mUKa suRAt

Friday, October 21

LAMPU LILIN YANG KIAN MALAP

usang dan berhabuk. itulah perkataan tepat untuk menggambarkan betapa lamanya aku tidak mencoret di sini. nak di kata sibuk, hmm... apakah dakwah yang telah aku lakukan sehingga aku tiada masa mengenyah tulisan di sini...

baru tersedar dari lamunan,, seperti tidak cukup masa untuk membuat segalanya, bila berfikir mengenai dakwah kepada orang sekeliling, dakwah kepada non muslim, dakwah kepada mereka yang dikenali, seperti mahu semput. kerna batasan waktu yang sangat singkat... hidup yang semakin singkat...

adakah aku terlalu memikirkan perkara - perkara furuq sehingga lupa agenda besar kehidupan manusia ini di dunia?

atau aku leka dengan nikmat dunia sehingga alpa dengan kemewahan Nya??

subhanaALLAH....

MUNGKIN patut kembali kepada fitrah...

TUJUAN MANUSIA ITU HIDUP HANYA SEMATA KERANA ALLAH!!!







bila matlamatnya hanya di sandar kerana Allah, maka apa jua perkara, helaan nafas, degupan jantung kita, kita sandarkan hanya keranaNya....

lemah macam mana pun kita, dangkal bagaimana pun akal kita, biarlah di sisa - sisa hidup ini, masih lagi berbakti dengan Nya, dengan AgamaNya

aku
lampu lilin yang kian malap...
menunggu - nunggu seruan illahi...
memanggilku pergi dari dunia ini...

tapi terdetak dalam hati ini..
sanggupkah untuk aku berjumpa denganNya?
bersediakan aku mempersembahkan segala kepadaNya??

apa yang aku ada?
persembahan yang bagaimana aku dapat beri???

terdetik lagi dalam hati...
sepintas mana aku ingat kepadaNya?
sekerap Dia ingat pada hambaNya?
atau sejarang manusia ingat kematiannya??

hidup aku yang kian berakhir....
bagai lampu lilin yang kian malap...
berapa banyak manusia yang pernah aku jumpa
untuk aku katakan islam kepadanya???

berapa banyak manusia yang aku pernah berjumpa
untuk aku katakan Allah sayang padanya??

juga...
berapa ramai insan telah aku jumpa
untuk aku mengkaderkan dan mengislamkannya??

serta...
berapa ramai manusia yang pernah berjumpa aku
dan menginginkan islam atas redha Allah kepadaku??

ya ALLAH!!!
andai selama ini nikmat yang KAU beri menjadikan aku alpa dan lalai dariMU
ambillah ya Allah!! ambillah!!
apa yang aku perlukan hanyalah REDHA DAN RAHMAT MU!!

Bagaimana aku tegar untuk berjumpaMu
dengan keadaan aku sebegini!!

subhanaAllah,
ya Allah,,, sayang nya Engkau kepada hambamu yang hina ini...