mUKa suRAt

Monday, April 13

Pesanan Buat MaWAr LinDUNgan


Wahai Mawar ku
Mawar yang dikasihi,
Peliharalah auratmu walau di mana kau berada
Dan jangan biarkan keindahan dirimu
menjadi tatapan lelaki yang bukan mahrammu

Mawar yang dikasihi,
Peliharalah solat mu, tundukkan pandangan matamu
Di hadapan lelaki yang bukan milikmu
Kelak engkaulah yang bertuah
ketika menjadi tetamu ALLAH
Moga-moga dirimu disambut penuh kasih
oleh bidadri Syurga Ainul Mardhiah


Mawar yang dikasihi,
Berakhlaklah dengan panduan dari Rasulmu
Contohi dan ikuti
Pastinya engkau yang bahagia
Sejuk mata memandang bercahaya dunia
Dengan hiasan Mawar solehah
Sepertimu

Mawar yang dikasihi,
Jangan biarkan dirimu hanyut dengan arus kemodenan
Tanpa bekalan ilmu di dada
Renungilah masa depanmu
Tetapkan iman di dada
Moga ia menjadi perisai buat dirimu
Jangan kail panjang sejenkal
Lautan dalam hendak diduga

Mawar yang dikasihi,
Nilai cintamu hanya pada ALLAH yang satu
Kasihi tuhanmu………
Redhalah Islam menjadi agamamu
Pasti tiada kecewa buatmu

Mawar lindungan,
kelak satu hari nanti ada insan yang menantimu
Berkat kasihmu pada ALLAH yang satu
Pasti itulah insan yang menjadi cintamu didunia
Wasilah dari ALLAH………….

Moga bertambahlah redha ALLAH pada mu
Melimpah kasihNYA padamu
Kerana engkau meletak kasihmu padaNYA dahulu
Sebelum cinta pada kekasih
Yang menjadi pilihan hatimu

Saturday, April 4

PeLiKnYe......

sALam UkhwaH....

kelmarin....
baru mawar dapat tahu..
situasi sebenar yang terjadi sekarang...
kelakar + sedih
kerana mereka bukan mereka yang tidak mempunyai ilmu
tapi mereka yang memegang organisasi tersebut

peliknye...
bila mereka mementingkan periuk nasik sendiri daripada Agama Allah...

peliknye..
bila mereka takut pada nama
takut pada mujahid pembawa islam...

lagi pelik
bila segala kerja islam diragui..
dipandang negative
dipandang serong
diperlekehkan..

hairan... pelik....
namun.. itulah dunia..
itulah malaysia
itulah yang dinamakan "keadilan"

sahabat nabi... meletakkan agama dikepala dan dunia di tangan...
pabila agama nak jatuh, dunia dilepaskan... untk jaga agama...

tapi sekarang...
mereka meletakkan dunia dikepala dan agama ditangan...
pabila dunia nak jatuh, agama dilepaskan.. untk jaga dunia...

pelik.. tp benar...

"Ya ALLAH, tetapkanlah iman ku, agar aku dapat terus berjuang kerana AgamaMU"

Catatan Hidup Wanita Di Gaza.....

Hayatilah...
Alhamdulillah malam semalam, Selasa 24.3.09 saya dapat mendengar penyampaian dari Puan Rasya Al Adlouni (Ummu Muhammad) yang merupakan isteri kepada As Syahid Dr Abdul Aziz Ar Rantisi di Masjid Negeri Shah Alam. Melihat kepada kekuatan ucapannya dengan suaranya yang begitu bersemangat sambil berdiri terasa seolah-olah yang berucap itu adalah As Syahid Dr Abdul Aziz Ar Rantisi sendiri. Itulah tarbiyah yang telah dilaksanakan oleh Dr Abdul Aziz kepada isterinya yang akan meneruskan usaha-usaha dakwah dan jihad di Palestin walaupun beliau telah pergi menemui Allah swt dalam keadaan "Hidup Dan Mendapat Rezeki DariNYA".Puan Rasya Al Adlouni adalah simbol kegigihan wanita Gaza yang telah membuktikan bahwa semangat dan kekuatan wanita yang beriman benar-benar boleh kita jadikan contoh tauladan bagi kaum wanita di negara2 umat Islam lain.

Walaupun umurnya sudah 55 tahun dan kini mempunyai 20 orang cucu, beliau masih mampu berdakwah dan menyampaikan kebenaran tanpa ditimpa oleh perasaan lemah dan gentar. Marilahkita menelusuri jejak dan kekuatan wanita2 di Gaza yang sentiasa melahirkan pejuang2 dan mujahid2 yang akan membebaskan bumi Palestin dari penjajahanIsrael.Inilah kisah sebuah bangsa di atas sejengkal Tanah Suci. Penduduk Syam yang merangkumi Palestin, Lebanon, Syria dan Jordan memang penduduk yang mempunyai sifat keteguhan. Banyak peristiwa yang pernah berlaku di sana dan akan banyak lagi yang kelak akan berlaku di sana di akhir zaman ini. Semua kita harus belajar dari peristiwa ini terutama umat Islam. Semua segi harus menjadi pelajaran termasuk dari sisi kemanusiaan sebagai wanita.Tahun baru 2009 dimulai dengan kisah duka bagi umat Islam iaitu peperangan di Gaza.
Pemandangan yang sangat memilukan. Namun Allah swt menjadikan peristiwa Gaza bukan sekadar untuk menjadi tontonan television dan bualan para wartawan untuk bulan tersebut.Apa yang kita dengar dari berita:
1. Seorang ibu dari keluarga Samouni di Gaza melahirkan anaknya di tengah-tengah suasana pengeboman.
2. Seorang wanita mengatakan: "Tidak, tanah ini milik kami, apapun yang mereka lakukan tanah ini milik kami, kami akan tetap menentang mereka (Yahudi)."
3. Seorang wanita muda pergi ke kedai roti untuk membeli roti dan terpaksa beratur berjam-jam di tengah-tengah ledakan bom di Gaza. Ketika ditanya oleh wartawan mengapa ia tetap pergi ke kedai roti padahal ia dalam keadaan tidak selamat, ia menjawab: "Tinggal di rumahpun kami dibom sedangkan saya perlu membeli roti untuk keluarga di rumah, jadi saya perlu laluinya juga.. kita hanya mati sekali."
4. Selama 22 hari perang, Israel berjaya membunuh 600 orang anak-anak Gaza dari lebih 1,300 mangsa yang meninggal, tapi selama masa itu pula lahirnya 3,500 bayi baru. Ramai wanita Gaza yang melahirkan kembar samada kembar dua atau kembar tiga.
Sungguh luar biasa, hanya sehari sesudah kedua pihak menyatakan gencatan senjatanya masing-masing, polis lalu lintas sudah bertugas di jalan-jalan di Gaza, bahkan sekolah dibuka kembali kurang dari seminggu sesudah itu. Para murid saling menyapa ketika pertama kali berjumpa: "Hai kamu masih hidup ya?"Wilayah ini sudah tidak mempunyai bangunan parlimen, tidak mempunyai balai polis (walaupun anggota polisnya bertugas) dan seluruh bangunan pemerintah sudah hancur dibom bahkan masjid-masjid dan hospital serta sekolah tidak luput dari pengeboman.Infrastrukturnya boleh dikatakan sudah hancur tetapi ternyata struktur masyarakatnya tidak hancur, sistem sosialnya tidak terhapus bersama bangunan-bangunanny a. Solat berjamaah tetap dilaksanakan di tengah-tengah hujan bom di antara runtuhan bangunan dan masjid. Bahkan masjid mengumpulkan dana dari sebahagian jama'ah yang masih mempunyai sesuatu untuk disumbangkan kepada jiran tetangganya yang lebih memerlukan. Inilah sebuah bangsa yang mempunyai daya tahan yang amat tinggi.
Jangan lupa, sebelum peperangan, Israel sudah mencekik Gaza dengan sekatan selama hampir 2 tahun dan itu menyebabkan semua penduduk Gaza mengalami kekurangan makanan kerana sukarnya untuk mendapatkan bahan makanan di samping harganya yang melambung tinggi.Dengan berita-berita seperti di atas kita telah mendapatkan gambaran betapa anak-anak Palestin dari generasi ke generasi telah ditempa oleh ujian berat dengan pelindung mereka yang tetap teguh yang terdiri dari para ibubapa terutama para ibu yang tetap menggenggam prinsip kesabaran di tengah-tengah ujian yang amat berat itu.
Kita boleh meninjau beberapa kriteria yang menambah kesabaran mereka iaitu:
1. Tidak lemah mental mereka
2. Tidak lemah penampilan mereka
3. Tidak lemah aktiviti merekaDari berita-berita yang diterima, para wanita Gaza tidak lemah mental mereka dan tidak akan mengalah kepada penjajah Israel, di mana kebanyakan mereka berpandangan bahwa perjuangan menentang penjajahan tetap akan diteruskan.
Tidak ada yang gementar ketakutan ketika mendengar deruan pesawat pengebom di atas kepala mereka. Jika ditanya, mereka berkata dengan nada tegas bahwa mereka tidaktakut kepada tentera Israel dan akan melawan dengan senjata alat dapur, jika berhadapan secara terus. Inilah di antara tanda tidak wujudnya kelemahan mental di kalangan mereka.Selain itu mereka tidak lemah penampilan di mana nampak jelas bahwa mereka tetap tegak ketika diwawancara oleh para wartawan, bahkan mereka masih boleh menyuarakan kekecewaan mereka kepada para pemimpin Arab yang tidak membantu mereka. Bahkan ada yang menunjukkan tangan ke arah kamera. Sikap tubuh mereka jelas menunjukkan bahwa mereka tidak lemah penampilan walaupun sesetengahnya dalam keadaan cedera dan menanggung kesakitan.Mereka juga tidak lemah dalam aktiviti mereka di mana walaupun tersisa sedikit kesempatan, mereka terus menjalankan aktiviti mereka samada ke pasar berjual beli, memakamkan ahli keluarga dan kerabat sehingga sempat pula bersilaturahim sesama saudara mereka di pasar. Di tengah-tengah aksi pengeboman, mereka sanggup beratur untuk membeli roti dengan mempertaruhkan nyawa mereka. Bahkan adaseorang ibu yang melahirkan anak di tengah-tengah pengeboman dengan hanya dibantu oleh ibunya dengan menggunakan lilin di malam hari.
Berikut adalah beberapa kesimpulan yang dapat dibuat:
1. Wanita Gaza adalah wanita yang sabar, ujian apapun yang menimpa tidak membuatkan mereka gentar ketakutan berbeza dengan wanita Yahudi di Selatan Israel yang sehingga perlu dibawa ke hospital kerana "stress" atau tekanan mental menghadapi roket2 Hamas.
2. Ketabahan mereka ternyata didasari oleh iman dan ketaqwaan kepada Allah swt. Kita melihat mereka mengekang perasaan kesedihan mereka dengan berdoa mengangkat tangan kepada Allah swt mengutuk kekejaman Israel ketika menghadapi keadaan di mana rumah mereka hancur dan ahli keluarga yang terkorban.
3. Kuatnya keganasan dan permusuhan Yahudi justeru membuatkan mereka tetap tegak, teguh dan menentang. Penentangan wanita Gaza bukan dengan mengangkat senjata, tetapi dengan menunjukkan keteladanan dalam sikap berani menghadapi kenyataan peperangan yang keras dan kejam ini di hadapan anak-anak mereka.
Nampak dari raut wajah mereka yang meskipun terurai dengan airmata tapi tetap berwajah tegar manakala anak-anak mereka menatap setiap bentuk bahasa badan ibu-ibu mereka. Pendidikan apa lagi yang terbaik dan paling efektif selain dari pendidikan menzahirkan keteladanan dalam kesabaran?. Cubalah kita amati bahasa tubuh mereka ketika diwawancara oleh para wartawan, baik semasa perang mahupun sesudahnya di mana keadaan mereka cukup tenang ketika menceritakan pengalaman mereka.Kaum wanita di Gaza tidak sesekali menyukai peperangan, namun jika peperangan merupakan takdir bagi bangsanya, kaum wanitalah yang memikul beban berat sebagai mangsa korban. Merekalah yang pertama sekali merasakan sukarnya hidup seharian di tengah-tengah suasana perang bermula dari persoalan mencari keperluan sehari-hari hingga kepada usaha menenangkan anak-anak mereka yang ketakutan.Belum lagi ditambah dengan jumlah mangsa korban utama sebagaimana di Gaza ini kerana senjata perang Israel sentiasa mengejar wanita dan anak-anak walaupun di tempat-tempat penginapan mereka..Bagi bangsa yang terjajah dan dizalimi seperti ini, masa depan bangsanya terletak di bahu mereka.
Kaum wanita Gaza tidak seharusnya menunjukkan kelemahan mental, ketakutan yang menimbulkan perasaan menyerah kepada musuh atau kelemahan aktiviti yang menyebabkan mereka tidak lagi dapat bergerak menjalani kehidupan mereka.Jika sikap-sikap kelemahan tersebut yang dilihat oleh anak-anak mereka pada hari ini, maka kita dapat bayangkan bahwa dalam masa 10 tahun ke hadapan, wilayah yang sekarang ini bernama Gaza mungkin akan berdirinya bandar-bandar pelancongan Israel dengan nama Yahudi sebagaimana nama Ashdod, Ashkelon, Sderot, Kiryat Shimona dan lain-lain.Ini kerana jika mereka (kaum wanita Gaza hari ini) lemah, maka anak-anak mereka akan tumbuh menjadi penakut dan mempunyai sikap mudah menyerah tetapi Alhamdulillah sekarang mereka tetap teguh dan InsyaAllah sampai hari Qiamatpun bangsa Yahudi tidak akan dapat merasa tenang dengan kezalimannya kerana akan sentiasa ada yang menentang mereka dari satu generasi ke generasi Palestin yangbaru.Inilah yang seharusnya kita belajar daripada mereka.WAS

Wednesday, April 1

mUjAhiDaH sekuNTum MawAR



ASSALAMUALAIKUM salam Perjuangan...

MAWAR LINDUNGAN ALLAH...
maaf kerana sudah lama tidak membuat coretan disini...
mawar dalam mujahidah sayang...
menguatkan kembali hati ini...
gersang cintakan illahi...

Mawar sayang...
maaf sayang...
mawar tidak segagah Saidina Ali...
Mawar tidak setegas Aisyah...
baru - baru ini mawar berazam...
meningkatkan & memantapkan diri ini...
hati berkobar berjuang demi kekasih...
tp diri perlu disiapkan dahulu...

Mawar sayang...
tak tahu mengapa melayu sendiri..
kurang senang dengan sesebuah organisasi yang membawa islam...
apa salah organisasi tersebut?
mengapa cita - cita murni organisasi ini disalah tafsir...
mawar sedih sayang...
mawar kecewa...

Mawar sayang...
doakan hati ini tetap dalam iman...
tetap dalam perjuangan sayang...
walau digasak
namun...
Hidup sebagai mujahidah
Mati syahid kerana Allah....

Mawar sayang
sekali kita melangkah...
teruskan perjuangan sayang...
Allah sentiasa ada bersama mu...
yakin lah padanya...
LAILAHAILALLAH...

"Katakanlah, jika kamu menyintai Allah maka ikutilah aku nescaya Allah akan mengasihanimu" ( Q.S Al Imran :31)

Thursday, March 19

mAnA pERJuanGaN mU MaWar




Tiap kalam tidak putus tanpa pujian kepada Allah pada permulaan,

ASSALAMUA'LAIKUM W.B.T
Sayangku Mawar,

Sedih hiba kecamuk fikiran memikirkan mu Mawar,
Berdarah hati tatkala kamu bergini Mawar,
Jaga Ikhtilat, Jaga cara Berpakaian, Jaga Akhlak Mawar!!
Mana perjuangan? mana kata2 semangat kamu itu Mawar???
sedih... kecewa...
namun aku manusia biasa, bukan sesiapa,
Takutlah pada ALLAH mawarku sayang....

Ya ALLAH...
Maafkan Mawarku yang sekuntum ini,
Mawar laqha Ya ALLAH,
memikirkan pandangan orang lebih dari pandangan Mu Ya Tuhan,
Ampunkan mawar, Terimalah taubat mawar...

Tuhan Pencipta Alam,
ALLAH yang Maha penyayang,
Mawar masih lagi ingin bermujahadah pada jalan Mu Ya ALLAH,
Mawar masih lagi ingin menjadi mawar yang berduri dilindungi rahmat Mu
ALLAH kekasih hati...

Mawar malu...
mawar malu pada Mu,
Malu pada teman seperjuangan,
Mawar tak tegar,
mawar bersalah Ya ALLAH,
Maafkan Mawar yang hina ini

Ya ALLAH,
BERILAH mAWAR peluang memperbaiki diri yang hina ini,
biar apapun yang berlaku,
Mawar,
tetap sekuntum Mawar yang letakkan
Hidup Mati
Hati dan perasaan
Jiwa dan Raga
Hanya Padamu
ALLAH Tuhan ku
Tujuan Kehidupan ku

Redhai aku Ya ALLAH

Sunday, February 22

Aku mAsiH mEncarI? si dia @ DIA??


mAwaRkU sAYaNg,

Jika mahu mendapatkan yang soleh, kurangkan sedikit agenda menCARI si Soleh, tetapi berusahalah menJADI yang solehah. Jika inginkan yang solehah, janganlah cerewet sangat menCARI yang solehah, tetapi berusahalah menJADI yang soleh.

Bertemu yang solehah, solehahnya dia belum tentu kekal. Bertemu yang soleh, solehnya boleh berubah… kerana si solehah dan si soleh adalah insan biasa.
Tetapi jika semua orang fokus kepada JADI dan bukannya CARI, maka ramailah calon, dan mudahlah sedikit kehidupan. Dan kita sendiri tidak bimbang untuk berumahtangga dengan pasangan ‘itu’ walaupun mungkin tidak 100% (30% pun belum tentu) mengenalinya.

Apa yang nak dibimbangkan, kita berkahwin sebagai sebahagian daripada proses untuk MENJADI, bukan MENCARI.-sebaik-baik suami adlh Rasulullah SAW- Allahu a'lam
"wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik"

Monday, February 9

PeSaNaN unTuk mAwaR TerIndah

MAwar sayang,
kenapa nie?
kenapa keputusan bergini?
mawar sayang, apa yang telah terjadi padamu sayang?
malas, tak baca buku, mana janji fikrahmu ?
mengapa perangai masih bergini sayang?
kenapa tak istiqamah sayang?
mawar sayang, kita kena ingat,
tugas kita sangat berat sayang,
jangan bazir masa sayang,

Mawarku yang terindah,
Belajarlah bersungguh - sungguh,
untuk agamamu,
jaga akhlakmu,
Jauhi maksiat,
kekang nafsumu sayang,
Jadikan Allah tempat kamu bergantung.

Mawarku yang kukasihi,
usahlah lakukan perkara sia - sia,
kurangkan tidurmu,
bangun sayang, bangun,
lihat ibu dan ayahmu itu,
kasihan mereka,
berhempas pulas kerja,
membanting tulang tua mereka,
demi kebahagiaan mu sayang,

Kenapa kamu tegar
melakukan sesuatu yang memalukann mereka?
kamu tegar meluhat ibumu teresak - esak menangis
ayahmu kecewa?
derhaka kamu mawar, MasyaAllah...
ubahlah sayang,
istiqamahlah sayangku,
sebelum masa terlambat,
sebelum ibubapamu tiada lagi,
sebelum kamu menghadap Kekasih abadi...