mUKa suRAt

Saturday, September 18

kembali pulang~~

alhamdulillah, setelah penat beraya, hari ini aku kembali ke UPM untuk meneruskan pengajian ku. aku amat berharap pentarbiyahan yang aku dapat semasa Ramadhan lepas masih utuh dalam genggaman ku. aku juga berharap agar hadiah dan nikmat yang telah diberi oleh Allah pada malam raya itu tidak aku persia =) Ya Allah.. aku amat berharap dengan rahmat dan redha Mu...

Banyak perkara yang perlu aku selesaikan pada minggu depan, agar segala perjalanan ku dan gerak kerja aku tidak terbengkalai =)
aku juga amat berharap agar kami lebih kuat untuk menghadapi dugaan dan rintangan serta ujian yang Engkau berikan kepada kami. ya,, kini aku akui bahawa dalam hidup perjuangan, kita tidak boleh berseorangan, lagi - lagi bagi aku nie yang memang seorang yang lemah~~ banyak dosa,, untuk berjuangn di jalan Allah, kita perlu bersama-sama,, dan aku juga, perlu sahabat yang membantu aku juga aku membantu nya dalam menegakkan syiar islam...

Ya sahabat, aku amat memerlukan mu, bukan aku tidak percaya pada janji Allah bahawa hanya Dialah penolong dan tempat aku meminta pertolongan, tapi ingatlah sayang, Allah menyukai mereka yang berperang ddalam jalan Allah dengan bersatu padu seperti satu bangunan yang kukuh dalam ayat cintaNya ass-saff : 4,


sahabatku sayang, aku mohon, agar aku bisa menjadi sahabat mu yang mana kita berkasih sayang hanya kerana Allah, dimana pertemuan dan perpisahan ini hanya kerana Allah,,,

''Maka tatkala Isa mengetahui keingkaran mereka (Bani Israel) berkatalah dia: "Siapakah yang akan menjadi penolong-penolongku untuk (menegakkan agama) Allah?" Para hawariyyin (sahabat-sahabat setia) menjawab: "Kami lah penolong-penolong (agama) Allah. Kami beriman kepada Allah; dan saksikanlah bahwa sesungguhnya kami adalah orang-orang yang berserah diri.'' Al- imran : 52

0 kata - kata: