peraturan kehidupan:
kelahiran itu insyaAllah, kematian itu wajib bagi setiap hidupan yang bernyawa
tidak kira tumbuhan, haiwan mahupun manusia
KELAHIRAN manusia....
saat berakhirnya sebuah kehamilan dan bermulanya sebuah kehidupan dan coretan di muka bumi ini. sama ada ianya terus hidup, dijaga dengan sempurna, ataupun mati, dibuang dicampak bagaikan sampah oleh si ibu atau ayah yang bertopengkan binatang.
Bagi ibu, kelahiran itu merupakan perhitungan dan persimpangan antara hidup ataupun mati.
tidak hairanlah jika dikatakan ibu yang melahirkan anak umpama berjihad dan andainya mati ibu itu, dikatakan syahid dunia.
kelahiran insan itu selalunya disambut, dinikmati, disayangi dan ditunggu - tunggu oleh mereka yang hidup. merupakan nikmat dan amanah yang harus dijaga dan dibimbing.
teringat fiman Allah dalam Al - Quran
"Hai manusia, jika kamu dalam keraguan tentang kebangkitan (dari kubur), maka (ketahuilah) sesungguhnya Kami telah menjadikan kamu dari tanah, kemudian dari setetes mani, kemudian dari segumpal darah, kemudian dari segumpal daging yang sempurna kejadiannya dan yang tidak sempurna, agar Kami jelaskan kepada kamu dan Kami tetapkan dalam rahim, apa yang Kami kehendaki sampai waktu yang
sudah ditentukan, kemudian Kami keluarkan kamu sebagai bayi, kemudian (dengan berangsur- angsur) kamu sampailah kepada kedewasaan, dan di antara kamu ada yang diwafatkan dan (adapula) di antara kamu yang dipanjangkan umurnya sampai pikun, supaya dia tidak mengetahui lagi sesuatupun yang dahulunya telah diketahuinya. Dan kamu lihat bumi ini kering, kemudian apabila telah Kami turunkan air di atasnya, hiduplah bumi itu dan suburlah dan menumbuhkan berbagai macam tumbuh-tumbuhan yang indah." 22:5
kelahiran itu kegembiraan, tanda syukur kita pada Allah, tuhan yang maha Esa. penyambung warisan dan keturunan, nasab kita.. pasal 2 la kalu kite dapat anak mesti kite happy sgt2 (p/s:walaupun aku xde anak lagi)
KEMATIAN....
Itu amat misteri dan rahsia.. akrabnya manusia dengan kematian samalah akrabnya manusia itu dengan kehidupan.
kematian...
suatu perkara yang pasti.. dan yang paling digeruni oleh semua orang, kesedihan dan kemurungan yang akan melanda, tak kira kita sendiri atau keluarga, sanak saudara.. bahkan detik kewafatan nabi Muhammad amat perit dilalui oleh para sahabatnya, cube kita hayati lagu pemergianku, pasti sedih punyelah....
kematian itu menyebabkan putusnya hubungan antara ibu dan anak, suami dan isteri, dan yang lain2 la, hanya amalan, doa anak yang soleh yang bole jadi bekalan ke "sana" nanti
sedar atau tidak,
kelahiran manusia itu, sering ditunggu, buat preparation sana sini, beli lampin baby
beli baju baby, nak warna pink la, purple la, nak letak nama pada baby, muhammad darwisy irfan zaquan la, aminah la, amir la, eton la, macam2... beli peralatan la, hitung waktu... hari.. minit... saat... detik... x sabar rasanya untuk melahirkannya, untuk memberinya peluang untuk hidup, untuk melihatnya...
tapi...
ade tak kita buat cam2 pada setiap kematian?? menunggu sebuah kematian... bila la nak mati ni, ada tak kita cakap cam2? buat preparation la, beli kain kapan la, keranda ke? tempah kubur ke? tempah batu nisan, nak letak ape kat batu nisan, menghitung hari? detik? fikir bekalan ape yang akan kita bawa? duit? harta dan kekayaan? anak pinak? ataupun amalan kita selama ini? ade tak kita kira cukup ke tak amalan kita ni nak tunjukkan kepada Kekasih kita? Allah?
pernah ke tidak kita terasa macam tak sabar rasenye nak mati... nak jumpe Allah, nak jumpe nabi muhammad, nak jumpe sahabat2... pernah tak kita fikir bahawa sume aku buat kat dunia ni tok dapat redha Allah, bekalan perjalanan aku nanti, hadiah persembahan kepada Allah? ada x terlintas?? sikit2 ke? cube try acu test...
Ingatlah... untuk diriku jua, hidup ini hanyalah persinggahan... akhirat yang kekal abadi..
hidup ni umpama kita berhenti kat stesyen R&R, hanye sekejap je, kat situ kite makan, minum solat, rehat dan kadang2 ade yang bawak bekalan tok sampai ke destinasi,
yang alert yang akan bawak bekalan,
yang lalai.. suke sgt dok kat R&R 2, sampai x nk teruskan perjalanan, dok lepak2 habiskan waktu... riang ria hari raya...
hmm... lebey kurang macam tu la...
ingat balik ikrar kita pada Allah, 5 kali sehari,
bahawasanya solatku, ibadahku, hidup dan matiku hanya untuk Allah s.wt semata
0 kata - kata:
Post a Comment