

 Aku bimbang..sangat bimbang..
 Bagaimanakah kalau besok aku mati mendadak
 Sembahyangku masih banyak yang belum terqada'
 Ingin membayar puasa yang tertinggal.. masih belum aku bertindak
 Hutangku masih berlambak-lambak
 Finance keretaku belum lagi lunas tertunai
 Hutang bank rumahku masih belum selesai
 Kewajipanku masih banyak yang terbengkalai
 Aku bimbang..sangat bimbang..
 Apakah aku akan diberi VIP Welcome di alam barzakh
 Oleh Munkar dan Nankir dengan senyuman bermanis wajah
 Atau.. apakah aku akan dibelasah
 Oleh pembengis-pembengis di alam barzakh
 Apakah aku dapat menahan sakit
 Bila ular kubur datang menggigit
 Kerana sembahyangku yang amat sedikit 
Aku bimbang..sangat bimbang..
 Isyak masuk.. ayah ke surau menyembah Allah
 Aku depan tv menonton AKADEMI FANTASIA
 Ayah bertasbih, bertahmid.. berzikir memuji Tuhan
 Aku terjerit2.. MENYOKONG PESERTA REALITI TV YANG SIA-SIA
 Ayah menggunakan masa mencari keredhaan Tuhan
 Tapi aku masih berpoya-poya seperti NYAWAKU PANJANG LAGI
 Kalaulah besok subuh Izrail datang bertandang
 Bagaimanakah nasibku.. setelah dunia aku tinggalkan
 Aku bimbang..amat bimbang..
 Imanku masih terumbang-umbang
 Ketika aku di dalam kubur.. adakah orang yang akan mendo'akan
 Siapa akan menyedekahkan bacaan Yasin dan surah-surah Al-Qur'an
 Buat meredakan siksa kubur yang datang tanpa kasihan
 Nasibku di bawah tanah.. adakah siapa yang akan mengenangkan
 Hilang aku dari pandangan.. hilanglah aku dalam kenangan
 Jadi.. kenapa aku kurang berusaha menyiapkan bekalan
 Supaya di kubur nanti aku diberi VIP Welcome. Aku bimbang..sangat bimbang..
 Amal ibadahku sangat berkurang 
WAHAI MANUSIA ... taubatlah engkau dari sekarang
 Tinggalkanlah padang bola.. 
TINGGALKAN HIBURAN MELAMPAU dan
 Pergi ke masjid seperti orang lain
 Qada'lah sembahyangmu yang tertinggal
 Bayarlah puasamu
 Berhentilah menjadi sahabat syaitan
 Agar hidupmu mendapat keredhaan
 Sebelum engkau kembali ke
 ALAM BARZAKH P/S: E-MAIL NI ANTARA YANG TERBAIK PERNAH SAYA DAPAT.. SAMA-SAMALAH
 KITA RENUNGKANNYA!! PERKONGSIAN AMAT DIALU-ALUKAN.