mUKa suRAt

Monday, July 27

saLam keRinduAN

Sangat sudah lama maWar tidak menjengAH laman ini.. rindu rasanya hendak bercoret kembali...
banyak benda yang ingin diluahkan... masakan ianya diperap dalam kalbu yang kecil ini...
pada 11.7.09 yang lepas~~ maWar baru sahaja mengikuti program anjuran GAMIS~~ maWar jadi ajk kecilan sahaja untuk program Kongres Rejuvensi Pendidikan Islam di dewan Audotorium Museum Shah Alam~~ memang menarik dapat jumpe sahabat GAMIS~~

Selepas itu, pada hari berikutnya sahabat - sahabat kolej di uji dengan berlakunya Histeria. ini pertama kali maWar mengalami situasi tersebut, dan situasi ini lah yang menyebabkan maWar perlu kuat untuk membantu sahabat yang lain... kesian maWar kpd mereka~~ yang memikul lebih sengsara dari yang melihat.. ana hanya dapat bantu apa yang terdaya sahaja...

Beberapa hari selepas itu, mungkin Allah ingin menguji ana, sejauh mana penggantungan ana padanya~~ entah mengapa ana mengalami tekanan yang dirasakan melampau~~ tiba - tiba rasa sangat terpinggir~~~ pada waktu inilah Allah ingin tunjukkan bahawa hanya padaNya tempat kita mengadu dan hanya Allah yang berhak untuk kita harapkan semata...
3 @ 4 hari juga ana mencari diri yang tetiba hilang~~~
ana takut hilang dari lindungan Allah~~ ana takut kemurkaan Allah kepada hambanya yang lalai ini~~~

mungkin muhasabah dan beruzlah di Masjid dapat memberikan secebis ketenangan kepada ana~~
hanYa Allah yang berhak atas segalanya~~
Alhamdulillah~~
Allah sayang hambanya yang cinta dan kasih hanya kepadanya~~~
bila kita meletakkan sesuatu hanya kerana Allah semata
insyaAllah semuanya berjalan dengan mudah~~~

ana rindukan ketenangan kolej mara kulim~~~
tempat bertitik tolak hati terpaut pada pencipta
tapi~~
ana lebih rindukan belaian kasih pencipta
yang tidak jemu melihat hamba Nya yang hina ini~~~
Allah, ampunkan hambaMu yang hina ini~~

0 kata - kata: