mUKa suRAt

Sunday, February 13

betulke nabi berpolitik???

suatu hari, perbualan seorang MAHASISWA bersama SEORANG PELAJAR

MAHASISWA> PRK is around da corner, hang nak pilih mana untuk memegang tampuk pimpinan universiti kita? Aspire ke Prestij?

PELAJAR> Hmm.. maleh aku nk ambik port, nak jadi neutral jah

MAHASISWA> uish... mana leh jadi neutral, x takut dengan amaran Allah bagi mereka yang tiada sikap pedulisme?

Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk (isi neraka Jahannam) kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai. (al - a'raf:179)

> tambah - tambah lagi sirah nabi sohih menunjukkan nabi dahulu pown berpolitik....

PELAJAR> E’eh betul ke Nabi Muhamad pun berpolitik? Mcm tak percaya je… macam mana baginda berpolitik? Ada masuk bertanding ke??? Musykil2...

MAHASISWA> Eh, betul la nabi dahulu mmg berpolitik pn. Kau ingat politik tu PAS, DAP, UMNO je ke? Tu parti politik je..politik Islam luas sebenarnya...

PELAJAR> Tak pernah pulak aku dengar tentang politik islam??eiiii tak nak la aku tahu dan terlibat dengan politik ni...kotor r politik ni..kutuk org tu, kutuk org ni….

MAHASISWA> Eh, mana boleh cakap macam tu. SEKULAR namanya. Nilah buktinya Barat berjaya doktrin umat Islam iaitu mengasingkan kehidupan dengan agama. Nabi dah ajar semuanya..Islam tu kan cara hidup. Haa, berbalik pd td...tu la kau, fikiran sempit. Apa maksud politik sebenarnya? Politik dlm b.arab SIASAH yg b’maksud mengawal, mengatur, mentadbir. Jadinya setiap perkara kita buat mmg sebenarnya berpolitik pun.

Imam Ibn Taimiyah dalam bukunya siasah syariah “ WAJIB DIKETAHUI MEMIMPIN URUSAN MANUSIA ADALAH KEWAJIPAN AGAMA YG PALING BESAR..”

PELAJAR> Jadinya, keterlibatan kita dalam mana2 organisasi sebenarnya kita BERPOLITIK??? macam MPP, MTM , pengerusi Kelab, Persatuan??? macam tu? mudah kata, terlibat dlm kepimpinanla ea??

MAHASISWA> Pandai pn kau. Betul la tu.pentingnya pemimpin dlm Islam sehingga dalam sirah, sebelum dikebumikan Nabi pn, dilantik dahulu ketua bg m’gantikan Nabi .& akhirnya t’lantiklah Khalifah Abu Bakar. Yg ke2 nya, dalam hadis ada menyebut “APABILA KELUAR 3 ORG DLM 1 MUSAFIR,MAKA HENDAKLAH SEORG DILANTIK MENJADI KETUA”...haa nmpk tak mcm mana Islam tekankan kepimpinan?

PELAJAR> Ok faham. Tp mcm mana nak kait kepimpinan dgn politik? Apa bukti Nabi berpolitik?

MAHASISWA> Pemimpin akan mengatur, merancang, mentadbir organisasi & mengeluarkan arahan kpd anak buahnya. Betul tak ? cth mcm CEO syarikat, dia ketua dan mentadbir syarikatnya? dan bukankah td maksud siasah adalah mengawal, mentadbir.. ?? Emm bukti politik Nabi, apbila sampai shja Madinah dlm peristiwa Hijrah ,nabi dilantik m’jd ketua dan nabi m’buat perlembagaan Madinah..situasi ni sama je dengan CEO td Cuma bezanya bidang berlainan...faham tak?

PELAJAR> Ooo baruu… faham. Ingatkan tak pernah ada politik islam? So nk pilih pemimpin, kena pilih betul2 la…. apa ciri - ciri pemimpin dalam PRK nie yang nak dipilih?

MAHASISWA> Hmm.. ini part paling penting nie. untuk pengetahuan pelajar, Pemimpin yang Allah janjikan bantuan kepada mereka itu adalah mereka yang mendirikan solat, menunaikan zakat, menyuruh berbuat yang makruf serta mencegah perbuatan yang munkar‘.

Didatangkan lagi ayat Allah dalam surah Al Baqarah bilangan ayat ke 124 berbunyi:

Berkata Allah (kepada Ibrahim), ‘Sesungguhnya Allah akan menjadikan kamu Imam (pemimpin) untuk manusia’. Berkata Ibrahim, ‘Dan juga dari keturunanku.’ (Berfirman Allah), Janji-Ku tidak akan diberikan kepada mereka yang zalim‘.

Sekali lagi Imam Qartubi dalam Al Jamik li Ahkamil Quran berkata, “Ayat ini (iaitu al-Baqarah ayat 124) merupakan dalil bagi satu jemaah ulama Islam bahawa pemimpin-pemimpin mestilah dari golongan yang adil, ihsan dan mulia…..Adapun yang fasiq dan zalim mereka tidak layak menjadi pemimpin“.

Tambahan ayat bimbingan dari Al Quran adalah dari surah An Nur bilangan ayat ke 55

PELAJAR> Wah, seriau gak ya, mmg perlu untuk pilih betul2 nie, ya, saya perlu laksanakan tugas saya. mengundi....

MAHASISWA> Ha.. itu yang perlu, jangan tersalah pilih sudahla ya~~ :)


3 kata - kata:

Anonymous said...

ayu..
kalo aku nk kongsi ko pnya crita ne bleh x?

ashilla said...

boleh je~~ ni adaptasi dr pmiupm punya notes di fb

Anonymous said...

thanks bendahari,,
hehhehe