu dengan makhluk yang paling baik dicipta oleh Allah Taala? Sudahkah Allah Taala perintahkan kepadamu agar mentaatinya?”

Buraq berkata: “Aku tahu semua itu. Akan tetapi, aku ingin dia mensyafaatiku agar memasuki syurga sebelum dia menunggangku. Sesungguhnya, Allah Taala akan datang pada hari ini di dalam keadaan marah. Keadaan yang belum pernah terjadi sebelum ini.”

Baginda SAW bersabda kepada Buraq: “Ya! Sekiranya kamu berhajatkan syafaatku, nescaya aku memberi syafaat kepadamu.”

Setelah berpuas hati, Buraq membenarkan baginda SAW menunggangnya lalu dia melangkah. Setiap langkahan Buraq sejauh pandangan mata. Apabila Nabi Muhammad SAW berada di Baitul Maqdis di atas bumi dari perak yang putih, malaikat Israfil as menyeru: “Wahai tubuh-tubuh yang telah hancur, tulang-tulang yang telah reput, rambut-rambut yang bertaburan dan urat-urat yang terputus-putus! Bangkitlah kamu dari perut burung, dari perut binatang buas, dari dasar laut dan dari perut bumi ke perhimpunan Tuhan yang Maha Perkasa.

Roh-roh telah diletakkan di dalam tanduk atau sangkakala. Di dalamnya ada beberapa tingkat dengan bilangan roh makhluk. Setiap roh, akan didudukkan berada di dalam tingkat. Langit di atas bumi akan menurunkan hujan dari lautan kehidupan akan air yang sangat pekat seperti air mani lelaki. Daripadanya, terbinalah tulang-tulang. Urat-urat memanjang. Daging kulit dan bulu akan tumbuh. Sebahagian mereka akan kekal ke atas sebahagian tubuh tanpa roh.

Allah Taala berfirman: “Wahai Israfil! Tiup tanduk atau sangkakala tersebut dan hidupkan mereka dengan izinKu akan penghuni kubur. Sebahagian mereka adalah golongan yang gembira dan suka. Sebahagian dari mereka adalah golongan yang celaka dan derita.”

Malaikat Israfil as menjerit: “Wahai roh-roh yang telah hancur! Kembalilah kamu kepada tubuh-tubuh mu. Bangkitlah kamu untuk dikumpulkan di hadapan Tuhan semesta alam.”

Allah Taala berfirman:
“Demi keagungan dan ketinggianKu! Aku kembalikan setiap roh pada tubuh-tubuhnya!”

Apabila roh-roh mendengar sumpah Allah Taala, roh-roh pun keluar untuk mencari jasad mereka. Maka, kembalilah roh pada jasadnya. Bumi pula terbongkar dan mengeluarkan jasad-jasad mereka. Apabila semuanya sedia, masing-masing melihat.

Nabi SAW duduk di padang pasir Baitul Maqdis, melihat makhluk-makhluk. Mereka berdiri seperti belalang yang berterbangan. 70 umat berdiri. Umat Nabi Muhammad SAW merupakan satu umat (kumpulan). Nabi SAW berhenti memperhatikan ke arah mereka. Mereka seperti gelombang lautan.

Jibril as menyeru: “Wahai sekalian makhluk, datanglah kamu semua ke tempat perhimpunan yang telah disediakan oleh Allah Taala.”

Umat-umat datang di dalam keadaan satu-satu kumpulan. Setiap kali Nabi Muhammad SAW berjumpa satu umat, baginda SAW akan bertanya: “Di mana umatku?”

Jibril as berkata: “Wahai Muhammad! Umatmu adalah umat yang terakhir.”

Apabila nabi Isa as datang, Jibril as menyeru: Tempatmu!” Maka nabi Isa as dan Jibril as menangis.

Nabi Muhammad SAW berkata: “Mengapa kamu berdua menangis.”

Jibril as berkata: “Bagaimana keadaan umatmu, Muhammad?”

Nabi Muhammad bertanya: “Di mana umatku?”

Jibril as berkata: “Mereka semua telah datang. Mereka berjalan lambat dan perlahan.”

Apabila mendengar cerita demikian, Nabi Muhammad SAW menangis lalu bertanya: “Wahai Jibril! Bagaimana keadaan umatku yang berbuat dosa?”

Jibril as berkata: “Lihatlah mereka wahai Muhammad SAW!”

Apabila Nabi Muhammad SAW melihat mereka, mereka gembira dan mengucapkan selawat kepada baginda SAW dengan apa yang telah Allah Taala muliakannya. Mereka gembira kerana dapat bertemu dengan baginda SAW. Baginda SAW juga gembira terhadap mereka. Nabi Muhammad SAW bertemu umatnya yang berdosa. Mereka menangis serta memikul beban di atas belakang mereka sambil menyeru: “Wahai Muhammad!”

Air mata mereka mengalir di pipi. Orang-orang zalim memikul kezaliman mereka. Nabi Muhammad SAW bersabda: “Wahai umatku.” Mereka berkumpul di sisinya. Umat-umatnya menangis.

Ketika mereka di dalam keadaan demikian, terdengar dari arah Allah Taala seruan yang menyeru: “Di mana Jibril?”
Jibril as berkata: “Jibril di hadapan Allah, Tuhan semesta alam.”

Allah Taala berfirman di dalam keadaan Dia amat mengetahui sesuatu yang tersembunyi: “Di mana umat Muhammad SAW?”

Jibril as berkata: “Mereka adalah sebaik umat.”

Allah Taala berfirman: “Wahai Jibril! Katakanlah kepada kekasihKu Muhammad SAW bahawa umatnya akan datang untuk ditayangkan di hadapanKu.”

Jibril as kembali di dalam keadaan menangis lalu berkata: “Wahai Muhammad! Umatmu telah datang untuk ditayangkan kepada Allah Taala.”

Nabi Muhammad SAW berpaling ke arah umatnya lalu berkata: “Sesungguhnya kamu telah dipanggil untuk dihadapkan kepada Allah Taala.”

Orang-orang yang berdosa menangis kerana terkejut dan takut akan azab Allah Taala. Nabi Muhammad SAW memimpin mereka sebagaimana pengembala memimpin ternakannya menuju di hadapan Allah Taala. Allah Taala berfirman: “Wahai hambaKu! Dengarkanlah kamu baik-baik kepadaKu tuduhan apa-apa yang telah diperdengarkan bagi kamu dan kamu semua melakukan dosa!”

Hamba-hamba Allah Taala terdiam. Allah Taala berfirman: “Hari ini, Kami akan membalas setiap jiwa dengan apa yang telah mereka usahakan. Hari ini, Aku akan memuliakan sesiapa yang mentaatiKu. Dan, Aku akan mengazab sesiapa yang menderhaka terhadapKu. Wahai Jibril! Pergi ke arah Malik, penjaga neraka! Katakanlah kepadanya, bawakan Jahanam!”

Jibril pergi berjumpa Malik, penjaga neraka lalu berkata: “Wahai Malik! Allah Taala telah memerintahkanmu agar membawa Jahanam.”

Malik bertanya: “Apakah hari ini?”

Jibril menjawab: “Hari ini adalah hari kiamat. Hari yang telah ditetapkan untuk membalas setiap jiwa dengan apa yang telah mereka usahakan.”

Malik berkata: “Wahai Jibril! Adakah Allah Taala telah mengumpulkan makhluk?”

Jibril menjawab: “Ya!”

Malik bertanya: “Di mana Muhammad dan umatnya?”

Jibril berkata: “Di hadapan Allah Taala!”

Malik bertanya lagi: “Bagaimana mereka mampu menahan kesabaran terhadap kepanasan nyalaan Jahanam apabila mereka melintasinya sedangkan mereka semua adalah umat yang lemah?”

Jibril berkata: “Aku tidak tahu!”

Malik menjerit ke arah neraka dengan sekali jeritan yang menggerunkan. Neraka berdiri di atas tiang-tiangnya. Neraka mempunyai tiang-tiang yang keras, kuat dan panjang. Api dinyalakan sehingga tiada kekal mata seorang dari makhluk melainkan bercucuran air mata mereka (semuanya menangis).

alt

Monday, March 7

Konsep- konsep Umum Amal Jamaie

jom revision kefahaman dan amalan kita :)

( Taat, Sirri dan Alaniah, Istisyarah dan Isti’zan)

Keperluan Amal Jamaie

Islam Deen Syamil Kamil Mutakamil

  • Manusia – tenaga yang terpecah-pecah & terbatas
  • Fitrah Kauniyyah – keseorangan akan lemah
  • Hajah Basyariyyah – manusia perlu kepada Islam
  • Darurah Harakiyyah – musuh bekerja dalam team
  • Faridhah Syar’iyyah – Dalil Al Quran & Hadis

Kelebihan Amal Jamaie

  • Membahagikan kerja – e.g kilang industri
  • Meringankan beban kerja dakwah – terlalu berat
  • Menggunakan tenaga – tiada yang ta’attol/guna semua bakat
  • Menggandakan pahala – e.g solat jamaah
  • Saling memperlengkapkan kelemahan manusia
  • Menjaga keaslian – tidak mudah menyeleweng
  • Memperteruskan pertolongan Allah – Hadis
Definasi & Syarat Amal Jamaie

Sesuatu yang diputuskan secara kolektif dalam organisasi yang munazzam mengikut manhaj tertentu dan matlamat yang tertentu.

  • Di putuskan oleh perkumpulan
  • Kerja yang tersusun (munazzam)
  • Kerja yang mengikut manhaj (manhaji)
  • Mempunyai tugas yang tertentu (matlamat)

Konsep taat

Taat adalah mematuhi perintah, terdapat 39 kali disebut di dalam Al Quran dan Hadis supaya setiap muslim dapat memahami kepentingan dan sempadan ketaatan.

Taat pertama kepada Allah, kedua kepada Rasulullah saw dan ketiga kepada Uli Amri selama mana mereka berpegang kepada manhaj Allah.Sempadan ketaatan kepada Uli Amri selagi mana mereka tidak menyuruh melakukan maksiat kepada Allah. Memberi ketaatan kepada ibubapa atau mas’ul termasuk dalam syar’iyyah.

Keperluan taat dalam kehidupan manusia

  • tidak taat berlaku faudha, huru-hara dalam kehidupan masyarakat.
  • Dalam organisasi ketaatan amat perlu – munazzam dalam urusan dan medisplinkan perjalanannya.
  • Lebih lebih lagi di dalam Organisasi Islam kerana masru’ dan menjadi ibadat serta diberi ganjaran pahala kepada orang yang taat.- kesatuan saf, terlaksana perancangan dan program, mencapai matlamat.

Perlaksanaan Taat

  • Individu

- tahap kesedaran & penguasaannya

- kedudukannya dalam organisasi

- keperibadiannya e.g menjaga rahsia

- tabiatnya e.g menerima perintah dan persediaan melaksana

  • Suasana/Zuruf

- biasa [memerlukan kefahaman & Kerelaan]

- gawat [tasaddud ]

  • Tabiat Isu

- Isu yang memerlukan individu tertentu [tasaddud dalam arahan]

- Isu biasa [tidak masalah diketahui oleh orang lain- tawassu’ dalam arahan samada dalam memberi kefahaman atau mendapat kerelaan]

Ketaataan secara wa’iyyah, suka atau tidak suka adalah masru’ dalam organisasi Islam. Ketaatan yang diberi akan mendapat ganjaran pahala dan mendapat keredhaan Allah.

Syura/Istisyarah

Makna Syura

  • Mesyuarat
  • Minta pandangan atau pendapat
  • Bebas memberi pandangan tanpa mujamalah

Dalil As Syura

  • As Syura:38 maksudnya “Dan bagi orang-orang yang menerima seruan Tuhannya dan mendirikan solat, sedang urusan mereka diputuskan dengan mesyurat antara mereka, dan menafkahkan sebahagian dari rezeki yang kami berikan kepada mereka”
  • Ali Imran:159 maksudnya “ Maka disebabkan rahmat dari Allah lah kamu berlaku lemah lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu, kerana itu maafkan mereka dan bermesyuarat dengan mereka dalam urusan itu. Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad. Maka bertakwakal kepadaNya”
  • Sabda Rasululah saw bermaksud “Berilah pandangan kepadaku wahai muslimin, apakah kamu berpandangan aku cenderung kepada keluarga dan keturunanku, mereka hendak menyekat kita dari ahli keluargaku”Bukhari
  • Sirah Nabi saw – Perang Badar, Uhud, Tawanan perang dsb

Perlaksanaan As Syura

  • Kehidupan individu muslim – Rabbani/isytikhara’ dan meminta pandangan individu yang dipercayai, berpengalaman dan ikhlas dalam memberi pandangan [Tidak rugi sesiapa yang berisytikhara’ dan tidak menyesal sesiapa yang meminta pandangan]
  • Kehidupan keluarga – tidak boleh diktatur dalam mengahwini anak perempuan sekalipun anak dara
  • Masyarakat dan Negara – Al Quran dan As Sunnah menjelaskannya, ia di antara tanggungjawab Jamaah dan Negara Islam

Garis Sempadan Syura

Garis sempada syura seperti apa yang didatangkan daripada Al Quran dan As Sunnah. Tidak ada ijtihad dan tidak ada syura dalam perkara yang ada nas, melainkan ijtihad dalam memahami nas dan tafsirnya. Para sahabat ra segera meminta keterangan dari Rasulullah bila ada masalah. Mereka bertanya adakah ianya wahyu daripada Allah? Sekiranya wahyu mereka segera taat dan melaksanakan dengan bersungguh dan tegas. Sekiranya pendapat, mereka bermesyuarat dan mendengar pandangan sahabat- sahabat, ada sahabat yang sependapat dan ada yang tidak sependapat diantara mereka. Rasullah saw menerima semua itu dari pada para sahabatnya.

Begitu juga tidak ada ijtihad dan syura dalam perkara ibadat – Sabda Rasulullah saw maksudnya “Sesiapa yang melakukan sesuatu amalan, bukan dari ajaran kami, maka ia adalah ditolak” Bukhari/Muslim

Diantara perkara yang dibolehkan syura

  • Tanzim / Organisasi
  • Ekonomi
  • Tarbiyyah
  • Nasyrud Dakwah dsb.

Kepentingan Syura

  • Berkat
  • Paling hampir dengan kebenaran

Antara Syura dan Isytisyarah

  • Isytisyarah – ialah meminta pandangan dari orang yang dipercayai, orang yang meminta pandangan, berhak membuat keputusan dalam perkara yang diminta pandangan kecuali dengan mas’ul.
  • Syura – ialah wasilah Jamaiyyah yang digunakan oleh Jamaah atau umat untuk membuat keputusan dalam isu umum atau maslahah ammah.
  • Isytisyarah tidak wajib dan pandangannya tidak mulzim adapun Syura ia adalah wajib dan mulzim.

Antara Sirri dan Alani

  • Surah Al Hijr:94 maksudnya “Maka sampaikanlah olehmu secara terang-terangan segala apa yang diperintahkan kepadamu dan berpalinglah dari orang-orang musyrik”
  • Surah Nuh:9 maksudnya “kemudian sesungguhnya aku menyeru mereka lagi dengan terang-terangan dan diam-diam”

KepentinganAs Sirriyah

  • Keselamatan dan Kesejahteraan Organisasi

Bentuk-Bentuk As Sirriyah

  • Merahsiakan Keislaman – tiga tahun pertama dakwah di Mekah.
  • Kerahsiaan Amal Dakwah (strategi & Hadaf) – dakwah fardiyah, makalah tanpa nama pengarang, melalui platform dsb.
  • Merahsiakan organisasi – dirahsiakan dari pengetahuan musuh dan dirahsiakan sebahagiannya dari da’ie sendiri.
  • Merahsiakan keperibadian da’ie sebagai anggota organisasi – perlaksanaan adalah
  • berdasarkan suasana [kekuatan organisasi- jauh/hampir kepada hadaf]
Beberapa Kaedah dalam melaksanakan As Sirriyah
  • Sabda Rasulullah saw maksudnya “ Di antara kecantikan Islam adalah apabila seseorang meninggalkan apa yang tidak ada kena mengena dengannya”
  • Saidina Ali ra berkata “Tidak semua yang diketahui perlu diperkatakan. Tidak semua yang perlu diperkatakan, ada orang yang layak untuk mendengarnya. Tidak semua yang perlu diperkatakan dan ada orang yang layak mendengarnya, sudah tiba masa untuk memperkatakannya”
  • Hadaf adalah kemenangan atau syahadah bukannya kesejahteraan diri, tetapi syahadah yang kita inginkan adalah syahadah memberikan pulangan kepada dakwah.
  • Matlumat adalah amanah dan bukan miliknya. Matlumat yang kita sampaikan akan bergerak dan terus bergerak. Kita yang menentukan di mana ia berhenti
Isti’zan

Surah An Nur; Ayat 62

Sesungguhnya yang sebenar-benar orang mukmin ialah orang-orang yang beriman dengan Allah dan RasulNya dan apabila mereka berada bersama-sama Rasullah dalam seseuatu urusan yang memerlukan pertemuan mereka tidak meningalkan Rasulullah sebelum meminta izin kepadanya. Sesungguhnya orang-orang yang meminta izin kepadamu, mereka itulah orang-orang yang beriman kepada Allah dan rasulNya, maka apabila mereka meminta izin kepadamu kerana seseuatu keperluan, berilah izin kepada sesiapa yang kamu kehendaki di antara mereka, dan mohonkanlah ampunan untuk mereka kepada Allah, Sesungguhnya Allah Maha Pengampun dan Maha Penyayang.

Sebab turun ayat ini ; peristiwa yang berlaku dalam menggali parit dalam peperangan Khandaq.

Biar apa pun sebab turunnya ayat-ayat ini, namun ia tetap mengandungi peradaban dan tatatertib diri di antara kelompok dengan pimpinan. Urusan masyarakat akan pincang melainkan apabila peradaban-peradaban dan tatatertib ini terbit dari seluruh perasaan, sentimen dan hati nurani anggota-anggota masayarakat kemudian bertunjang kukuh di dalam kehidupan mereka sebagai satu adat yang dipatuhi dan undang-undang yang berkuatkuasa. Jika tidak ada peradaban-peradaban dan tatatertib ini maka masyarakat akan menjadi huru-hara dan kacau bilau.

Maksud urusan yang memerlukan perhimpunan orang ramai ialah urusan-urusan penting yang memerlukan penyertaan ramai orang Islam atau kegiatan yang bersangkutan maslahah umum atau maslahah dakwah. Sebagai contoh seperti mesyuarat, perang, tarbiah dsb.

Sikap orang mukmin, mereka tidak boleh meninggalkan perhimpunan, melainkan setelah mendapat kebenaran dari pemimpin atau mas’ul supaya urusan itu tidak menjadi kacau bilau, tanpa kehormatan dan peraturan.

Orang mukmin mematuhi peradaban ini dan tidak akan meminta izin atau mencari berbagai alasan untuk mengundurkan diri melainkan kerana terpaksa, kerana keimanan dan adab sopan mereka yang tinggi itulah yang menghalangi mereka dari mengundurkan diri dari urusan dakwah yang sedang sibuk difikirkan.

Ayat yang terakhir dari surah ini memberi amaran yang menginsafkan hati orang-orang yang beriman dan orang-orang yang sesat bahawa Allah sentiasa melihat dan mengawasi mereka dan amalan mereka serta mengetahui segala rahsia yang disembunyikan di dalam hati mereka. Firman Allah yang bermaksud:

“Ketahuilah !!! sesungguhnya Allah itu memiliki segala isi langit dan bumi. Sesungguhnya Dia mengetahui keadaan kamu sekarang ini dan keadaan pada hari seluruh manusia dikembalikan kepadaNya, dan di sana Dia akan memberitahu kepada mereka segala amalan yang telah dilakukan mereka dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu”

Ayat ini menghubungkan hati dan mata manusia kepada Allah dan mengingat mereka supaya takut dan bertaqwa kepada Allah, kerana taqwa itulah jaminan yang terakhir. Ia merupakan pengawal segala suruhan dan larangan dan pengawas akhlak dan peradaban yang diwajibkan oleh Allah.

Kesimpulan

Cukuplah sekadar ini perbincangan mengenai Konsep-Konsep Umum Amal Jamaie [Taat, As Sirriyah dan Alani, Isytisyarah dan Isyti’zan] sebagai langkah kita memahami dan melaksanakannya dalam usaha menjalankan dakwah dan menyelesaikan sebahagian masalah yang timbul dikalangan pendakwah. Kepada Allah kita memohon agar diberi taufiq dan hidayah dalam menjalankan tugas kita sebagai hamba Allah. Hanya keredhaan dan kecintaan Allah menjadi matlamat kita. Kita sentiasa berdoa supaya Allah menetapkan kita di atas jalan dakwah yang dilakukan secara berorganisasi dan beramal secara kolektif. Allah Akbar! Allah Akbar! Allah Akbar!Walillah hil Hamd.

Rujukan

  1. Amal Kolektif
  2. Zilal Quran
  3. As Syura
  4. Seerah Rahiqul Makhtum
  5. Kajian Politik dalam Jamaah Ikhwanul Muslimin
  6. Hadis 40 Imam Nawawi

Monday, February 21

monolog seorang pengembara lupa jalan

memang kemenangan itu impian,

tapi,
redha Allah itu lah tujuan, kasih sayang Allah itu lah harapan,

mengapa harus pertikai gerak usaha pengabdian diri pada ALLAH?
mengapa harus pertikai tempat istiadat melabuh cinta dan harapan KEPADANYA?
adakah hanya di tempat2 tertentu sahaja boleh kita mencurah ketakwaan?
atau ianya sandiwara kerana takut tumbuhnya kekuasaan atas nama cinta padaNYA?

HUH.... BUKAN AKU INGIN MENGELUH, TANDUS CINTA AGUNG....

TAPI AKU INI MANUSIA, JERIK DENGAN SANDIWARA KEBROBOKKAN MEREKA YANG SEBENARNYA TAKUT PADA HAKIKAT PERJUANGAN SEBENAR....

ATAU SEBENARNYA AKU YANG SALAH LANDASAN? =_=''

HINALAH!!
CACILAH!!
PERTIKAILAH!!
SEBAB MANUSIA ITU TIDAK PERNAH PUAS!!!
TERBURU2!!
JELAK DENGAN SEBUAT KEMENANGAN

TAPI INGATLAH!!!
MEREKA YANG BERJUANG DEMI KEBENARAN ITU
ANDAI MATI PADA WAKTU ITU, SYAHID LAH IA


SEDANG KAU X DAPAT APA2!!

NERAKALAH MEREKA YANG MENGHALANGI KEBENARAN!!

ini bukan mainan, ini bukan sandiwara keduniaan
tapi hakikat sebenar yang tertulis di Al- Quran

rugi!!!

RUGILAH bagi mereka yang menghalang - halang sebuah kebenaran
demi mendapatkan kesenangan dunia
butakah kamu?

Iblis berkata: "Ya Tuhanku, oleh sebab Engkau telah memutuskan bahwa aku sesat, pasti aku akan menjadikan mereka memandang baik (perbuatan ma'siat) di muka bumi, dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya"
al hijr:39

dimana letaknya islam dalam diri jika mereka yang memedang panji agama itu dianggap menjual agama?
apakah perlu kita menyorokkan status agama kita sebagai ISLAM?
ATAU
PERLU MENGASINGKAN SEGALA SESUATU CARA HIDUP KITA DENGAN ISLAM??

LIBERALNYA KITA JIKA SEBEGITU!!!
SEKULARNYA KITA JIKA DEMIKIAN!!!

HINANYA KITA.....


Sunday, February 13

betulke nabi berpolitik???

suatu hari, perbualan seorang MAHASISWA bersama SEORANG PELAJAR

MAHASISWA> PRK is around da corner, hang nak pilih mana untuk memegang tampuk pimpinan universiti kita? Aspire ke Prestij?

PELAJAR> Hmm.. maleh aku nk ambik port, nak jadi neutral jah

MAHASISWA> uish... mana leh jadi neutral, x takut dengan amaran Allah bagi mereka yang tiada sikap pedulisme?

Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk (isi neraka Jahannam) kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai. (al - a'raf:179)

> tambah - tambah lagi sirah nabi sohih menunjukkan nabi dahulu pown berpolitik....

PELAJAR> E’eh betul ke Nabi Muhamad pun berpolitik? Mcm tak percaya je… macam mana baginda berpolitik? Ada masuk bertanding ke??? Musykil2...

MAHASISWA> Eh, betul la nabi dahulu mmg berpolitik pn. Kau ingat politik tu PAS, DAP, UMNO je ke? Tu parti politik je..politik Islam luas sebenarnya...

PELAJAR> Tak pernah pulak aku dengar tentang politik islam??eiiii tak nak la aku tahu dan terlibat dengan politik ni...kotor r politik ni..kutuk org tu, kutuk org ni….

MAHASISWA> Eh, mana boleh cakap macam tu. SEKULAR namanya. Nilah buktinya Barat berjaya doktrin umat Islam iaitu mengasingkan kehidupan dengan agama. Nabi dah ajar semuanya..Islam tu kan cara hidup. Haa, berbalik pd td...tu la kau, fikiran sempit. Apa maksud politik sebenarnya? Politik dlm b.arab SIASAH yg b’maksud mengawal, mengatur, mentadbir. Jadinya setiap perkara kita buat mmg sebenarnya berpolitik pun.

Imam Ibn Taimiyah dalam bukunya siasah syariah “ WAJIB DIKETAHUI MEMIMPIN URUSAN MANUSIA ADALAH KEWAJIPAN AGAMA YG PALING BESAR..”

PELAJAR> Jadinya, keterlibatan kita dalam mana2 organisasi sebenarnya kita BERPOLITIK??? macam MPP, MTM , pengerusi Kelab, Persatuan??? macam tu? mudah kata, terlibat dlm kepimpinanla ea??

MAHASISWA> Pandai pn kau. Betul la tu.pentingnya pemimpin dlm Islam sehingga dalam sirah, sebelum dikebumikan Nabi pn, dilantik dahulu ketua bg m’gantikan Nabi .& akhirnya t’lantiklah Khalifah Abu Bakar. Yg ke2 nya, dalam hadis ada menyebut “APABILA KELUAR 3 ORG DLM 1 MUSAFIR,MAKA HENDAKLAH SEORG DILANTIK MENJADI KETUA”...haa nmpk tak mcm mana Islam tekankan kepimpinan?

PELAJAR> Ok faham. Tp mcm mana nak kait kepimpinan dgn politik? Apa bukti Nabi berpolitik?

MAHASISWA> Pemimpin akan mengatur, merancang, mentadbir organisasi & mengeluarkan arahan kpd anak buahnya. Betul tak ? cth mcm CEO syarikat, dia ketua dan mentadbir syarikatnya? dan bukankah td maksud siasah adalah mengawal, mentadbir.. ?? Emm bukti politik Nabi, apbila sampai shja Madinah dlm peristiwa Hijrah ,nabi dilantik m’jd ketua dan nabi m’buat perlembagaan Madinah..situasi ni sama je dengan CEO td Cuma bezanya bidang berlainan...faham tak?

PELAJAR> Ooo baruu… faham. Ingatkan tak pernah ada politik islam? So nk pilih pemimpin, kena pilih betul2 la…. apa ciri - ciri pemimpin dalam PRK nie yang nak dipilih?

MAHASISWA> Hmm.. ini part paling penting nie. untuk pengetahuan pelajar, Pemimpin yang Allah janjikan bantuan kepada mereka itu adalah ‘mereka yang mendirikan solat, menunaikan zakat, menyuruh berbuat yang makruf serta mencegah perbuatan yang munkar‘.

Didatangkan lagi ayat Allah dalam surah Al Baqarah bilangan ayat ke 124 berbunyi:

Berkata Allah (kepada Ibrahim), ‘Sesungguhnya Allah akan menjadikan kamu Imam (pemimpin) untuk manusia’. Berkata Ibrahim, ‘Dan juga dari keturunanku.’ (Berfirman Allah), ‘Janji-Ku tidak akan diberikan kepada mereka yang zalim‘.

Sekali lagi Imam Qartubi dalam Al Jamik li Ahkamil Quran berkata, “Ayat ini (iaitu al-Baqarah ayat 124) merupakan dalil bagi satu jemaah ulama Islam bahawa pemimpin-pemimpin mestilah dari golongan yang adil, ihsan dan mulia…..Adapun yang fasiq dan zalim mereka tidak layak menjadi pemimpin“.

Tambahan ayat bimbingan dari Al Quran adalah dari surah An Nur bilangan ayat ke 55

PELAJAR> Wah, seriau gak ya, mmg perlu untuk pilih betul2 nie, ya, saya perlu laksanakan tugas saya. mengundi....

MAHASISWA> Ha.. itu yang perlu, jangan tersalah pilih sudahla ya~~ :)


Monday, January 31

MENGGUGAH SEMANGAT PEMUDA MUSLIM

Dalam salah satu ceramahnya Syeikh Dr.Yusuf Al Qardawi yang berjudul “Risalah lis Sabab al Muslim” atau berarti, pesan untuk pemuda muslim. yang disiarkan secara langsung di stesyen television al Jazeera menarik untuk disemak, terutama bagi kalangan kaum muda muslim. Dalam ceramah tersebut beliau menggugah semangat pemuda muslim untuk bangkit dan maju. Karena beliau sangat prihatin dengan keadaan pemuda muslim hari ini yang terpuruk dalam kemunduran dan kurang mengikuti pedoman islam.

Dalam ceramah tersebut beliau menyebutkan bahwa ada beberapa hal yang patut dilakuan oleh pemuda muslim untuk menyongsong kebangkitan kembali. Diantaranya, pemuda muslim harus selalu menjadi yang terbaik dalam segala hal. Tidak menerima apa adanya dan merasa puas dengan keadaan sekarang. Di dalam islam diajarkan untuk selalu meraih keberhasilan, baik untuk urusan dunia maupun urusan akhirat.

Pemuda muslim juga dituntut untuk selalu bekerja sama (baca:berjama’ah), dalam kerja da’wah untuk menyebarkan syi’ar islam. tugas da’wah adalah kewajiban untuk semua muslim dan merupakan tugas besar yang tidak akan mampu dilakukakan dengan bersendirian. Maka sangat dibutuhkan penyatuan barisan dan gerakan secara bersama. Berjama’ah juga mampu menguatkan pemuda muslim pada ketaatan kepada Allah SWT dan dijauhkan daripada maksiat serta godaan syaitan.

Selain itu pemuda muslim sudah sepatutnya mencontoh pemuda muslim terdahulu, yaitu para pemuda cemerlang di zaman Rasulullah SAW maupun sesudahnya. Para pemuda terdahulu berlomba-lomba untuk berkorban serta menyumbangkan jasa untuk pengembangan da’wah islam. Pada usia sangat muda mereka sudah mampu memimpin pasukan dan mampu menaklukkan di berbagai wilayah di dunia. Misalnya, Musailamah bin Abdul Malik mampu menaklukkan China, Muhammad bin Qasim bin Muhammad menaklukkan India, Musa bin Nusair dan Thariq bin Ziad menaklukkan Andalusia.

Pemuda muslim harus meninggalkan sifat suka meniru-niru budaya pemuda barat yang tidak memiliki nilai moral dan tidak memiliki tujuan hidup yang jelas. Sebagai pemuda muslim hendaknya menjadikan islam sebagai pandangan hidup. Karena dengan menjadikan islam sebagai pandangan akan timbul kekuatan yang luar bisa pada diri pemuda muslim, sehingga dengan demikian mampu bangkit untuk mencapai kemajuan.

Dengan melihat beberapa hal diatas, sangat sesuai sekali untuk diambil perhatian oleh para pemuda muslim masa kini. Melihat kondisi umat islam sekarang ini yang sedang berada dalam ketertinggalan, maka pemuda-pemuda muslim merupakan kunci kebangkitan. Apabila semua pemuda muslim telah menyadari serta mau memulai langkah ke arah kebangkitan maka kegemilangan islam mendatang tinggal menunggu waktu.

Kekuatan pemuda

Pemuda mempunyai potensi besar untuk perubahan. Maka sangat sesuai apabila tugas tugas besar diamanahkan ke tangan para pemuda. Sejarah telah membuktikan betapa para pemuda telah mampu mensukseskan berbagai agenda besar serta mampu mewarnai dunia. Kalau kita perhatikan dalam sirah nabi misalnya, Rasulullah SAW dalam memulai agenda da’wahnya dengan target para generasi muda atau pun pemimpin. Dengan cara itu beliau telah mampu membina asas perjuangannya dengan dukungan para pemuda. Sehingga hasilnya benar-benar luar biasa, da’wah islam mampu tetap kokoh dari pada tekanan dan penindasan. serta tetap teguh walaupun diperangi dari dalam oleh kaum kafir Quraiys dan kaum munafik Yahudi, dan serangan dari luar yaitu kerajaan Parsi dan Romawi.

Dalam perjuangan menyebarkan da’wah islam yang dilakukan oleh Rasulullah SAW, maka tersebutlah nama-nama tokoh muda yang selalu mendampingi beliau, seperti Abu Bakar, Umar bin Khatab, Usman bin Affan, Ali bin Abi Thalib, Abdur Rahman bin Auf, Saad bi Abi Waqas, Zubair bin Awwam, Zaid bin Harits, Bilal bin Rabah, mereka yang termasuk Assabiqunal awwalun (orang-orang terdahulu masuk islam), dan sahabat-sahabat yang lain. mereka memiliki kesetiaan yang sangat kuat sehingga mampu membuat gentar para pemuka kaum, kaisar maupun raja.

Sedangkan generasi sesudahnya juga telah membuktikan betapa para pemuda mampu mewarnai dunia. Diantaranya khalifah Umar bin Abdul Aziz, beliau memerintah di masa usia yang masih sangat muda. Dengan kesederhanaannya namun beliau memiliki keberhasilan yang luar bisa dalam kepemimpinannya. Dimasa kepemimpinannya umat islam berada pada tingkat sangat makmur, sehingga diilustrasikan pada masa itu dokter susah sekali mendapatkan rakyat yang sakit karena tidak ada yang sakit, begitu pula orang kaya dermawan susah sekali untuk bersedekah karena tidak ada yang miskin.

Begitupula yang telah dibuktikan oleh sultan Muhammad Al Fateh yang dalam usia muda telah mampu memimpin pasukan perang dan berhasil menaklukan kota Konstantinopel. Juga yang dilakukan oleh sultan muda legendaris Salahudin Al Ayyubi yang dengan keberanian dan keimanannya mampu mengalahkan tentara salib serta merebut tanah Baitul Maqdis.

Para pemuda pulalah yang telah berusaha dan berkorban untuk mewujudkan terjadinya reformasi pada sebelas tahun yang lalu. Sehingga terjadi perubahan besar di negara kita dan sekarang bisa malaksanakan demokrasi dengan leluasa.

Beberapa bukti di atas sudah seharusnya menjadikan para pemuda muslim hari ini untuk menyadari akan kekuatannya. Dan hal ini hendaknya mampu menggugah semangat mereka untuk segera bangkit dari ketertinggalan ke arah kemajuan.

Saatnya untuk bangkit

Umat islam pernah mencapai kegemilangan pada suatu ketika dahulu. Sejak terbentuknya negara islam di Madinah yang yang dipimpin langsung oleh Rasulullah, dilanjutkan beberapa zaman sesudahnya yaitu kekhalifahan khulafaurrasyidin, pemerintahan bani Umayyah, Bani Abbasiyah, kerajaan islam Andalusia, dan kerajaan Turki Usmani. Umat islam pada masa itu menjadi pusat peradaban dan menjadi kiblat ilmu pengetahuan. Umat islam pada masa itu pula hidup mulia dan terhormat disegani oleh semua penduduk dunia. Peta wilayah kekuasaan islam terbentang luas dari timur hingga ke barat, dari daratan Indonesia hingga ke Maroko. Namun sejak jatuhnya Kekuasaan Turki Usmani pada tahun 1924, umat islam terperosok kepada kemunduran. Kekuasaan adidaya yang dimiliki lenyap sehingga wilayah islam dengan mudah dibagi-bagi serta menjadi rebutan bangsa barat. Umat islam pula menjadi korban penjajahan hingga berlarut-larut.

Maka sudah saatnya generasi muda islam untuk segera bangkit, karena para pemuda muslim mempunyai tanggung jawab besar untuk memulai perjuangan. Sudah terlalu lama umat islam berada dalam kemunduran. Umat islam sudah tidak sepatutnya untuk tetap terlena, umat islam harus menyiapkan segalanya untuk bangkit. Diantaranya tentu saja harus berkaca dari pengalaman sejarah, seperti bagaimana generasi terdahulu mampu mencapai kemenangan dan kegemilangan. Semangat juang untuk mengangkat kalimatullah harus kembali dihidupkan pada diri setiap pemuda muslim.

Generasi muda islam masa kini haruslah berpegang teguh pada ajaran al Qur’an supaya memiliki kekuatan dan keimanan yang teguh serta mempunnyai panduan dalam berjuang. Dalam bukunya yang berjudul Ma’alim fith Thariq, Sayyid Qutb menerangkan bahwa salah satu cara umat islam untuk mampu mencapai kemajuan ialah dengan menciptakan generasi-generasi yang unggul ‘jiilul qur’ani al farid’, sebagaimana telah dicontohkan oleh para sahabat. Yaitu pribadi-pribadi mengikuti ajaran al Qur’an dalam kehidupannya. Karena al Qur’an adalah petunjuk bagi umat serta merupakan salah satu peninggalan yang istimewa dari Rasulullah untuk umatnya.

Para pemuda muslim tidak perlu ragu terhadap keberhasilannya, karena Alllah telah menjanjikan kejayaan bagi umat islam, hanya saja waktunya yang belum diketahui. Namun pasti cepat atau lambat kejayaan islam akan tercapai. Pemuda muslim harus selalu ingat bahwa Allah akan selalu menolong mereka selama mereka mau menolong agama Allah. Sebagaimana yang dinyatakan di dalam al Qur’an: "Hai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu." (QS.Muhammad: 7)

Dengan demikian sangat sayang sekali seandainya dalam proses kebangkitan ini pemuda muslim lalai dan tidak turut serta mengambil bagian, karena dengan atau pun tanpa kita niscaya kejaayaan islam yang dijanjikan Allah tetap akan menjadi kenyataan. Karena Allah maha kuasa atas segala sesuatu.

http://promaqdis.net/index.php/semangat-para-pemuda

Sunday, January 16

Khas untuk sahabatku, puteri - puteri islam

Buat puteri - puteri islam, hayati lah kata - kata ini, bila mana sudah sampai masanya untuk kamu memikirkan penyambungan generasi masa hadapan..



dengan tujuan juga matlamat menyambung generasi mu yang memperjuangkan islam, berpaksi iman dan amal, walau darah menyimbah tandusnya bumi yang gersang~~



walau jerih payahnya mengibar khalimah agung di bumi sendiri



Jangan bersedih wahai puteri islam, kerna dunia ini MEMANG penjara bagi mereka yang BERTAKWA!!



Memang hinaan dan cacian diberi pada sesiapa yang berani menegakkan KalimahNYA!


Tapi, ingatlah sahabat ku, yakin dengan janji Nya!
dimana DIa tidak pernah tinggalkan sesiapa sahaja yang berjuang kernaNya
yakinlah juga amalkan lah apa yang diperkatakannya




kerna tarbiyyah ini jambatan penghubung kita denganNya
juga dakwah ini usaha yang kita lakukan hanya untukNya