mUKa suRAt

Sunday, January 17

Peringatan

Bismillahi walhamdulillah,
Alhamdulillah, agak lama juga ana x menulis dalam blog nie, agak sibuk dengan urusan dunia, astaqfirullah... itu lah manusia, Allah uji dengan dunia... mudah - mudahan kita sama - sama di berkati dan diredhai Allah. Kali ni ana nak bawa satu dua cerita yang kemungkinan akan dicantum menjadi satu (ana x reti sangat bercerita) :) tak pe kut.. asalkan pembaca dapat pengajaran mahupun teladan, insyaAllah...

Bila kita renung serta muhasabah diri ini, kita hayati kembali detik - detik peristiwa besar yang berlaku dalam kebelakangan ini, awal muharam jatuh pada hari jumaat, tahun baru pada hari jumaat, ditambah dengan gerhana bulan pada hari jumaat dan juga gerhana matahari yang jatuh pada hari jumaat. sedar atau tidak, Allah nak tunjuk bahawa kebesaran dan kemuliaan yang berlaku pada hari jumaat, raja segala hari dan jangan lupa juga... HARI KIAMAT juga berlaku pada hari jumaat...

Bila sebut mengenai kiamat, rasa ianya semakin semakin semakin hampir kepada kita, sangat sangat hampir pada kita, bagaikan menunggu masa sahaja
"Telah semakin dekatkepada manusia perhitungan amalan mereka, sedang mereka dalam keadaan lalai (dengan dunia), berpaling (dari akhirat)"
ayat Al-quran ini bagaikan satu peringatan pada kita, memang terlalu sesuai dengan kita yang semakin lalai semakin alpha pada dunia, MasyaAllah...

Cuba kita ambil masa seketika, masa kita berada di bangku sekolah, ustazah yang mengajar subjek agama menyebut mengenai hari akhirat ini, apakah yang kita rasa? adakah rasanya masih sama? masih jauh? atau pun sekarang perasaan yang kita rasa itu sudah lain? sangat lain.... berbeza.. bagaikan sebentar sahaja lagi dunia ini akan MUSNAH. bayangkan lah ketika itu kita baru saja sedar akan kesalahan kita, bayangkan lah pada waktu itu kita baru sahaja ingin pergi ke masjid untuk meminta taubat dan pertolongan Allah, bayangkan lah pada waktu gunung beterbangan bagaikan kapas, langit runtuh, daratan terbelah, dimana kita nak lari? dimana?

Ingatlah sahabat sekalian, pada hari itu, pintu - pintu taubat sudah ditutup. saya ulang, sudah ditutup. tiada lagi pengampunan dan penerimaan taubat. yang ada hanyalah penghitungan segala amalan yang kita lakukan... Nau'zubillah... takutnya kita pada hari itu, matahari yang hanya sejengkal, kita berseorangan hanya dengan amalan yang kita bawa... Ya Allah... takutnya kita pada waktu itu, dari mana amalan kita diterima?? tangan kanan? atau tangan kiri?

Ya Allah, syurga yang kita minta tapi amalan neraka yang kita lakukan... macam mana 2? amalan yang bagaimana? kita lihat sahaja dengan kehidupan seharian kita selama 24 jam sehari. berapa lama kita berbicara kepada Allah? berapa lama kita guna masa untuk akhirat? bermula daripada bangun pagi, sehingga terlelapnya kita, apa yang kita lalukan untuk Allah? apa yang telah kita lakukan untuk islam? fikir - fikirkanlah sahabat.. fikir - fikirkan lah sayang.

Masih tidak terlambat untuk kita meminta ampun dan paling penting Redha Allah didalam dunia ini. itu yang paling penting, usah risau dengan himpitan manusia. Allah pasti ada bersama orang yang benar.



Friday, January 1

Lalai dalam solat

"Wahai yang empunya diri, sudahkan selesai mendirikan solat"
"Sudah, alhamdulillah."

"Apakah kamu telah berniat dan mengangkat takbir ketika memulakan solatmu?"
"Ya".

"Apakah ketika kamu memasang niat dan mengangkat takbir itu,kamu rasakan ia mungkin solatmu yang terakhir,kerana mati boleh menjemputmu bila-bila masa?"
"Tidak"

"Adakah ketika lidahmu menyebut Allahuakbar,hatimu turut membesarkan Allah?"
"Tidak...."

"Kalau begitu ,kamu tidak benar-benar berniat dan mengangkat takbir."
"..."

"Ketika lidahmu melafazkan doa iftitah, adakah hatimu mengiakan bahawa hidup dan matimu hanya untuk Allah yang Esa?"
"Tidak"

"Ketika surah al-fatihah kamu baca ,adakah hatimu bersyukur kepada Allah, Tuhan yg kamu sembah dan tempat kamu minta pertolongan, lantas kamu memohon di beri petunjuk ke jalan yang diredhai -Nya dan dijauhkan dari jalan yang sesaat lagi di murkaiNya?"
"Tidak.. "

"Kalau begitu, kamu sebenarnya tidak membaca apa-apa dalam solatmu."

"..."

"Adakah kamu menyempurnakan rukuk dan sujud serta menjaga pergerakanmu agar tidak mendahului imam?"

"Ya"

"Dan ketika rukuk dan sujud itu adakah hatimu tunduk dengan penuh rasa hina diri ke hadrat Allah dan benar-benar merasakan kebesaran-Nya dan kamu merasakan Allah itu melihatmu dan menilai solatmu yg sedang kamu kerjakan?"
"Tidak"

"Kalau begitu,kamu sebenarnya tidak rukuk dan sujud ."

"..."

"Dalam solatmu, adakah kamu berniat mendekatkan diri kepada Allah dengan mengerjakan suatu amal juga kebajikan yg paling utama?"
"Tidak"

"Dan ketika kamu akhiri solatmu dengan ucapan salam,adakah hatimu merasa takut kalau-kalau solatmu yang baru kamu kerjakan itu tidak diterima oleh Allah lalu amalan itu di lemparkan kembali ke mukamu , di samping berharap agar Dia mahu menilai solatmu sebagai pengabdian darimu?"
"Tidak.."

"Kalau begitu,kamu sebenarnya tidak mendirikan solat tidak mengingati dan mendekatkan dirimu dengan Allah melalui solatmu.

Berwaspadalah kerana Allah telah berfirman:
'Neraka wail bagi orang yang solat, yang mereka lalai dalam solatnya' (surah Al-Maun:4-5)

"Astaghfirullahal azim... Ya Allah,berikan aku kekuatan utk memperbaiki solatku dan menjadikannya wadah utk bertambah dekat dan hampir dengan-Mu."

Rasulullah saw bersabda yang bermaksud, "Berapa ramai orang yang mendirikan solat, tetapi yang diperolehinya hanya penat dan letih, kerana mereka itu lalai dalam sembahyangnya'

Hadis tersebut menerangkan betapa banyak sembahyang yang didirikan oleh seseorang itu tapi malangnya ia tidak memperolehi pahala melalui sembahyangnya itu. Sebaliknya oleh kerana lalai ketika sembahyang maka Allah swt menjanjikan balasan api neraka pula kepadanya.

Firman Allah yang bermaksud "Maka kecelakaanlah bagi orang-orang solat, iaitu orang-orang yang lalai dari solatnya"

p/s: Sekadar utk renungan bersama....wallahu'alam....
copy + paste from www.pmiupmonline.blogspot.com