mUKa suRAt

Saturday, January 31

Aku memohon bantuanMu, Ya Allah


Daripada sekeping hati yang cintakan kebaikan dan bercita-cita agar mawar - mawar syurga mengecapi kemanisan iman…

Daripada sekeping hati yang bimbang mawarku akan berjauhan daripada Allah… yang bimbang hatimu menjadi gelap… yang bimbang keburukan-keburukan yang akan mencacatkan lembaran amalan mu mawar, hasil daripada pandangan nakal para pemuda dan pemudi yang menjadikanmu sebagai ikutan kerana tidak menutup aurat, meskipun hatimu dipenuhi dengan segala kebaikan… meskipun segala kebaikan yang kau lakukan, daripada kepingan hatiku ini, aku mengharapkan kebaikan untukmu mawar. Kuatkan semangat dan bermulalah dari sekarang! Ucapkanlah “aku memohon bantuanMu, wahai Tuhanku! Bantulah daku menghadapi diriku sendiri dan godaan-godaan dunia… Aku bertawakkal kepadaMu, wahai Tuhanku. Engkaulah segala-galanya bagiku… Tiada Tuhan bagiku selainMu. Maka perelokkanlah seluruh hal ehwalku.”

Wednesday, January 28

mUsLiMaH

Muslimah... ingat lah sayang... tika lelaki datang selangkah...
kau lari beribu langkah....


Muslimah sayang.....
Kau yakin dengan ketentuanNya tatkala Dia
menguji mu dengan kegagahan seorang lelaki...
Kau yakin dan percaya bahawa jodoh pertemuan itu... sudah tercatat olehNya....
Keperibadianmu yang mencorak keperibadiannya nnt...

Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandanganya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat."

Muslimah yang dikasihi Allah....
Hidup mu bukan hanya sebagai perhiasan..
Hidupmu untuk islam...
syahidmu kerana islam...
istiqamah dalam perjuanganmu muslimah...
kerana kau mujahidah muda pembawa agama...


C.I.N.T.A ??


Mereka yang tidak menyukainya menyebutnya satu bebanan,
Mereka yang tidak serius dengannya, menyebutnya satu permainan,
Mereka yang tidak memilikinya, menyebutnya satu impian,
Mereka yang mendambainya, menyebutnya satu takdir.
Adakalanya, Allah sememangnya mengetahui yang terbaik tetapi diberinya kesusahan untuk menguji kita.
Adakalanya sehingga melukai hati, supaya nikmat sesuatu cinta itu lebih dihargai.
Jika kita kehilangan cinta, ketahuilah.. pasti ada alasan di sebaliknya.
Alasan yang kadang-kala sulit untuk dimengertikan, namun kita tetap harus percaya bahawa ketika Ia mengambil sesuatu, Ia telahpun bersedia untuk memberikan yang lebih baik.
Kenapa harus sesuatu cinta itu mengambil masa?
Kerana walaupun kita ingin membuat satu keputusan, kita tidak ingin tergesa-gesa.
Kerana walaupun kita ingin tergesa-gesa, kita tidak ingin membabi buta.
Kerana walaupun kita ingin segera menemui cinta, kita tidak ingin sesat dan kehilangan arah dalam proses pencarian itu.
Jika ingin berlari, belajarlah berjalan dahulu,
Jika ingin berenang, belajarlah mengapung dahulu,
Jika ingin dicintai, belajarlah mencintai dahulu.
Apakah kita perlu tergesa-gesa mencari orang yang kita inginkan, lalu menimbang memilih apa yang ada.
Atau hanya menerima orang yang kita cintai, lalu memuaskan diri dengan apa yang ada.
Atau bersabar untuk mencari orang yang tepat, kerana sesungguhnya hidup ini terlalu singkat untuk disia-siakan hanya untuk bersama pilihan yang salah.
Perlu diketahui, tiada bunga yang boleh mekar semalaman dan tiada kota yang boleh terbina dalam sehari,Inikan pula kehidupan, yang perlu dikandung dahulu selama sembilan bulan,Oleh itu, sesuatu cinta yang agung perlu disemai dan dewasa bersama kehidupan.Kebanyakkannya, sesuatu perkara yang indah dalam hidup ini tidak terjadi dalam sekelip mata. Adakalanya perlu mengambil masa yang lama, dan ketahuilah.. segala penantian itu tidakkan sia-sia.
Walaupun penantian itu memerlukan - keimanan, kesabaran, keberanian dan pengorbanan tetapi percayalah - penantian yang diberkatiNya menjanjikan satu cinta indah yang tidak terbayangkan.

aZam???

18 Jan 2009 telah diadakan program Fasilitator anjuran ISIS dan Masjid Mardi...

Alhamdulillah... banyak input yang dapat digarap dan diaplikasikan... insyaAllah...
mmg jd azam ana untuk berubah menjadi yang lebih baik daripada sekarang... salah satu penceramah ada mengatakan bahawa anggaplah dan tanganilah dengan kasih sayang... gunakan mata hati untuk membuat sesuatu keputusan.. dan ingatlah.. pabila kita melihat kesalahan orang lain.. ingatlah bahawa kesalahan kita lagi besar dari itu.. jadikan ianya sempadan dan teladan bagi kita.. kita bukan terlalu baik untuk mencari kesalahan orang lain... program ini juga telah banyakmengajar ana erti hidup yang sebenar.. tujuan kita hidup adalah untuk beribadat kepada Allah.. seperti yang telah difirmankan oleh Allah dalah surah Al-Mulk.. "Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun"... Alhamdulillah.. Allah sayang pada kita semua.. sayang pada ana.. disaat ana berduka, saat ana memerlukan.. Dia sentiasa ada disini... di hati... insyaAllah... azam ini boleh diaplikasi semua muslimat... kerana ingatlah bahawa..
wanita ibarat rama - rama penghias segenap alam...
kepaknya yang pelbagai corak dan warna...
pasti tidak pernah terlepas pandang oleh setiap mata yang memandang..
begitu gah membawa diri dan maruahnya..
terlalu indah sehingga ada yang sanggup merampasnya tika rama - rama itu lekadan lalai...
berbeza dengan rama - rama yang sedar dan berjaga - jaga...
kecantikkannya pasti terpelihara dan kekal dalam lindungan-Nya

Tuesday, January 13

Cabaran? Dugaan.. Ikhlaskan diri

Salam kasih buat saudara seislam dimana sahaja yang berada...
Mawar, sedang kita sedang enak dibuai mimpi, saudara kita mempertahankan diri dan maruah mereka di sana.. sedang kita kenyang menyantap makanan, insan disana mengikat perut kelaparan.. tiada apa yang lagi membimbangkan daripada melihat umat islam di palestin, semenanjung ghaza ditindas, dihina, dianiaya...

Ya Allah,
bantulah saudara-saudara kami di Ghazah yang dilanda kelemahan.
Ya Allah, sesungguhnya saudara-saudara kami di Ghazah kelaparan maka penuhilah rezeki mereka. Mereka diambang ketakutan maka berilah keamanan kepada mereka.
Ya Allah, kasihani penderitaan mereka. Dan perbaiki ketidakseimbangan mereka dan kuatkan keazaman mereka. Peliharalah mereka dengan agama dan himpunkan pendirian mereka, satukanlah barisan-barisan mereka.
Ya Allah, peliharalah maruah mereka.
Ya Allah, jadilah penjaga kepada keluarga mereka.
Ya Allah, lepaskan mereka daripada kesusahan dan keperitan hidup....
perkenankanlah doa hambamu ini Ya Allah...
Rahmati mereka ya Allah...
Ameen.. ya Rabbal alamin....

Mawar - sEINDAH mu Wanita


Mawar pertama:
ingatlah, Tuhanmu akan mengampuni orang yang meminta keampunan, menerima taubat orang yang menyesal atas dosa - dosanya, dan menyambut setiap hamba yang kembali ke jalan-Nya.

Mawar kedua:
Sayangilah orang 2 yang lemah, nescaya engkau akan bahagia; bantulah orang - orang yang memerlukan, engkau akan mendapat kepuasan; janganlah engkau tebarkan kebencian, agar engkau selalu selamat.

Mawar ketiga:
Optimislah, kerana sesungguhnya Allah selalu bersama kamu, para malaikat sentiasa memohon keampunan untukmu dan syurga telah menantimu.

Mawar keempat:
Hapuslah air matamu dengan berbaik sangka kepada Allah. Usirlah segala duka dengan mengingati semua nikmat - Nya yang telah dilimpahkan kepada mu.

Mawar kelima:
Jangan pernah menyangka bahawa di dunia ini ada orang yang mendapat kesempurnaan, kerana tidak seorangpun yang dapat memperolehi setiap yang diinginkannya.

Mawar keenam:
Jadilah seperti pohon kurma; tinggi cita - citanya, kebal dirinya dari penyakit, dan bila dilempar dengan batu, ia akan membalasnya dengan buah kurmanya yang sedap.

Mawar ketujuh:
Pernahkah engkau mendengar bahawa kesedihan dapat mengembalikan sesuatu yang telah berlalu dan duka lara dapat memperbaiki sebuah kesalahan? bila tidak, mengapa engkau bersedih?

Mawar kelapan:
Janganlah mencemaskan datangnya ujian dan bencana, tapi bahagialah dengan keindahan, kedamaian dan kesihatan yang pasti datang dengan izin Allah.

Maawar kesembilan:
Padamkanlah api kedengkian didadamu dengan memaafkan semua yang pernah berbua salah denganmu.

Mawar kesepuluh:
Mandi, wudhu', wangian, bersugi dan kekemasan serta bertawakal kepada Allah adalah ubat mujarab untuk mengatasi segala kerisauan dan kesempitan.