Anakku, suruhlah orang melakukan kebaikan, tegahlah kemungkaran dan sabarlah kamu atas segala yang menimpa.
wahai anakku, ingatlah Allah banyak – banyak, sesungguhnya Allah mengingati orang yang mengingati-Nya.
Anakku, janganlah engkau cinta dunia kerana engkau tidak diciptakan untuk dunia dan Allah tidak mencipta sesuatu pun yang lebih hina daripada dunia.
Anakku, janganlah engkau gembira dengan kesihatan yang berpanjangan dan sembunyikanlah kesusahan yang menimpamu.
Anakku, cukuplah dengan yang sedikit dan redalah apa yang kamu dapat.
Anakku, bersahabatlah dengan orang yang bijaksana dan redalah dengan apa yang mereka kata, nescaya kamu akan menjadi bijaksana.
Anakku, bercakaplah dengan perkataan baik bersamaorang lain dan duduklah dengan ahli zikir kerana ia menghidupkan hatimu dan menerbitkan rasa khusyuk di dalam diri.
Anakku, laksanakanlah hajat sekadar yang perlu dan elak daripada perkara yang tidak berkaitan dengan mu.
Anakku, perbanyakkanlah diam kerana engkau akan dihormati dan engkau tidak akan sekali –kali kecewa kerana diam tetapi engkau mungkin akan kecewa kerana ketawa.
Anakku, janganlah biarkan ayam lebih cerdik daripadamu kerana ia akan kibaskan kepaknya pada waktu malam dan bertasbih pada Allah.
Manfaatkanlah apa yang Allah ajarkan kepadamu. Seorang alim tidak sama dengan seorang jahil. Sebaik – baik ilmu ialah yang memberi manfaat dan sebaik – baik ilmu adalah yang diikuti. Allah memanfaatkan ilmu bagi yang mengikutinya.
Anakku, sepandai – pandai manusia adalah yang paling takut pada Allah.
Engkau hendaklah tawaduk (merendah diri).
Anakku, seorang yang keji apabila berkata – kata akan kelihatan kejahatannya melalui lidahnya.dan apabila dia senyap pun, nescaya kejahatannya diketahui juga.
Anakku, fahamilah erti hikmah dan jadikanlah akhlakmu berhemah dan pentingkanlah ia dan matamu akan sejuk bila engkau mementingkannya dan ketahuilah hikmah itu hanya ada dalam kelembutan.
Anakku, kenapakah engkau menghilangkan hartamu sendiri dan membaiki harta orang lain. Anakku, sesiapa yang tidak mengasihani tidak akan dikasihani dan sesiapa yang diam, dia selamat. Siapa yang berbuat baik akan selamat, siapa buat jahat pasti akan menyesal.
Anakku, siapa yang benci kejahatan akan selamat. Sesiapa tidak menjaga lidah akan rugi.
Annaku, jadilah orang yang mudah digauli, manis muka dan itulah akhlak orang soleh.
0 kata - kata:
Post a Comment