mUKa suRAt

Monday, April 13

Pesanan Buat MaWAr LinDUNgan


Wahai Mawar ku
Mawar yang dikasihi,
Peliharalah auratmu walau di mana kau berada
Dan jangan biarkan keindahan dirimu
menjadi tatapan lelaki yang bukan mahrammu

Mawar yang dikasihi,
Peliharalah solat mu, tundukkan pandangan matamu
Di hadapan lelaki yang bukan milikmu
Kelak engkaulah yang bertuah
ketika menjadi tetamu ALLAH
Moga-moga dirimu disambut penuh kasih
oleh bidadri Syurga Ainul Mardhiah


Mawar yang dikasihi,
Berakhlaklah dengan panduan dari Rasulmu
Contohi dan ikuti
Pastinya engkau yang bahagia
Sejuk mata memandang bercahaya dunia
Dengan hiasan Mawar solehah
Sepertimu

Mawar yang dikasihi,
Jangan biarkan dirimu hanyut dengan arus kemodenan
Tanpa bekalan ilmu di dada
Renungilah masa depanmu
Tetapkan iman di dada
Moga ia menjadi perisai buat dirimu
Jangan kail panjang sejenkal
Lautan dalam hendak diduga

Mawar yang dikasihi,
Nilai cintamu hanya pada ALLAH yang satu
Kasihi tuhanmu………
Redhalah Islam menjadi agamamu
Pasti tiada kecewa buatmu

Mawar lindungan,
kelak satu hari nanti ada insan yang menantimu
Berkat kasihmu pada ALLAH yang satu
Pasti itulah insan yang menjadi cintamu didunia
Wasilah dari ALLAH………….

Moga bertambahlah redha ALLAH pada mu
Melimpah kasihNYA padamu
Kerana engkau meletak kasihmu padaNYA dahulu
Sebelum cinta pada kekasih
Yang menjadi pilihan hatimu

1 kata - kata:

Anonymous said...

ukhti,, adik mohon share buat renungan bersama