1 muharam bakal menyusul beberapa hari lagi
hari dimana kisah 1431 tahun lampau kembali di peringati
sekarang sudah tahun yang ke 1432 peristiwa bersejarah itu berlaku
tahu apa yang sedang di perkatakan ni??
(^_^)"
peristiwa detik bersejarah dalam dunia islam, dimana peristiwa penghijrahan Rasulullah serta umat islam yang lain, daripada Mekah menuju ke Madinah (thoif)
penghijrahan ini bukan sahaja memberi kesan dalam kalendar islam dimana bermulanya catatan kalender islam ihijrah, tetapi merupakan satu bentuk penghijrahan dalam diri umat islam keseluruhannya. Hijrah Rasulullah s.a.w dan para sahabat r.a adalah bertujuan menyelamatkan agama dan akidah, mencari jalan bagi melicinkan usaha memantapkan penghayatan agama dan merupakan usaha mengembangkan risalah Islam kepada seluruh manusia sekalipun mereka terpaksa menanggung kerugian duniawi. Abu Bakar dan Abdul Rahman bin Auf r.a telah meninggalkan semua harta mereka di Mekah untuk berhijrah ke Madinah setelah kaum muysrikin Mekah menghalang mereka membawa bersama-sama harta mereka.
hijrah yang bukan sahaja pada fizikal dan tempat tinggal mereka, tapi penghijrahan minda juga rohani yang dilakukan. kekuatan penghijrahan ini hanya dapat dilakukan bila mana keimanan dan ketaqwaan juga pengharapan kepada Allah lebih daripada segalanya. inilah yang patut di contohi oleh sekalian umat islam pada masa kini.
penghijrahan itu perlu untuk menjadi lebih baik dari sebelumnya. penghijrahan memerlukan kebersediaan dalam diri kita, tapi itu bukan satu alasan untuk kita berdalih, dengan mengatakan kita masih tidak mempunyai kekuatan untuk berubah. ya, disinilah waktu untuk kita lebih mendekatkan diri kepada Allah, lebih terus mengharap petunjuk dan keredhaan Allah. andai kita hanya melihat dan memikirkan percakapan, umpatan orang sekeliling mengenai keadaan perubahan kita, sampai bila pun manusia tak akan berubah. masih di takuk lama, menanti diri di jajah orang.
memang.. memang tidak dinafikan, penghijrahan itu perit, sukar dan payah, ada kalanya rebah di persimpangan jalan, lebih lagi di henyak dengan tomahan dan gelakkan sinis masyarakat sekeliling. tapi, percaya atau tidak,
hujungnya manis~~
subhanaAllah..
peringatan untuk diri ini juga...
memang sukar untuk mengubah tabiat atau perlakuan atau apa2 sahaja
tapi,,
percaya atau tidak
Allah tidak melihat pada pencapaian tapi sejauh mana usaha yang dilakukan oleh kita
bukan bilangan ibadah yang kita harus tonjolkan,
tapi kualiti juga sejauh mana kita istiqamah terhadapnya
biar sedikit
tapi bernilai
moga Allah terima setiap perilaku kita
teringat kata - kata seorang sahabat
"bagaimana kita sanggup menyatakan kitalah mujahid/mujahidah padahal masih ada sikap munafiq dalam diri?"
berubahlah selagi termampu
berhijrahlah selagi Allah sayang pada kita
memang penghijrahan itu pahit dan melelahkan
kerna dunia ini sememangnya penjara
bagi orang - orang yang bertaqwa
p/s: semoga 1 muharam yang bakal menjelma
menjadi satu titik permulaan
seorang mujahidah yang dahagakan kasih ilahi
= jom koreksi diri! buat plan dan perancangan untuk masa hadapan kita =)
0 kata - kata:
Post a Comment