jom revision kefahaman dan amalan kita :)
( Taat, Sirri dan Alaniah, Istisyarah dan Isti’zan)
Keperluan Amal Jamaie
Islam Deen Syamil Kamil Mutakamil
- Manusia – tenaga yang terpecah-pecah      & terbatas
 - Fitrah Kauniyyah – keseorangan akan      lemah
 - Hajah Basyariyyah – manusia perlu      kepada Islam
 - Darurah Harakiyyah – musuh bekerja      dalam team
 - Faridhah Syar’iyyah – Dalil Al Quran      & Hadis
 
Kelebihan Amal Jamaie
- Membahagikan kerja – e.g kilang      industri
 - Meringankan beban kerja dakwah –      terlalu berat
 - Menggunakan tenaga – tiada yang ta’attol/guna      semua bakat
 - Menggandakan pahala – e.g solat      jamaah
 - Saling memperlengkapkan kelemahan      manusia
 - Menjaga keaslian – tidak mudah      menyeleweng
 - Memperteruskan pertolongan Allah – Hadis
 
Sesuatu yang diputuskan secara kolektif dalam organisasi yang munazzam mengikut manhaj tertentu dan matlamat yang tertentu.
- Di putuskan oleh perkumpulan
 - Kerja yang tersusun (munazzam)
 - Kerja yang mengikut manhaj (manhaji)
 - Mempunyai tugas yang tertentu      (matlamat)
 
Konsep taat
Taat adalah mematuhi perintah, terdapat 39 kali disebut di dalam Al Quran dan Hadis supaya setiap muslim dapat memahami kepentingan dan sempadan ketaatan.
Taat pertama kepada Allah, kedua kepada Rasulullah saw dan ketiga kepada Uli Amri selama mana mereka berpegang kepada manhaj Allah.Sempadan ketaatan kepada Uli Amri selagi mana mereka tidak menyuruh melakukan maksiat kepada Allah. Memberi ketaatan kepada ibubapa atau mas’ul termasuk dalam syar’iyyah.
Keperluan taat dalam kehidupan manusia
- tidak taat      berlaku faudha, huru-hara dalam kehidupan masyarakat.
 - Dalam      organisasi ketaatan amat perlu – munazzam dalam urusan dan medisplinkan      perjalanannya.
 - Lebih      lebih lagi di dalam Organisasi Islam kerana masru’ dan menjadi ibadat      serta diberi ganjaran pahala kepada orang yang taat.- kesatuan saf,      terlaksana perancangan dan program, mencapai matlamat.
 
Perlaksanaan Taat
- Individu 
 
-         tahap kesedaran & penguasaannya
-         kedudukannya dalam organisasi
-         keperibadiannya e.g menjaga rahsia
-         tabiatnya e.g menerima perintah dan persediaan melaksana
- Suasana/Zuruf
 
-         biasa [memerlukan kefahaman & Kerelaan]
-         gawat [tasaddud ]
- Tabiat Isu
 
-         Isu yang memerlukan individu tertentu [tasaddud dalam arahan]
-         Isu biasa [tidak masalah diketahui oleh orang lain- tawassu’ dalam arahan samada dalam memberi kefahaman atau mendapat kerelaan]
Ketaataan secara wa’iyyah, suka atau tidak suka adalah masru’ dalam organisasi Islam. Ketaatan yang diberi akan mendapat ganjaran pahala dan mendapat keredhaan Allah.
Syura/Istisyarah
Makna Syura
- Mesyuarat
 - Minta      pandangan atau pendapat
 - Bebas      memberi pandangan tanpa mujamalah
 
Dalil As Syura
- As      Syura:38 maksudnya “Dan bagi orang-orang yang menerima seruan Tuhannya dan      mendirikan solat, sedang urusan mereka diputuskan dengan mesyurat antara      mereka, dan menafkahkan sebahagian dari rezeki yang kami berikan kepada      mereka”
 - Ali      Imran:159 maksudnya “ Maka disebabkan rahmat dari Allah lah kamu berlaku      lemah lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati      kasar tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu, kerana itu maafkan      mereka dan bermesyuarat dengan mereka dalam urusan itu. Kemudian apabila      kamu telah membulatkan tekad. Maka bertakwakal kepadaNya”
 - Sabda      Rasululah saw bermaksud “Berilah pandangan kepadaku wahai muslimin,      apakah kamu berpandangan aku cenderung kepada keluarga dan keturunanku,      mereka hendak menyekat kita dari ahli keluargaku”Bukhari
 - Sirah      Nabi saw – Perang Badar, Uhud, Tawanan perang dsb
 
Perlaksanaan As Syura
- Kehidupan      individu muslim – Rabbani/isytikhara’ dan meminta pandangan individu yang      dipercayai, berpengalaman dan ikhlas dalam memberi pandangan [Tidak      rugi sesiapa yang berisytikhara’ dan tidak menyesal sesiapa yang meminta      pandangan]
 - Kehidupan      keluarga – tidak boleh diktatur dalam mengahwini anak perempuan sekalipun      anak dara
 - Masyarakat      dan Negara – Al Quran dan As Sunnah menjelaskannya, ia di antara      tanggungjawab Jamaah dan Negara Islam
 
Garis Sempadan Syura
Garis sempada syura seperti apa yang didatangkan daripada Al Quran dan As Sunnah. Tidak ada ijtihad dan tidak ada syura dalam perkara yang ada nas, melainkan ijtihad dalam memahami nas dan tafsirnya. Para sahabat ra segera meminta keterangan dari Rasulullah bila ada masalah. Mereka bertanya adakah ianya wahyu daripada Allah? Sekiranya wahyu mereka segera taat dan melaksanakan dengan bersungguh dan tegas. Sekiranya pendapat, mereka bermesyuarat dan mendengar pandangan sahabat- sahabat, ada sahabat yang sependapat dan ada yang tidak sependapat diantara mereka. Rasullah saw menerima semua itu dari pada para sahabatnya.
Begitu juga tidak ada ijtihad dan syura dalam perkara ibadat – Sabda Rasulullah saw maksudnya “Sesiapa yang melakukan sesuatu amalan, bukan dari ajaran kami, maka ia adalah ditolak” Bukhari/Muslim
Diantara perkara yang dibolehkan syura
- Tanzim /      Organisasi
 - Ekonomi
 - Tarbiyyah
 - Nasyrud      Dakwah dsb.
 
Kepentingan Syura
- Berkat
 - Paling      hampir dengan kebenaran
 
Antara Syura dan Isytisyarah
- Isytisyarah      – ialah meminta pandangan dari orang yang dipercayai, orang yang meminta      pandangan, berhak membuat keputusan dalam perkara yang diminta pandangan      kecuali dengan mas’ul.
 - Syura –      ialah wasilah Jamaiyyah yang digunakan oleh Jamaah atau umat untuk membuat      keputusan dalam isu umum atau maslahah ammah.
 - Isytisyarah      tidak wajib dan pandangannya tidak mulzim adapun Syura ia adalah wajib dan      mulzim.
 
Antara Sirri dan Alani
- Surah Al      Hijr:94 maksudnya “Maka sampaikanlah olehmu secara terang-terangan segala      apa yang diperintahkan kepadamu dan berpalinglah dari orang-orang musyrik”
 - Surah      Nuh:9 maksudnya “kemudian sesungguhnya aku menyeru mereka lagi dengan terang-terangan      dan diam-diam”
 
- Keselamatan dan Kesejahteraan Organisasi
 
Bentuk-Bentuk As Sirriyah
- Merahsiakan      Keislaman – tiga tahun pertama dakwah di Mekah.
 - Kerahsiaan      Amal Dakwah (strategi & Hadaf) – dakwah fardiyah, makalah tanpa nama      pengarang, melalui platform dsb.
 - Merahsiakan      organisasi – dirahsiakan dari pengetahuan musuh dan dirahsiakan      sebahagiannya dari da’ie sendiri.
 - Merahsiakan keperibadian da’ie sebagai anggota organisasi – perlaksanaan adalah
 - berdasarkan suasana [kekuatan organisasi- jauh/hampir kepada hadaf]
 
- Sabda      Rasulullah saw maksudnya “ Di antara kecantikan Islam adalah apabila      seseorang meninggalkan apa yang tidak ada kena mengena dengannya”
 - Saidina      Ali ra berkata “Tidak semua yang diketahui perlu diperkatakan. Tidak semua      yang perlu diperkatakan, ada orang yang layak untuk mendengarnya. Tidak      semua yang perlu diperkatakan dan ada orang yang layak mendengarnya, sudah      tiba masa untuk memperkatakannya”
 - Hadaf      adalah kemenangan atau syahadah bukannya kesejahteraan diri, tetapi      syahadah yang kita inginkan adalah syahadah memberikan pulangan kepada      dakwah.
 - Matlumat adalah amanah dan bukan miliknya. Matlumat yang kita sampaikan akan bergerak dan terus bergerak. Kita yang menentukan di mana ia berhenti
 
Surah An Nur; Ayat 62
Sesungguhnya yang sebenar-benar orang mukmin ialah orang-orang yang beriman dengan Allah dan RasulNya dan apabila mereka berada bersama-sama Rasullah dalam seseuatu urusan yang memerlukan pertemuan mereka tidak meningalkan Rasulullah sebelum meminta izin kepadanya. Sesungguhnya orang-orang yang meminta izin kepadamu, mereka itulah  orang-orang yang beriman kepada Allah dan rasulNya, maka apabila mereka meminta izin kepadamu kerana seseuatu keperluan, berilah izin kepada sesiapa yang kamu kehendaki di antara mereka, dan mohonkanlah ampunan untuk mereka kepada Allah, Sesungguhnya Allah Maha Pengampun dan Maha Penyayang.
Sebab turun ayat ini ; peristiwa yang berlaku dalam menggali parit dalam peperangan Khandaq.
Biar apa pun sebab turunnya ayat-ayat ini, namun ia tetap mengandungi peradaban dan tatatertib diri di antara kelompok dengan pimpinan. Urusan masyarakat akan pincang melainkan apabila peradaban-peradaban dan tatatertib ini terbit dari seluruh perasaan, sentimen dan hati nurani anggota-anggota masayarakat kemudian bertunjang kukuh di dalam kehidupan mereka sebagai satu adat yang dipatuhi dan undang-undang yang berkuatkuasa. Jika tidak ada peradaban-peradaban dan tatatertib ini maka masyarakat akan menjadi huru-hara dan kacau bilau.
Maksud urusan yang memerlukan perhimpunan orang ramai ialah urusan-urusan penting yang memerlukan penyertaan ramai orang Islam atau kegiatan yang bersangkutan maslahah umum atau maslahah dakwah. Sebagai contoh seperti mesyuarat, perang, tarbiah dsb.
Sikap orang mukmin, mereka tidak boleh meninggalkan perhimpunan, melainkan setelah mendapat kebenaran dari pemimpin atau mas’ul supaya urusan itu tidak menjadi kacau bilau, tanpa kehormatan dan peraturan.
Orang mukmin mematuhi peradaban ini dan tidak akan meminta izin atau mencari berbagai alasan untuk mengundurkan diri melainkan kerana terpaksa, kerana keimanan dan adab sopan mereka yang tinggi itulah yang menghalangi mereka dari mengundurkan diri dari urusan dakwah yang sedang sibuk difikirkan.
Ayat yang terakhir dari surah ini memberi amaran yang menginsafkan hati orang-orang yang beriman dan orang-orang yang sesat bahawa Allah sentiasa melihat dan mengawasi mereka dan amalan mereka serta mengetahui segala rahsia yang disembunyikan di dalam hati mereka. Firman Allah yang bermaksud:
“Ketahuilah !!! sesungguhnya Allah itu memiliki segala isi langit dan bumi. Sesungguhnya Dia mengetahui keadaan kamu sekarang ini dan keadaan pada hari seluruh manusia dikembalikan kepadaNya, dan di sana Dia akan memberitahu kepada mereka segala amalan yang telah dilakukan mereka dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu”
Ayat ini menghubungkan hati dan mata manusia kepada Allah dan mengingat mereka supaya takut dan bertaqwa kepada Allah, kerana taqwa itulah jaminan yang terakhir. Ia merupakan pengawal segala suruhan dan larangan dan pengawas akhlak dan peradaban yang diwajibkan oleh Allah.
Kesimpulan
Cukuplah sekadar ini perbincangan mengenai Konsep-Konsep Umum Amal Jamaie [Taat, As Sirriyah dan Alani, Isytisyarah dan Isyti’zan] sebagai langkah kita memahami dan melaksanakannya dalam usaha menjalankan dakwah dan menyelesaikan sebahagian masalah yang timbul dikalangan pendakwah. Kepada Allah kita memohon agar diberi taufiq dan hidayah dalam menjalankan tugas kita sebagai hamba Allah. Hanya keredhaan dan kecintaan Allah menjadi matlamat kita. Kita sentiasa berdoa supaya Allah menetapkan kita di atas jalan dakwah yang dilakukan secara berorganisasi dan beramal secara kolektif. Allah Akbar! Allah Akbar! Allah Akbar!Walillah hil Hamd.
Rujukan
- Amal      Kolektif
 - Zilal      Quran
 - As Syura
 - Seerah      Rahiqul Makhtum
 - Kajian      Politik dalam Jamaah Ikhwanul Muslimin
 - Hadis 40      Imam Nawawi
 



