mUKa suRAt

Saturday, December 20

Wasiat Lukman kepada anaknya

Anakku, suruhlah orang melakukan kebaikan, tegahlah kemungkaran dan sabarlah kamu atas segala yang menimpa.
wahai anakku, ingatlah Allah banyak – banyak, sesungguhnya Allah mengingati orang yang mengingati-Nya.
Anakku, janganlah engkau cinta dunia kerana engkau tidak diciptakan untuk dunia dan Allah tidak mencipta sesuatu pun yang lebih hina daripada dunia.
Anakku, janganlah engkau gembira dengan kesihatan yang berpanjangan dan sembunyikanlah kesusahan yang menimpamu.
Anakku, cukuplah dengan yang sedikit dan redalah apa yang kamu dapat.
Anakku, bersahabatlah dengan orang yang bijaksana dan redalah dengan apa yang mereka kata, nescaya kamu akan menjadi bijaksana.
Anakku, bercakaplah dengan perkataan baik bersamaorang lain dan duduklah dengan ahli zikir kerana ia menghidupkan hatimu dan menerbitkan rasa khusyuk di dalam diri.
Anakku, laksanakanlah hajat sekadar yang perlu dan elak daripada perkara yang tidak berkaitan dengan mu.
Anakku, perbanyakkanlah diam kerana engkau akan dihormati dan engkau tidak akan sekali –kali kecewa kerana diam tetapi engkau mungkin akan kecewa kerana ketawa.
Anakku, janganlah biarkan ayam lebih cerdik daripadamu kerana ia akan kibaskan kepaknya pada waktu malam dan bertasbih pada Allah.
Manfaatkanlah apa yang Allah ajarkan kepadamu. Seorang alim tidak sama dengan seorang jahil. Sebaik – baik ilmu ialah yang memberi manfaat dan sebaik – baik ilmu adalah yang diikuti. Allah memanfaatkan ilmu bagi yang mengikutinya.
Anakku, sepandai – pandai manusia adalah yang paling takut pada Allah.
Engkau hendaklah tawaduk (merendah diri).
Anakku, seorang yang keji apabila berkata – kata akan kelihatan kejahatannya melalui lidahnya.dan apabila dia senyap pun, nescaya kejahatannya diketahui juga.
Anakku, fahamilah erti hikmah dan jadikanlah akhlakmu berhemah dan pentingkanlah ia dan matamu akan sejuk bila engkau mementingkannya dan ketahuilah hikmah itu hanya ada dalam kelembutan.
Anakku, kenapakah engkau menghilangkan hartamu sendiri dan membaiki harta orang lain. Anakku, sesiapa yang tidak mengasihani tidak akan dikasihani dan sesiapa yang diam, dia selamat. Siapa yang berbuat baik akan selamat, siapa buat jahat pasti akan menyesal.
Anakku, siapa yang benci kejahatan akan selamat. Sesiapa tidak menjaga lidah akan rugi.
Annaku, jadilah orang yang mudah digauli, manis muka dan itulah akhlak orang soleh.

Wednesday, December 17

Ainur mardiah

Bidadari merupakan salah satu anugerah Allah kepada seorang lelaki
yang memasuki syurga. Bagi seorang wanita yang solehah maka
bidadari bagi suaminya adalah dikalangan bidadari2 kurniaan Allah
dan dia (isteri solehah merupakan ketua akan segala bidadari-
bidadari tsb).

Berjihad pada agama Allah merupakan satu amalan yang menjadi
kesukaan Allah swt dan ini merupakan sunnah besar nabi SAW dan
kalangan sahabat-sahabat. Setiap manusia yang mati wlaupun berapa
umurnya maka akan ditanya dimanakah masa mudanya dihabiskan.

Kisah......:

'Ainul Mardhiah merupakan seorang bidadari yang paling cantik
dikalangan bidadari-bidadari yang lain (nama puteri bongsu saya -
bermaksud mata yang di redhai). Suatu pagi (dalam bulan puasa)
ketika nabi memberi targhib (berita-berita semangat di kalangan
sahabat untuk berjihad pada agama Allah) katanya siapa-siapa yang
keluar di jalan Allah tiba-tiba ia shahid, maka dia akan
dianugerahkan seorang bidadari yang paling cantik dikalangan
bidadari2 syurga. Mendengar berita itu seorang sahabat yang
usianya sangat muda teringin sangat nak tahu bagaimana cantiknya
bidadari tersebut.... tetapi dia malu nak bertanyakan kepada nabi
kerana malu pada sahabat-sahabat yang lain. Namun dia tetap beri
nama sebagai salah sorang yang akan keluar/pergi.
Sebelum Zohor sunnah nabi akan tidur sebentar (dipanggil
khailulah, maka sahabat yang muda tadi juga turut bersama jemaah
tadi... tidur bersama-sama....

Dalam tidur tersebut dia bermimpi berada di satu tempat yang
sungguh indah, dia bertemu dengan seorang yang berpakaian yang
bersih lagi cantik dan muka yang berseri2 lalu ditanyanya
dimanakah dia... lalu lelaki itu menjawab inilah syurga. Lalu dia
menyatakan hasrat untuk berjumpa dengan 'Ainul Mardhiah... lalu
ditunjuknya di suatu arah maka berjalan dia... di suatu
pepohon beliau mendapati ada seorang wanita yang tak pernah dia
lihat kecantikan begitu... takpernah dilihat didunia ini... lalu
diberi salam dan dia bertanya andakah ainul mardhiah... wanita itu
menjawab ehh tidakk... saya khadamnya ainul mardhiah ada di dalam
singgahsana sana.

Lalu dia berjalan dan memasuki satu mahligai yang cukup indah dan
mendapati ada seorang lagi wanita yang kecantikannya
berganda-ganda dari yang pertama tadi sedang mengelap permata-mata
perhiasan di dalam mahligai.... lalu
diberi salam dan di tanya lagi adakah dia ainul mardiah lalu
wanita itu menjawab...eh tidakkk saya hanya khadamnya di dalam
mahligai ini... ainul mardiah ada di atas mahligai sana,..... lalu
dinaikinya anak-anak tangga mahligai permata itu kecantikkannya
sungguh mengkagumkan... lalu dia sampai ke satu mahligai dan
mendapati seorang wanita yang berganda-ganda cantik dari
yang pertama dan berganda-ganda catiknya dari yang kedua.... dan
tak pernah dia lihat di dunia.... lalu wanita itu berkata ...
akulah ainul mardhiah, aku diciptakan untk kamu dan kamu
diciptakan untk aku.... bila lelaki itu mendekatinya wanita itu
menjawab... nantiii kamu belum syahid lagiiii......tersentak itu
pemuda itu pun terjaga dari tidurnya lalu dia menceritakan
segala-galanya kepada satu sahabat lain, namun begitu dia memesan
agar jangan menceritakan cerita ini kepada nabi SAW... tapi
sekiranya dia shahid barulah ceritakan kepada nabi.

Petang itu pemuda itu bersama-sama dengan jemaah yang terdapat
Nabi di dalamnya telah keluar berperang lalu ditakdirkan pemuda
tadi telah shahid. Petang tersebut ketika semua jemaah telah
pulang ke masjid, di waktu hendak berbuka puasa maka mereka telah
menunggu makanan untuk berbuka (tunggu makanan adalah satu sunnah
nabi). Maka kawan sahabat yang shahid tadi telah
bangun dan merapati nabi SAW dan menceritakan perihal sahabat nabi
yang sahaid tadi... dalam menceritakan itu nabi menjawab benar...
benar...benar... dalam sepanjang cerita tersebut. Akhirnya nabi
SAW berkata memang benar cerita sahabat kamu tadi dan sekarang ini
dia sedang menunggu untuk berbuka puasa di syurga....
subhanallah...
Doa Berjumpa Kekasih Sejati…….


Ya Allah jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada
seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu, agar
bertambah kekuatanku untuk menyintaiMu

Ya Muhaimin, jika aku jatuh hati,izinkanlah aku
menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu
agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu...

Ya Rabbana ,jika aku jatuh hati jagalah hatiku
padanya agar tidak berpaling daripada hatiMu.....

Ya Rabbul Izzati ,jika aku rindu ,rindukanlah aku
pada seseorang yang merindui syahid di jalan Mu....

Ya Allah ,jika aku menikmati cinta kekasihMu
janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya
bermunajat di sepertiga malam terakhirMu

Ya Allah ,jika aku jatuh hati pada kekasihMu jangan
biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan
panjang menyeru manusia kepadaMu....

Ya Allah jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu
jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan
aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya
kepadaMu...