mUKa suRAt

Wednesday, December 22

semakin tua,,, semakin dekat kematian,, semakin...

hari ini genap usia aku yang menjangkau puluhan tahun, hmm... sudah semakin tua aku rasakan,,,

ulang tahun kelahiran itu sebenarnya tarikh keramat bagi aku mengingat kembali aku semakin hampir dengan kematian... apakah pekerjaan dan kelakuan yang telah aku sediakan bagi menghadapinya?

hmm.. entah lah.. mungkin ianya boleh menjadi satu faktor anjakan paradigma dalam diri aku untuk tidak terlalu manja!
ya! terlalu manja! manja dalam menghadapi pelbagai karenah dunia,, baru kena masalah sedikit sudah berputus asa,, (~_~)"

mungkin jua tarikh itu sebenarnya bukan ada apa - apa pada kita, ya.. cuma yang membezakan hanyalah umur kita, anjak hanya satu tahun,,, mungkin juga ianya salah satu pembaharuan untuk kita,, aku sudah boleh mengundi!! huhu....

tapi, apa yang aku pasti,, anjakan umur ini mungkin boleh jadi pencetus kepada aku untuk lebih matang dalam menghadapi pelbagai rintangan, halangan dan dugaan untuk aku jadikan bekalan di "sana" nnt.. aku juga harapkan agar aku lebih kental dan tak manja! dalam menangani situasi yang menyerang diri aku sendiri...

biar kenangan silam yang menjerut aku sebelum ini tinggal hanya sebuah kenangan walau ianya mencalit seribu luka yang memberi kesan pada aku buat selamanya... bukan dendam, tapi guide line untuk aku bertahaluf siasi dengan sebilangan pihak yang masih belum "matang" menangani hati dan perasaan nya.. hehe,, itu lah harapan aku~~`

dan harapan aku sempena dekatnya tempoh kematian ini,,, aku harap agar......
hehe.. biarlah rahsia~~ (^_^)"

happy burfday!!!

Friday, December 3

HijRah = anJakan paradiGma

1 muharam bakal menyusul beberapa hari lagi
hari dimana kisah 1431 tahun lampau kembali di peringati
sekarang sudah tahun yang ke 1432 peristiwa bersejarah itu berlaku
tahu apa yang sedang di perkatakan ni??
(^_^)"

peristiwa detik bersejarah dalam dunia islam, dimana peristiwa penghijrahan Rasulullah serta umat islam yang lain, daripada Mekah menuju ke Madinah (thoif)

penghijrahan ini bukan sahaja memberi kesan dalam kalendar islam dimana bermulanya catatan kalender islam ihijrah, tetapi merupakan satu bentuk penghijrahan dalam diri umat islam keseluruhannya. Hijrah Rasulullah s.a.w dan para sahabat r.a adalah bertujuan menyelamatkan agama dan akidah, mencari jalan bagi melicinkan usaha memantapkan penghayatan agama dan merupakan usaha mengembangkan risalah Islam kepada seluruh manusia sekalipun mereka terpaksa menanggung kerugian duniawi. Abu Bakar dan Abdul Rahman bin Auf r.a telah meninggalkan semua harta mereka di Mekah untuk berhijrah ke Madinah setelah kaum muysrikin Mekah menghalang mereka membawa bersama-sama harta mereka.

hijrah yang bukan sahaja pada fizikal dan tempat tinggal mereka, tapi penghijrahan minda juga rohani yang dilakukan. kekuatan penghijrahan ini hanya dapat dilakukan bila mana keimanan dan ketaqwaan juga pengharapan kepada Allah lebih daripada segalanya. inilah yang patut di contohi oleh sekalian umat islam pada masa kini.

penghijrahan itu perlu untuk menjadi lebih baik dari sebelumnya. penghijrahan memerlukan kebersediaan dalam diri kita, tapi itu bukan satu alasan untuk kita berdalih, dengan mengatakan kita masih tidak mempunyai kekuatan untuk berubah. ya, disinilah waktu untuk kita lebih mendekatkan diri kepada Allah, lebih terus mengharap petunjuk dan keredhaan Allah. andai kita hanya melihat dan memikirkan percakapan, umpatan orang sekeliling mengenai keadaan perubahan kita, sampai bila pun manusia tak akan berubah. masih di takuk lama, menanti diri di jajah orang.

memang.. memang tidak dinafikan, penghijrahan itu perit, sukar dan payah, ada kalanya rebah di persimpangan jalan, lebih lagi di henyak dengan tomahan dan gelakkan sinis masyarakat sekeliling. tapi, percaya atau tidak,
hujungnya manis~~
subhanaAllah..

peringatan untuk diri ini juga...

memang sukar untuk mengubah tabiat atau perlakuan atau apa2 sahaja

tapi,,
percaya atau tidak

Allah tidak melihat pada pencapaian tapi sejauh mana usaha yang dilakukan oleh kita

bukan bilangan ibadah yang kita harus tonjolkan,
tapi kualiti juga sejauh mana kita istiqamah terhadapnya
biar sedikit
tapi bernilai

moga Allah terima setiap perilaku kita

teringat kata - kata seorang sahabat
"bagaimana kita sanggup menyatakan kitalah mujahid/mujahidah padahal masih ada sikap munafiq dalam diri?"

berubahlah selagi termampu
berhijrahlah selagi Allah sayang pada kita

memang penghijrahan itu pahit dan melelahkan
kerna dunia ini sememangnya penjara
bagi orang - orang yang bertaqwa
p/s: semoga 1 muharam yang bakal menjelma
menjadi satu titik permulaan
seorang mujahidah yang dahagakan kasih ilahi

= jom koreksi diri! buat plan dan perancangan untuk masa hadapan kita =)

Sunday, November 28

khutbah terakhir Rasulullah

Khutbah Terakhir Rasulullah SAW

"Wahai Manusia,dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

Wahai manusia,sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci,maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapa pun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi.Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba,oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dan dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar,maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti nya dalam perkara-perkara kecil.

Wahai manusia,sebagaimana kamu mempunyai hak keatas isteri kamu ,mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik,berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai manusia ,dengarlah bersungguh-sungguh kata-kata ku ini,Sembahlah Allah,Dirikanlah solat lima kali sehari,Berpuasalah di Bulan Ramadan dan Tunaikanlah Zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadat Haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah bersaudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama,tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal soleh.

Ingatlah,bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu Awasilah agar jangan sekali-kali terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

Wahai manusia,tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia,nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesumgguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara,yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya ,nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya.Itulah Al-Quran dan Sunnahku.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku menyampaikan pula kepada orang lain.

SEMOGA YANG TERAKHIR LEBIH MEMAHAMI KATA-KATAKU DARI MEREKA YANG TERUS MENDENGAR DARI KU...

Saksikanlah Ya Allah bahawasanya telah aku sampaikan risalah Mu kepada hamba-hamba mu."


(Khutbah ini disampaikan oleh Rasullah s.a.w pada 9hb Zulhijjah Tahun 10 Hijrah di Lembah Uranah,Gunung Arafah.)

Sunday, November 21

SeLamAt tingGaL sEm 1

haRi ini hari akhir peperiksaan akhir semester 1 sesi 2010/2011

aku? baru sahaja mendaratkan kuda "pink" di perkarangan kolej, kelihatan maHasiswa berjalan kaki pulang setelah berjuang di medan peperiksaan.. tamat sudah mereka berjuang di lembaran kertas.. aku baru memula kan langkah berjuang di medan perang.. ceh2...

pagi tadi baru sahaja pergi ke majlis walimah seorang sahabat di kampung, comel molek aku tgk,, huhu,, seram pun ade, tambah dengan suasana yang sebegitu,, tetiba aku yakin,, hmm,, aku dh besar rupanya.. :)

mood masih lagi terkesan dengan tarbiyah yang dapat hasil dari pembacaan buku sahabat "sinergi". aku perlu untuk matang dalam mengendalikan segala tugasan yang berkenaan dengan hidup aku... em,, sangat terkesan dengan kata - kata yang ditulis dalam novel tersebut.. insyaAllah, novel itu bukan hanya novel rekaan semata, tapi novel pembangun jiwa, yang dapat membangunkan hati insan seperti aku yang hampir kering~~~

ukwah yang erat itu landasannya iman~~~

iman... apa2 perkara yang telah berlaku, sedang berlaku dan akan berlaku andai Allah matlamatnya, insyaAllah, semuanya akan berjalan dengan lancar... kerna apa? kerna iman dalam hati manusia itu...

iman...

sukar untuk aku lakukan, bila hati itu keras di salut noda hitam yang gelap,, aku rasa bagai aku ini si Longgok Hitam,, tapi bila betul - betul menjadikan iman itu dasar, juga redha Allah itu tujuan

tiada apa bisa menghalang,, walau onak duri dan badai!!!!

aku..

perlu ubah persepsi, perlu ubah misi
perlu ubah matlamat

kerna menegakkan sistem islam itu bukan matlamat!
kerna redha Allah itu bukan wasilah!!

tapi...
perjuangan menegakkan sistem islam itu wasilah,, untuk matlamat yang satu!
mengharap MARDHATILLAH!!

Thursday, November 18

hari raya = hayati atau lupai?

setelah penat berperang d medan perang, alhamdulillah, segala - galanya ditentukan oleh Allah, aku?
hanya pasrah dan redha setiap ketentuan yang dipilih olehNya untuk ku, perkara yang perlu aku lakukan kini adalah tawakal dan berserah pada Allah, solat tahajjud banyak2, moga apa yang dilalukan mendapat BarokahNya,, tepat, pukul 4.00 petang, segala - galanya berakhir :)
maka dengan itu, aku bergegas menyiapkan diri untuk meraikan kemenangan di rumah sempena hari raya qurban,,

sedih, gembira, mahu ketawa, mahu menagis semuanya bercampar baur, hmm.. pabila bercerita soal raya Qurban ni, ada juga sahabat - sahabat di sini yang tiada rezeki untuk pulang berhari raya bersama keluarga, agak hiba juga pabila melihat sorang sahabat mengalirkan air mata tatkala mendengar laungan takbir raya pertama kali di Upm setelah usai solat magrib,, sedih juga melihatnya, al - maklumlah, pada waktu itu pown aku x balik lagi, masih lagi menggagahi keringat mengemas barang2 di dalam bilik untuk di bawa pulang sekali,,,

dalam perjalanan yang hening,,,,

dengan keadaan jalan raya yang agak sibuk di putrajaya, keadaan radio yang agak uzur membuatkan aku termenung sejenak, melayan fikiran yang secara tiba - tiba menerjah dalam benak kepala aku,,, ianya soal hari raya Qurban ini,, aku terfikir, adakah betul cara aku nie meraikan hari raya Qurban?? pengorbanan apakah yang aku lakukan sehingga aku patut meraikan nya? atau... adakah dengan perayaan ini aku dapat mengingati kembali sejarah pengorbanan Nabi Ibrahim dan mengambil iktibar darinya? aku merenung kembali... apa pula pengorbanan yang aku lakukan untuk islam umumnya??

sedih....

tetiba aku sedih,, (memang agak sensitif diwaktu itu)
penghayatan aku mengenai hari perayaan ini amat lemah sekali,,
sepatutnya aku bukan terlalu sebok untuk pulang berhari raya,
atau sebok untuk melihat berape banyak binatang qurban yang akan terqurban pada hari tersebut
atau sebok untuk mengira berapa juadah yang akan aku dan keluarga masak nanti

tapi...
aku patut untuk mengira dan menghayati erti pengorbanan yang sebenar
juga bersama keluarga memahami pengorbanan yang dilakukan terdahulu,
perayaan ini dikira sepatutnya untuk menaikkan kembali semangat juang dalam diri
untuk berkorban dan terkorban di jalan Allah


hmm,,
mungkin aku patut diberi lebih pentarbiyahan
agar tidak leka dengan lakonan nafsu duniawi
yang mana bertopengkan kebaikan dan kebahagiaan
yang mengambil label suci sebagai asasnya
tapi hakikatnya??

hanya Allah yang mengerti
aku celaru dengan diri aku

Friday, November 12

aku yang ....

di pagi yang hening, pagi jumaat penuh barokah, tenang dan damai, tapi aku? hampir - hampir tersungkur, alpa dengan nikmat dunia...
kadang - kadang sifat mazmumah itu menawan hati,, hmmm,, hati yang pernah berkarat ni mmg sukar nak di bersihkan, lebih - lebih lagi kekuatan mujahadah aku nie sangat lemah,,,
aku akuinya...

maafkan aku Tuhanku,,

mungkin Allah nak beri kembali kesedaran kepada aku, dalam dok sibuk melayan dunia,, aku terjumpa lagu sunnah perjuangan nie,, sedih,, hiba aku rasa,, :(
mana taknya,, dok pelaung, melaung melalak,, konon d kata pada diri sendiri meletak diri sebagai mujahadah,, namun aku GAGAL!
mmbntuk diri aku sendiri,,

ya,, mungkin aku boleh bertahan dari pada ujian kesusahan dan keperitan serta kepayahan hidup,,
tapi malang, sayang seribu kali sayang,, aku kecundang dengan ujian kesenangan dan kenikmatan palsu hidup di dunia,, :( ujian keselesaan dan kebahagiaan di dunia ini bagi aku ujian yang amat sukar untuk aku lalui,, senang cerita aku GAGAL menjadi seperti mereka! yang sedaya upaya, berbesar hati, melawan nafsu yang ingin pada dunia ini!!!

argh!!!

YA ALLAH!
ANDAI KEGEMBIRAAN DAN NIKMAT DUNIA YANG KAU BERI PADA AKU INI MENJADIKAN AKU LALAI DAN JAUH DARI KAU,
AKU MOHON YA ALLAH! AKU MOHON KAU AMBIL IANYA KEMBALI AGAR AKU MERASA DEKAT DENGAN MU YA ALLAH!
AKU MOHON! AKU MOHON DENGAN SANGAT :(


Sunnah Berjuang

Berjuang menempah susah
Menanggung derita menongkah fitnah,
Inilah gelombang hidup samudera duka
Seorang mujahid pemburu syahid

Dibuang dia berkelana
dipenjara dia uzlah dibunuh syahid
Namun jiwa tetap mara menuju cita

Berjuang tak pernah senang
Ombang derita tiada henti
Tenang tegang silih berganti
Inilah sunnah orang berjuang

Malamnya bagai rahib merintih sayu
dihiris dosa airmata
siangnya bagaikan singa di rimba
memerah keringat meluah tenaga

Berjuang memang pahit
kerana syurga itu manis
Bukan sedikit mahar yang perllu dibayar
bukan sedikit pedih yang ditagih

Berjuang ertinya terkorban
rela terhina kerana kebenaran
antara dua pasti terjadi
tunggulah syahid atau MATI!

Sunday, November 7

Selamat Berjuang Sahabat!

Minggu Final Exam telah tiba,

kepada sahabat - sahabat ku, selamat berjuang menempuh ujian ini,
dan jangan lupa ya, ujian ini bukan hanya ujian antara kita dengan ilmu yang dipelajari, tapi juga ujian antara kita dengan keyakinan kita terhadap Allah, sejauh mana kita meletakkan pengharapan kita pada Allah,, jadi, yang pertama berusaha lah sedaya upaya kamu
juga kemudian, bertawakal lah kamu kepadaNya
moga di permudahkan dlam menjawab peperiksaan

jadi~~ sewaktu nak jawab periksa, tingkatkan lagi ibadah kita pada Allah, tahajud pada malam hari jangan lupa tau =)
*pesanan tok diri juga =)
alt
banyakkan baca surah Al - insyirah
selawat banyak2

kat sini ad tips yang boleh di jadikan rujukan dr iluvislam.com
selamat beramal! =)

Anda inginkan petua-petua untuk menjadi pelajar cemerlang walau di mana sahaja anda berada?

Apa kata kita renungkan kembali beberapa petua atau tips kejayaan yang telah Allah SWT titipkan di permulaan surah Al-Mu'minun, surah yang ke-23 di dalam lembaran Al-Quran.

01.

Keyakinan, kepercayaan and keimanan kepada Allah SWT

"Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman." [23:1]

Iman dan kejayaan disebut oleh Allah SWT dalam ayat yang sama. Maka imanlah faktor utama kejayaan. Dan keyakinan yang tinggi inilah yang akan melahirkan sikap positif yang bakal disebutkan dibawah.

02.

Fokus, bersungguh-sungguh, sepenuh hati

"iaitu orang-orang yang khusyuk dalam solatnya." [23:2]

Lakukan satu-satu perkara dalam satu-satu masa. Jangan mencapah dan melayang fikiran ke sana ke mari. Lakukan dengan sepenuh hati, bukan sambil lewa.

03.

Prioriti. Mengutamakan apa yang utama.

"dan orang-orang yang menjauhkan diri dari lagha (perbuatan dan perkataan yang tidak berguna)." [23:3]

Kebiasaannya dalam menghadapi musim peperiksaan yang penuh tekanan, kita cenderung untuk berehat dan menenangkan minda dengan hiburan, menonton drama, bersembang di Facebook dan seumpanya sehinggakan selalu sahaja melebihi daripada masa rehat yang telah kita peruntukkan.

Sebaik-baiknya kita mengoptimumkan penggunaan masa untuk belajar, dan mengisi masa rehat kita dengan perkara-perkara yang berfaedah seperti membasuh, melipat atau menggosok baju, bersenam untuk melancarkan perjalanan darah di dalam badan dan bermacam-macam lagi yang anda sendiri lebih sedia maklum.

Namun, sebaik-baiknya kita gunakan masa rehat itu untuk mengambil wudu', melakukan solat sunat dan membaca Al-Quran. InsyaAllah apabila kita lebih rapat dengan Allah SWT, jiwa kita akan lebih tenang dan ia akan banyak membantu dalam usaha kita mengulangkaji pelajaran.

Kita dikehendaki menghindarkan diri dari perbuatan mengumpat pensyarah/guru kerana perkara-perkara sebegini tidak mendatangkan faedah kepada masa depan anda, tidak menambahkan markah untuk kertas peperiksaan yang bakal/telah diduduki, malah boleh mendatangkan dosa dan kemurkaan Allah SWT.

04.

Prihatin sesama kita

"dan orang-orang yang menunaikan zakat." [23:4]

Walaupun sedang berada di saat-saat genting, janganlah kita bersikap terlalu mementingkan diri, dan mengabaikan kawan-kawan yang lebih susah di sekeliling kita. Kongsilah apa yang termampu, samada ilmu, kertas-kertas soalan tahun lepas dan lain-lain. Sharing is caring.

05.

Jaga hubungan antara lelaki dan perempuan

"dan orang-orang yang menjaga kehormatannya. kecuali terhadap isteri-isteri mereka, atau hamba yang mereka miliki, maka mereka (isteri dan hamba) dalam hal ini tiada tercela. Sesiapa yang mencari dibalik itu, mereka itulah orang-orang yang melampaui batas." [23:5,6,7]

Janganlah kita menggunakan alasan belajar untuk melanggari batas-batas pergaulan antara lelaki dan perempuan ajnabi, misalnya dengan studi berdua-duan, kemudian pulang ke rumah berpimpin tangan, atau asal tertekan je mesti nak bergayut atau berchatting dengan kawan lelaki/perempuan anda.

Padahal Allah SWT kan sentiasa ada, sentiasa melindungi dan sentiasa menolong jika kita mencari dan meminta pada-Nya.

06.

Jujur, amanah

" dan orang-orang yang memelihara amanah-amanah dan janjinya."[23:8]

Bukankah kita telah berjanji dengan pihak penaja dan ibu bapa kita untuk belajar bersungguh-sungguh? Lebih penting lagi, bukankah kita telah berjanji dengan Allah SWT untuk memanfaatkan peluang kehidupan sebagai seorang pelajar yang telah dipinjamkan-Nya kepada kita sebagai medan untuk kita mengutip ilmu, pengalaman dan pahala buat bekalan di akhirat sana?

Elakkan menipu ketika peperiksaan. Andai penjaga peperiksaan meminta kita berhenti menulis kerana masa sudah tamat, jangan pula kita terus menulis. Sebaliknya sebutlah "Bismillahi tawakkaltu 'ala Allahi wala haula wala quwwata illa billahil 'azim."

07.

Tepati waktu

"dan orang-orang yang memelihara solatnya." [23:9]

Konsep yang boleh diambil dalam konteks kehidupan seorang pelajar Muslim ialah supaya sentiasa belajar dengan berdisiplin, menepati masa, tidak berlengah-lengah, menjaga kualiti dan produktiviti harian kita. Jika sebelum ini kita diingatkan supaya berhenti menulis apabila tamat masa peperiksaan, kita juga perlu memulakan perjuanganan kita dalam pelajaran dan peperiksaan seawal yang mungkin. Memelihara solat lima kali sehari setiap hari juga mengajar kita untuk tidak berputus asa atau berpatang arang di pertengahan jalan.

Namun janganlah kita hanya mengaplikasikan konsep-konsep ini untuk akademik semata-mata. Penekanan utama dalam ayat tersebut supaya kita menjaga hubungan kita dengan Allah SWT kerana kita akan kembali mengadap-Nya dengan amal-amal kita, bukan dengan berapa gulung ijazah yang berjaya kita perolehi. Belajar dan ijazah hanyalah alat untuk kita mencapai keredhaan Allah SWT dan merebut peluang mewarisi syurga-Nya.

" Mereka itulah orang-orang yang akan mewarisi. Iaitu yang akan mewarisi Syurga Firdaus. Mereka kekal didalamnya." [23:10,11]

" ....Maka di antara manusia ada yang berdoa: 'Ya Tuhan kami, berilah kami (kebaikan) di dunia.' Dan tiadalah baginya bahagian di akhirat."[2:200]

"Dan di antara mereka ada orang yang berdoa: Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari seksa neraka." [2:201]

"Mereka itulah orang-orang yang mendapat bahagian dari apa yang mereka usahakan dan Allah sangat cepat perhitungannya." [2:202]

alt

Saturday, November 6

Si longgok hitam

Tuhanku,
Aku malu dengan Mu,
aku alpa dengan nikmat mainan palsu dunia
tapi ya Allah, aku ini insan yang yang lemah, hina dan dina
sering mendamba cinta dusta manusia
yang subur bertunjang nafsu semata


Sayangnya Kau padaku ya Allah,
mengutip longgok hitam ini,
dan masih menerima dan memberi kasih kepada ku
dan jelas Kau katakan bahawa
sesiapa yang mendapat cebisan cahaya cintaMu itu
pasti tidak akan menoleh mencari gelapnya nafsu

ya Allah,
redhailah hidupku selama ini,
dan masa yang akan datang
yang hanya tinggal secarik waktu lagi

Dan yang ku harap kini yaAllah
adalah kematian yang menjadi jambatan
pertemuan ku pada MU


Tuesday, November 2

itu dan ini hidupku

Assalamualaikum...

bila berkira - kira, sudah lama tidak menjengah dalam blog ini, ada kulat - kulat yang terbentuk di sana - sini nampaknya,, hehe,, almaklumlah,,, masa amat mencemburui dengan tugasan dan assignment yang menggunung...
alhamdulillah, hari ini adalah hari kedua minggu mengulangkaji,, tapi x mula lagi mengkaji,, baru pulang dari rumah,, kenduri doa selamat untuk anak buahku yang kedua...

entri kali ini, aku fikir untuk menyingkap kembali pengalaman seminggu dua yang terjadi di saat - saat akhir minggu kuliah, amat banyak peristiwa yang berlaku...
mungkin kalau aku katakan terus kepada mereka, mereka katakan itu dongeng pak belalang semata,, tapi,, yakinlah,, itulah kisah aku...

minggu yang amat sibuk.. bermula pada awal bulan oktober, sebab pada waktu itulah ada pesta konvokesyen,,, mmg penat,, menguruskan team smart bizz,, itulah pengalaman pertama aku menguruskan satu team,, tapi alhamdulillah,, adik2 team smart bizz amat baik, tangkas, cerdas, hebat dan mantap,, aku mmg kagum dengan usaha mereka,, walau pada saat aku down, aku tension, tapi keazaman dan kegigihan adik2 nie buatkan aku kembali bersemangat, aku x kisah menginfakkan wang ringgit, masa dan tenaga,, aku x kisah berjalan kaki berseorangan sehingga pkul 1.30 pagi ke kolej,
mungkin kerna pembawakan kami bukan hanya inginkan keuntungan dan pengalaman berniaga, tapi kami meletakkan islam di depan, dan Allah adalah segala - galanya.. aku masih ingat pesanan yang diberikan "kita memang peniaga, tapi kita mesti berbeza dengan peniaga yang lain, biar permulaan kita berniaga itu dimulakan dengan tawakal kepada Allah dan solat 2 rakaat juga pengakhiran perniagaan kita setiap hari diakhiri dengan sujud syukur pada Allah dan solat 2 rakaat" mohon keberkatan kepada Allah,, walaupun kejadian di pesta konvo itu amat mengecewakan aku sebagai MAHASISWA UPM, tapi perniagaan kami itu aku simpulkan sebagai kenangan terindah aku bersama adik2 smart bizz dan juga ahli PMI,

kejadian pesta konvo di bukit ekspo,,
apa yang aku katakan ini bukan untuk menunding jari menyalahkan sesiapa, tapi, sesiapa yang terasa tu maaf banyak lah ye, terimalah teguran, jangan nak bengkeng je,,,
banyak peritiwa GILA yang boleh aku ungkapkan di dalam pesta konvo ini, kat sini baru aku dapat merasai betapa tersepitnya seorang peniaga MAHASISWA di dalam universiti sendiri. aku x nk cakap banyak pasal bende nie, tapi memang sakit hati bila satu perwakilan pelajar yang x nak back up pelajar sendiri, bila kami jumpa bahagian hal ehwal pelajar, mereka menunding pihak pengurusan bukit ekspo yang bersalah, disini aku katakan, kalau pihak hep pon tunding jari, jadi apa yang hep boleh buat? huh, boleh pulak depa jawab gini, "kami dh berusaha buat borang soal selidik dan maklumkan pada pihak yang menyelenggaran, masalahnya kami dah x da kuasa untuk buat apa2 tindakan, kami tidak dapat sebarang keuntungan dalam hal ini" cis, bole depa cakap cam2 ya? bagaimana pula dengan kebajikan kami? kan kami ini dibawak penyeliaan hep? xkan hep nk berdiam diri tgk kami macam nie? dah la mpp buat senyap je, hep pown same ke? memang tyme 2 aku agak bengang ngan pengurusan yang menyerahkan bulat - bulat tugas mereka kepada pihak penganjuran, kami ini siapa! isk,, sedih + kecewa + marah, aku x kisah aku rugi, tapi aku x suka cara aku dan peniaga lain ini rugi disebabkan masalah birokrasi!! tolong lah, kalu tak mahu isu2 berbangkit, suara - suara mahasiswa mula keluar, jadi, janganlah buat kami macam ni oke!

*kes terpaksa di tutup sebab hep memg serah kuasa pada pihak penganjur, jadi kami? makan pasir la pas 2 (-.-)''

berikutnya, minggu penuh dengan esemen, aku terpaksa korban kan tidur tok cover balik buat esemen, alhamdulillah, sahabat - sahabat terdekat juga membantu, tapi dalam kekalutan buat esemen, macam - macam pulak masalah yang timbul...
andai sebelum ini masalah dengan manusia, ini pula masalah dengan bukan manusia, memasuki badan - badan yang sedang letih dan lemah, dengan emosi yang x stabil, ada beberapa rakan - rakan yang di uji dengan benda cam 2, hampir setiap hari benda itu berlaku sehingga kadang - kadang ingin je aku jerit "tolonglah, sy ad banyak keje nak buat!" tapi alhamdulillah, andai kita yakin dengan Allah, Allah pasti akan membantu, ujian ini ingin membuktikan sejauh mana aqidah kita ini terhadap kekuasaan dan kekuatan Allah, keyakinan kita terhadap kalimah LAILAHAILLAH,,, alhamdulillah, segala - galanya sudah berakhir,, terima kasih ya Allah,, memang kesan selepas kejadian itu, badan rasa sakit - sakit di tendang terajang, tapi itu semua dunia semata, apa yang aku dapat lebih dari itu, iaitu keyakinan terhadapMU YA ALLAH!!!

sebenarnye banyak lagi cerita - cerita yang nak aku sampaikan, cerita disaat aku lemah, jatuh dan mengharap, disaat aku tersungkur dan cahaya itu datang, juga cerita dimana aku rasa hilang keyakinan, patah hati, kesorangan dan derita, Allah hantar pengantaranya untuk membantu aku menyusuri jalaan itu....

terima kasih pada semua yang membantu aku selama ini,
terima kasih mak, abah, k.humairah, k.aisyah, k.syida, k.husna, k.long, atirah, amira azman, mama, a.fariz, syed, farizul, hafiz, ramzul, azizah, acu, sahabat2 PMI, adik2 smart bizz, k.sue, siti, asma, hasanah, syida, atan, arep, lan, amin, serta sesiapa yang mengenali diri ini,
terima kasih atas segala sesuatu yang diberikan kepadaku

juga...

TERIMA KASIH YA ALLAH ATAS PERCATURAN MU TERHADAP HIDUPKU INI,
SESUNGGUHNYA
AKU INI HAMBAMU YANG LEMAH
YANG HANYA MENGHARAP RAHMAT DAN KASIH SAYANG MU
KUATKANLAH HATI KU DAN HATI SAHABAT - SAHABAT KU
DALAM BERJALAN DITITIAN MU INI
YANG PENUH DENGAN ONAK DURI
SESUNGGUHNYA YA ALLAH,
AKU INGIN SEKALI SYAHID DI JALAN MU

Monday, September 27

Pabila Hati berkata~~

Tuhanku...
dengarlah luahan hambaMu ini,

dimana aku
telah jatuh cinta
dan kerana cintanya itu,

aku merasa dekat denganMu


Tuhanku,

ampunkan aku ya Allah,

bukan aku mengagung - agungkan cintanya

tapi,

aku merasakan
aku dan dia berkasih sayang hanya keranaMu
hanya dengan redhaMu

andai itulah kehendakMu, ya Allah


namun... aku memohon yaAllah,
andai kehadirannya hanya sekadar persinggahan,
menggelapkan hati ku yang kotor ini,

andai juga cintanya itu bukan milikku,
aku relakan dia pergi..

cuma yang aku mohon
aku mohon dengan sangat ya Allah,
mohon janganlah Kau tarik lagi cintaku yang hanya padaMu

janganlah kau tarik kembali redhaMu padaku ya Allah,

biarlah diandaikan bahawa hadirnya dia
adalah asbab bermulanya cintaku
padaMu....