mUKa suRAt

Sunday, February 22

Aku mAsiH mEncarI? si dia @ DIA??


mAwaRkU sAYaNg,

Jika mahu mendapatkan yang soleh, kurangkan sedikit agenda menCARI si Soleh, tetapi berusahalah menJADI yang solehah. Jika inginkan yang solehah, janganlah cerewet sangat menCARI yang solehah, tetapi berusahalah menJADI yang soleh.

Bertemu yang solehah, solehahnya dia belum tentu kekal. Bertemu yang soleh, solehnya boleh berubah… kerana si solehah dan si soleh adalah insan biasa.
Tetapi jika semua orang fokus kepada JADI dan bukannya CARI, maka ramailah calon, dan mudahlah sedikit kehidupan. Dan kita sendiri tidak bimbang untuk berumahtangga dengan pasangan ‘itu’ walaupun mungkin tidak 100% (30% pun belum tentu) mengenalinya.

Apa yang nak dibimbangkan, kita berkahwin sebagai sebahagian daripada proses untuk MENJADI, bukan MENCARI.-sebaik-baik suami adlh Rasulullah SAW- Allahu a'lam
"wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik"

1 kata - kata:

KNA said...

assalamu'alaikum... menjadi solehah tak semudah denagn berkata tetapi memerlukan mujahadah dan taqarrub yang mantap kpd ALLAH AZZAWAJALLA... ana pun nak jd solehah jgak... insyaALLAH...=)