mUKa suRAt

Tuesday, June 23

SAHABAT~~

Salam kerinduan buat teman + sahabat...
rindu rasanya ingin bersua kembali...
hmm...~~ tengah ch0mey2 kemas2 buku kat rak, terjumpe pula satu buku nie,
buku biodata yang telah dibuat oleh seorang sahabat ku semasa aku diAssunta...
ada sajak yang die buat di bawahnya
khas untuk sahabatku..
semoga kita sentiasa dalam Redha Allah... sahabatku
Teman,
kita diciptakan Tuhan dan kita memerlukan
antara satu sama lain
x kiralah di sini atau di sana nanti
kita berhak memilih siapa teman kita
kerana ianya menentukan siapa kita dan kehidupan kita
Teman,
Hari ini kita berteman bukan kerana perasaan itu,
kita berteman kerana untuk menentukan hari yang mendatang
kita x perlu mengikut apa yang orang lain lakukan
kita hanya ikut kata hati dan akal kita
kerana hati adalah raja dan akal pembantunya
Teman,
hari ini amat penting untuk menjalani hari esok,
hari semalam menjadi tauladan bagi hari ini dan jua hari mendatang
jadikan hari ini lebih baik daripada hari semalam
dan jadikan hari ini jua sebagai pendorong untuk hari esok
Teman,
Jadilah yang baik walaupun bukan yang terbaik
kerana yang terbaik itu dapat membawa kepada yang terbaik
Terima kasih teman~~


Friday, June 12

Gelap Hati Kerana Maksiat


WAHAI DIRIKU…Jangan bermain dengan maksiat kerana ia mengotorkan hati. Hati yang kotor bagaikan cermin gelap yang sukar ditembusi cahaya. Ia terhijab daripada nur Allah. Padamnya pelita hati bererti hilanglah kebahagiaan hidup. Keberkatan yang diperolehi akan berlalu bagai angin yang menyapa sekali – sekala.

Qadhi Rabbul Jalil yang Maha Adil itu sebenarnya mahu engkau ke syurga, namun apa yang boleh buat engkau lebih suka ke neraka. Hati yang keras dan terhijab tak akan dapat mengubah sifat lahiriah yang terbit dari dirimu. Sifat lahir berubung rapat dengan kehendak hati. Hati yang seumpama raja itu mengawal seluruh pergerakan lahiriah manusia hatta kerlingan mata sekalipun. Hati yang cinta maksiat mengerahkan seluruh anggota menuju jalan maksiat. Akal akan merancang dan mengatur strategi untuk memenuhi tuntutan hati yang jahat tadi. Mata pula mengawasi kehendak hati terlaksana. Bila anggota lain mengambil peranan maka tercetuslah kejahatan di tengah kehidupan. Menanglah nafsu tewaslah akal. Apakah hati bahagia selepas itu? Tidak, bahkan deritanya bertambah berganda – berganda. Titik noda makin membesar mengambil tempat di ruang hati. Ia bagai dedalu di atas pohon, menumpang tapi menyeksakan. Hati yang sebegini tidak ada harganya. Ia busuk, buruk dan berulat pada pandangan mata rohani.
Inilah hati yang hendak kita bawa berjumpa Tuhan. Inilah hati yang kita heret ke hulu dan ke hilir. Hati inikah yang hendak kita terus simpan? Sanggupkah jasad kita menampung hati yang buruk? Sering kali kita mengeluh dan mengadu ibadah yang selalu cuai khususnya sembahyang yang selalu lalai. Pelikkah itu, sedangkan kita mengadu dan memohon dengan hati yang busuk tadi? Mana mungkin rintihan dan doa didengar dan diterima kalau lahirnya dari lebuk yang berulat itu. Cukuplah Malaikat sebagai saksi busuk dan hanyirnya bau hati yang kononya merintih itu. Jangan berpura – pura lagi. Sudah lama kau menipu diri, menipu manusia dan menipu Tuhan. Ceh! Alangkah beraninya engkau. Alangkah kejinya perbuatanmu selama ini. Berpura – pura berlakon di atas pentas dunia. Penonton – penonton pun terpukau, hairan dan takjub menyaksikan lakonan sandiwaramu. Engkau pun mengumpul peminat yang cukup ramai. Tunggulah waktu tirai akan dilabuh, tabir akan disingkap dan ketika itu hakikat dirimu akan terserlah. Engkau akan jadi seperti anjing kurap yang dihina, dihalau, dicaci dan dimaki. Terimalah habuan sumpah - seranah manusia yang kau tipu dulu. Allah bersumpah demi kebesaran dan keagunngan kerajaanNya, tidak ada seorang pun yang akan terlepas dari Hisab dan Mahkamah Akhirat. Pesalah – pesalah itu akan dibawa dengan tangan yang bergari, dihalau bagai binatang ternak ke kandang perbicaraan. Pendakwaraya akan menyoalmu tanpa belas kasihan. Saksi – saksi memberi bukti tanpa selindung lagi. Terbelalak matamu menyaksikan sejarah hidupmu terpapar dengan terang dan jelas. Manusia ramai turt melihat aib – aibmu selama ini. Kau akan mengeletar,pucat,lumpuh serta merta dan mungkin pengsan. Hari itu tidak ada belas kasihan. Hukuman akan dijatuhkan. Bersiaplah ujian yang pertama menjadi penentu nasibmu seterusnya.
Qadhi Rabbul Jalil yang Maha Adil itu sebenarnya mahu engkau ke Syurga namun apa boleh buat engkau lebih suka ke Neraka. DibantuNya engkau, diingatkanNya engkau dibimbingNya, diasuhNya, dididikNya dan kadang – kadang diugutNya bagi seorang ayah memarahi anaknya. Ingatkah engkau semua itu?Allah tersangat kasih dan cinta dengan makhluk yang bernama manusia. Namun sekali lagi apa boleh buat, engkau di dunia ini telah lupa daratan. Kau tolak mentah – mentah dan bulat – bulat cinta yang agung itu. Sebaliknya engkau serahkan jiwa ragamu mengikut hawa nafsu dan ternyata kau gagal dan kecewa. Tewas dan kecundang sebelum sempat bertaubat. Anggapanmu meleset. Angan – anganmu panjang menjangkau usia. Dan mati akan datang tiba – tiba, tidak kira waktu, tempat dan usia. Kau menzalimi dirimu.
Ah ……..malangnya engkau.Apa lagi selepas ini yang dapat menyedarkanmu. Sesudah kau diancam dengan neraka dan diingatkan akan azab dan deritanya di sana. Seksa dan sakitnya timpa menimpa dan kekal selamanya. Masihkah kau ingat dan tentu sudah terbaca tentang ‘zaqqum’ pohon neraka itu. Buahnya itu merobek hancur segala isi perut.Timah cair yang menghanguskan tengku dan segala – galanya, masihkah belum kau takut? Nah! Tidak ada lagi yang mungkin dapat menyedarkanmu dari lamunan nafsu yang melulu. Bila lagikah hatimu akan tersentak dan segera tersedar? Bila lagi? Cuba kamu katakan.Kalau benar – benar kamu tidak takut dengan semua ini maka bersiaplah. Kamu dicabar, buatlah dosa dan maksiat setanding Firaun, Namrud, abu lahab dan mereka yang terkenal angkuhnya di dunia. Jangan jadi seperti sekarng, baik mahu juga,sedangkan kejahatn pun mahu dicuba. Jangan jadi seperti ini sikap dan pendirianmu biarlah jelas. Berterus – ternglah dalam hidup. Jangan sembunyi – sembunyi, jangan berlakon, hentikan sandiwaramu.
Mulai sekarang, tunjukkan hakikat dirimu yang sebenar. Kamu dicabar jika ingin buat jahat, buat jahat betul – betul. Jalan terbuka luas. Jika ingin jadi orang mulia, mujahadahlah dari sekarang. Tidak ada konsep ‘fifty – fifty’ ( 50 – 50 ) dalam hidup. Yang hak jelas, yang batil juga jelas. Masing – masing ada kumpulan dan pengaruh tersendiri. Tentukan kedudukan dirimu dari sekarang. Jika ingin bernaung di bawah bendera yang hak, peganglah kuat – kuat dan kibarkan bendera itu ke seluruh dunia.Sudah sampai masanya engkau membuat perubahan. Tentukan jalan hidupmu. Jika hendak ke neraka sila, tiada halangan apa – apa, ikutlah nafsu buasmu. Langgar sahaja, apa peduli, peluang hanya sekali. Kalau ingin ke syurga bersiaplah, kamu pasti diuji. Syurga yang indah dan cantik itu mahal harganya. Perlu kau bayar dengan darah dan air mata. Jiwamu itulah tebusan membeli syurga.

19 Keistimewaan WANITA Menurut Hadis

1. Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda , " Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."

2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.

3. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah .Dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

4. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW) di dalam syurga.

5. Barangsiapa membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya) maka pahalanya seperti melakukan amalan bersedekah.Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

6. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

7. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta sikap bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.

8. Apabila memanggil akan dirimu dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu terlebih dahulu.

9. Daripada Aisyah r.a." Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutuplah pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pun pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

11. Wanita yang taat pada suaminya, maka semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga solat dan puasanya.

12. Aisyah r.a berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?" Jawab Rasulullah SAW "Suaminya." " Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah SAW, "Ibunya."

13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta kepada suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga terlebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya,maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

18. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

19. Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.

Friday, June 5

kEm ~~

paBILA pena bertemu kekasihnya, tanpa segan silu ia berbicara, menutur kata mengikut kehendak si peluahnya. Setiap yang berlaku pasti ada sebab musabab nya yang menyuruh manusia itu berfikir dan menganbil iktibar sejenak mengenainya. baru - baru ini mawar dijemput untuk menjadi fasilitator bagi suatu kem kepimpinan yang molek jika mawar katakan kem kepemimpinan (beza tau). di kolej ana. sasaran @ pesertanya terdiri daripada pelajar - pelajar sekolah Convent di perak.

sebelum mereka datang lagi, pelbagai persiapan yang telah dilakukan. bukan apa, mengikut pengalaman, manalah tahu sama seperti sekolah ana dahulu, sekolah Assunta. Tetiba teringat sisiter Enda bagi tau " once Assuntarian, alwayz Assuntarian" hehe...

pengalaman mengajar kita untuk menghargai sesuatu yang pernah kita lalui iaitu kenangan dan pengalaman. memang kem kali ini berbeza dengan kem - kem yang lain. cara pembawakan dan pengisian yang berbeza kerna ianya melatih kita untuk menjadi pemimpin dan mengeluarkan segala bakat yang terpendam dalam diri kita. menjadi pemimpin yang unggul yang dapat bekerja dibawah tekanan dan stress. dan semestinya, dimana jua kita berada, islam perlu ditegakkan kerana tanpa islam, hati kita terasa kosong, tiada pegangan dan terasa terumbang ambing.

Alhamdulillah, diri ini jua mendapat tempias pentarbiahan untuk membawa diri di dalam dunia luar.