da sangat lame aku x menjengah blog nie~~
huk2~~ berhabuknye~~
Almaklumlah, masuk - masuk upm je bizi sangat2~~ sampai x de mase nak membebel kat sini~~~ hehehe.. bukan alasan semate tau...
banyak perkara suka duka sedih dan gembira yang telah berlaku sepanjang kemasukan sesi nie.. banyak bende yang telah berlaku dengan sangat cepat yang dapat mematangkan serta menjadikan diri ini sangat2 berdikari...
terima kasih kepada mereka yang telah membantu diri ini menjadi begini...
terima kasih kerana memberi aku pengajaran bahawa hidup ini tak boleh bergantung pada sesiapa kecuali Allah yang maha Esa...
Terima Kasih ALLAH sebab Kau telah memberi aku petunjuk bahawa hanya Engkau lah yang layak untuk aku beri segalanya...
Alhamdulillah, pentarbiyahan diri yang aku terima kini aku sedar ianya melalui pengalaman,
yang Allah kirimkan melalui pesuruh - pesuruhnya,
Dia beri aku mereka untuk aku tidak bergantung pada mereka
Dia beri aku ujian untuk aku kuat jiwa dan raga
Dia beri aku macam2 masalah untuk aku dapat berfikir secara matang bukan sahaja matang pemikiran malah iman
Dia beri aku kesedihan, untuk tunjuk pada aku bahawa Dia masih disini walau aku kesorangan
Dia beri aku perasaan kesorangan untuk tunjuk pada aku bahawa aku ada Dia!
Dia beri aku kegembiraan untuk tunjuk pada aku, semua orang berhak untuk bahagia atas jalanNya!
Dia beri aku ramai sahabat - sahabat seperjuangan, untuk tunjuk pada aku bahawa ada juga yang ingin bersahabat dengan aku!
Dia beri aku kesusahan menjawab test untuk aku berusaha bersungguh - sungguh dan bukan hanya bertawakal sahaja!
Dia beri aku pelbagai taklifan, untuk didik aku jadi orang yang bertanggung jawab, serta tidak selalu tido atau alpa dengan nikmatNya
SubhanaAllah....
sangat cantik aturan yang telah Allah tunjukkan pada aku...
apakah aku ni nak jadi hamba yang tak bersyukur?
setelah banyak yang telah Dia berikan padaku?
Kadang2 kita perlu koreksi balik diri kita
kadang2 kita perlu bayangkan, apa yang telah kita buat sepanjang hidup ini...
apa yang kita buat untuk diri kita?
apa yang kita buat untuk keluarga kita?
apa yang kita buat untuk tempat tinggal kita?
apa yang kita buat untuk agama kita??
"sesungguhnya solatku, ibadahku, hidup dan matiku hanya kerana Alah s.w.t"
semoga ramadhan ini memberi seribu makna dalam hidup kita~~
ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna
agar dapat ku lalui dengan sempurna....
mane la tahu ini adalah Ramadhan yang terakhir untuk ku... aku patut melakukannya dengan sepenuh hatiku~~